(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

December 19, 2010

minggu ke 39

salam sejahtera..

umi, abi n baby skang sedang melalui minggu ke-39++ ... mmg menunggu masa, anytime je org ckp..


sana sini kat opis dok tanya..
- bila nak masuk hosp nih..
- bila nak bersalin ni..
malah ada yg igt aku dah cuti bersalin pun.. heheh


sebenarnya plan awal2 dulu nak bersalin kat dungun, tp atas sbb tertentu kita switch la, bersalin aje di kuantan nih...
so, dgn sbb itulah, i masih lagi bekerja, sambil dlm kepala ni duk tertanya bila2 la akan tiba saat tu...


dua hari ni, mak mertua dtg dr kelantan.. sbb nak tunggu aku sampai bersalin nanti.. xtau nak ungkap kan kata2 apa, atas kesanggupan mak mertua dtg jauh2 tinggalkan ayah mertua kat kelantan..dengan keadaan xberapa nak larat kan..
 kebetulan pulak, parents aku sendiri outstation mulai 19dis, 22dis nanti baru balik dungun... emm, abah ada meeting, n my mum, adik2 ambik peluang la makan angin.. :) kat bukit merah lake town resort tu..
kalau ikutkan hati, mmg nak ikutttttt! tp budak kecik tu suka takutkan kakak dia nih, duk ckp nanti terberanak dalam keta..
heh


sbb tu awal2 dah doa, mintak.. baby kuar pas atuk ngan nenek balik dr outstation yer.. tp kalau baby nak kuar lagi awal pun umi redha je.. :)

meh snap sket:
*ant tanda2 awal bersalin.. sumber: ratuhati.com & kwn2 nye blog



Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

- dr pengalaman kawan2, n masa last check up ari tu, nurse mmg ckp baby dah 'turun'.. n my biras bgtau tips nak tau baby turun ke belum tu,cuba letak tapak tangan kat bahagian atas perut tu.. kalau tapak tangan tu ngam aje kat situ, haa dah xlama la tu...
-kerap buang air n so on tu, mmg dah selalu encounter dr bulan ke 7 8 mcm tu lagi..
- yang lain2?? xtau laa, mungkin akan menyusul bila tiba waktunya..hanya Allah je Maha Mengetahui..

check-up 15hb dis ari tu..
ini regular check-up mingguan di klinik ke

urine test:normal null of sugar n albumin
bp:100/70
hb: xbuat
berat: 59kg (mark as red colour ok) hehe setiap minggu pasti naik...
jantung baby: 149
pastu tanya jugak nurse ttg sakit kontraksi tu..
tp mcm biasa, aku mcm blur je kalau ckp psl kontraksi ni. xleh nak citer smula kalau org tanya.
nurse pesan teruskan buat carta pegerakan baby.
next check-up adalah hari due nanti. akan scan skali. kalau air ketuban cukup, aku n baby akan di beri seminggu masa percuma lagi. kalau air ketuban xcukup, kena refer hosp, atau dgn kata lain kena bersalin lah. 
heh

17hb, g check-up kat private, kat al-farabi.
dengan doktor, yg peramah.
kat sini, mcm2 jugak la aku tanya.. tp sbb dah citer sume kat en suami n my mum, aku sendiri jd tak igt satu persatu duduk perkara.

-doc ckp hari due tu g ckeck up mcm biasa kat kk..pastu tgk camana.. kalau air cukup, boleh lagi teruskan, tp maksimum seminggu. tp ada risiko kena induced la..

-induced pulak doc ckp paling maksimum boleh diberi hanya 3 kali. 1 kali diberi, diaorg akan tunggu 6jam (lupa samaada 3 atau 6jam), utk tgk jalan akan bukak tak.. kalau lepas 3 kali x bukak abis jalan, last choice, operate lah yer.. 

-n ini bergantung kepada individu..

-tanya jugak ttg kontraksi.. doc ckp kalau time perut mengeras tu, pegang perut dan cpt2 tgk jam. tgk masa baper lama berlaku. tp ini ttp aku xsure. heh

-tanda2 lain, kuar darah cmpur lendir. doc ckp kalau darah saje mmg emergency, sbb tu tandanya uri dah tercabut dr rahim. baby dpt supplu oksigen dr uri kan..so kalau uri tercabut awal, efek dia kat baby la kan.. lendir tu lak, mcm hingus2 doc ckp..

-bab air ketuban lak.. aku ckp masa last check-up 30nov, air tu 17. pastu dok terkejut. mcm banyak je..sbb bila banyak, doc akan suspek baby xmampu telan air.. kalau sikit lak pun bahaya jugak. so in case kalau rasa banyak je air kuar, cpt2 g hosp.

- pastu doc pesan, teruskan buat carta pergerakan tu. ibu ni boleh rasa mcmana baby dia, aktif ke tak..hanya ibu je yg tau.

- sesi scan lak.. lama kali nih.. satu2 doc tunjuk.. nampak tulang belakang baby, nampak kepala baby, muka baby, perut baby, jantung baby, tulang paha dia.. siap doc ckp, nape muka baby boleh masam jee ari tu.. hehe (mana tak nya, kul 8.15am g, kul 11 baru boleh masuk jumpa doc, emosi ibu mempengaruhi baby..) 
-dipendekkan citer, air ketuban dah drop dr 17 ke 12.9. doc ckp xleh kurang 7 8 mcm tu.. tulang baby suma ok. yg kelakar, doc ckp, perut i kecik je, tp baby i nampak chubby. huhuhu berat baby 3.07kg..

pape pun sehingga saat ni, tawakkal je..mmg saya tak kan tau rezeki saya camana nanti..
bila, bagaimana, di mana.. 
moga Allah mudahkan urusan saya yg ini.. amin...

1 comment:

nurul aziyana said...

bb girl ke boy k.zu?
gud luck..selmat melalui pengalaman indah itu..gud luck