(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

October 15, 2011

cerita tak seberapa

.. menelusuri jalan ke rumah BS di petang2 hari selalu membuatkan saya sedikit cemburu..

kenapa?

menjejak shj tayar kereta ke kawasan perumahan semambu di petang2 mmg meriah..

kat hujung simpang ni ada makcik2 kakak2 budak2 baby2 bersantai2 dgn kejiranan...

kat dlm pagar masjid perumahan tu pulak, riuh dgn pelajar yg baru balik dr sekolah sesi petg bersorak2 duk bermain...

jalan ke dpn lagi mesti ada budak2 duk berbasikal..

selalu saya tanya abi nisrin... 'abi...bila kita boleh bersantai2 begini...' 'abi... umi teringin nak bawak nisrin g jalan ke 'abc', ke 'def' ptg2....'

soalnya , adakah saya punya masa yg berlebih2 utk bersantai?

malah, di kejiranan sy, ptg2 mesti ada port wajib kakak2 yg kejanya suri rumah spenuh masa bersantai. masing2 dgn baby. mmg terasa ingin meneroka, apa perasaan mereka,atau ibu2 atau isteri2 yg tidak dihambar dgn keja hakiki di pejabat..

kami, waktu pulang dr pejabat mmg tiada ketentuan. paling cpt 5.15pm baru thumb print. perjalanan ke rumah BS 15min ++ sbb jem sgt2 di waktu ptg. paling lmbt kul 6.00 pm (pernah jugak >6.00pm sesekali dek kerana ada kelas ganti) baru terpacak dpn umah BS. lepas tu, selalunya kalau tak pegi dinner (sy jarang masak, silap jgn tiru, ops) mmg haluan terus ke rumah.

kalau kuar dr opis jam 5.15pm, smpt la smpi umah jam 6pm.

pastu ada hati ke nak lepak ngan jiran2? rasanya tidak.
kalau mereka jam 6ptg tu dah beres semua keja tertunggak di rumah, sy di ptg2 itulah baru nak mulakan keja...

ada tanggungjawab di dalam rumah pula.

selalunya:

mesti unload barang2 dr bonet kereta.
melayan baby kejap.
unpack baby stuff dr beg dr umah BS.
panaskan air utk stok air nisrin n utk rendam feeding botol nisrin.
basuh plastik baju kotor nisrin. kalau hari laundry, rendam baju nisrin dulu,
then melayannnnn la kembali budak kecik tu.

pastu continue homework la. 
kalau ada nak kemas dapur, kemaskan.
kalau ada nak kena lipat baju, curi masa la.
tp, di saat2 anak tgh melasak yg amat, sedikit masa je boleh peruntukkan utk melayan tanggungjawab di rumah.

itu belum di campur darab dgn kepenatan dr pejabat.

mlm2 hari, kebanyakan nya nisrin selalunya dgn umi. abi akan ke kamsis pelajar utk tanggungjawab sbg felo. adakala sibuk dgn kelas ganti di malam hari.



alahaii.. 

mungkin, sy tak dpt bersantai dgn keluarga sama macam keluarga lain buat.
dpt jumpa hari2 pun dah cukup bertuah.
dpt peluk anak tido setiap malam pun dah kena bersyukur.
dpt jumpa n dating ngan suami setiap hari di opis yg sama pun dah rezeki...

source: google image
adakah gmbr ini berkait dgn citer ini.. tidak ku pasti..

terlalu berharap dpt curi masa setiap ptg utk bawak nisrin mengenal alam sekeliling.. amik angin.. agaknya dah boring nisrin duk asyik amik angin keliling rumah je ptg2..

hihihi

dua minggu ini, straight nisrin di bawah jagaan BS termasuk weekend..... umi dan abi ada tanggungjwb lain. rasa sgt sgt brsalah dgn nisrin.. huhuh



ini cuma cerita dan pengalaman secubit saya. sekadar berkongsi di sini.

happy weekend semua.
weekend kali ini, sama cam weekdays.. di awal pg bersiap2 utk hntr nisrin ke umah BS dan masuk kelas pengajian smpi petg.

perngorbanan....

sekian

No comments: