nisrin amik angin @pantai balok
5 bulan sudah puteri kecil kami ini.
di hitung kira, 31mei, 5 bulan sudah zuriani diberi peluang menjadi seorg ibu kepada si kecil nisrin. pantas betul masa berlalu. adakah masa yg di amanah Allah diguna pakai sebaiknya?
di hitung kira lagi, 21jun 2011 ni, baru 3 bulan saya kembali bertugas selepas cuti bersalin bersalin 80hari. tp rasa mcm dah lama saya masuk keje.
dalam tempoh ini jugaklah terasa badan ni semacam semakin penat.
dengan beban kerja di opis, kemudian di rumah melayan ragam puteri kecil yg semakin membahagiakan, mmg terasa kesannya pada badan yg semakin 'tua' ni.
kalau di awal masuk kerja dulu, saya mampu utk bangun malam sebanyak 2 kali. contohnya si puteri minum susu jam 10pm. kemudian kami tido. saya mampu lagi bangun jam 1am dan 5am berikutnya utk tugas penyusuan. dan ya, bangun bancuh susu, ribakan dia, tunggu dia abiskan susu, tinggikan badan dia sedikit (tanak dia keluarkan susu)..dan semuanya hampir setengah jam.
tp berbeza utk di masa sekarang..di mana sy hanya mampu bangun sekali sahaja. mmg tak sedar. pasang alarm pun saya mmg terlelap. dan ini kesimpulan yg saya boleh buat adalah sbb keletihan dan kepenatan. huh..sgt tidak selesa kerana bg kesan pada perut si puteri. walaupun dia tidak merengek kelaparan, tp saya tau disbbkan mengantuk puteri kecil tak mintak susu... kesian puteri....
itu tidak masuk lagi kerja di rumah. masak, basuh baju, dll lagi.
:)
tapi kan... walaupun penat mcm mana pun, saya tidak penah rasa ralat...
kerana, peluang menjadi ibu itu terlalu berharga...mmg berbayar kepenantan yg dilalui..
kadang2 terdiam terfikir, merenung gelagat puteri, melihat barang2 puteri.. begitu bernilai dengan anugerah dan peluang menjadi ibu. tinggal lagi, didikan utk si puteri, agar menjadi insan solehah dunia akhirat.
pesanan suami..kena selalu tunjuk contoh teladan utk si puteri.
sambil2 menelaah, membaca buku..ajak dia baca skali.. tunjuk depan dia.. moga mengerti la dia akan kepentingan ilmu..
kalau solat..solat depan dia..moga terlintas dalam akal dia, apa yg kita sedang buat..pesan pada dia, nanti dah sampai masa, puteri kena belajar solat dan ngaji dgn umi ya..
kalau keluar selalu ajarkan dia ngan topi..supaya nanti, dia dibiasakan utk memakai tudung.
sungguh besar tanggungjawab ibu bapa ini...
tugas saya dipejabat juga mendidik anak-anak bangsa. dan moga ditiupkan juga dlm hati saya keutuhan jiwa dan rohani, utk mendidik puteri sebaik yg termampu..
moga Allah sentiasa melindungi nisrin.. dan semua muslimin.. amin..
p/s: nisrin 5 bulan..makin manjaaa lah.
4 comments:
alahai comelnya pakai topi baju merah...
shomel nye nisrin...:)
salam kenal
puan easy: maknye mmg selalu excited nak tgk anak pakai baju ni..pakai baju tu.. :)
Luv like this: tengs.. heee nti kita terjah blog awak lak ehhhh
kite suke topi merah. memang besar tanggungjawab kita kan. semoga anak-anak membesar dengan didikan yang sempurna
Post a Comment