(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

February 06, 2010

agenda ari sabtu

assalamualaikum. dah abis satu ari di hujung minggu. :)

ari ni, berjaya juga dapatkan tandatangan saksi ke-2 utk borang nikah saya. nampak senang je, sign je kan. patutnya memakan masa xsmpi pun 10 minit. tp hakikat sbnr, hampir sehari. kuar rumah kul 2 ptg, n kul 9 lebih td baru je smpi umah.

tgh hari, g wedding abg kepada membe satu sekolah jugak. ntah napa, asyik sgt tgk pengantin, walaupun smpt bergambo, tp lupa nak keluarkan kamera ber-henpon sendiri utk amik gambo pengantin utk simpanan sendiri. heheh pengantin itu sangat cantek.. heheeee

1st agenda:
kul 2 tu bertolak g umah pakcik saya tu dulu. smpt gak layan album kawen sepupu saya. nice pictures, n of course a beautiful couple. saya nanti agaknya camana yek?? makcik saya sempat gak bg nasihat gitu gini utk melancarkan majlis saya. ermm, ini majlis sulung dalam keluarga saya, jd sebetulnya, saya xboleh agak perjalanan majlis itu nanti. setakat anggaran asas boleh la. nanti saya detailkan kalau smpt. doa x putus2 moga semuanya lancar dan selamat... insyaAllah... selesai amik tandatangan dan salinan IC pakcik saya, kami beredar.

2nd agenda:
saya igt2 lupa, penah tak saya share di sini ttg kakak tunggal kepada ayah saya, i.e makcik saya jugak. lokasi: x jauh dr bandar chukai, kemaman. awal tahun 2009, di serang stroke, dan koma beberapa bulan jugak lah.sempat jugak melawat makcik yg mesra panggil 'mi' di HSNZ. kalau x silap, bulan apr or mei baru dia sedar dr koma. tp, kehidupan mi saya berubah, dia hanya mampu terbaring atas katil. segala rutin seharian ada org yg uruskan. di pendekkan cerita, hari ni kami melawat dia lagi. ada perubahan positif. dia dah berupaya kuarkan suara, dr luar rumah dah dgr suara. lebih sayu, bila mak dan ayah saya pegang tangan kiri dia, lagi aktif tindakbalas dia. mungkin dia cam mak ayah saya. mungkin juga menangis. hanya Tuhan yg faham dan tahu perasaan dia. so, skang pakcik saya tgh usahakan urusan pencen. kerana xtau bila dia akan jd normal kembali.

3rd agenda:
selebihnya ayah saya berniat nak jumpa makcik2 dia pulak. merangkap tok sedara saya lah. mula2 g umah tok teh. lokasi, kampung paya berenjut, kemaman. suami tok teh dah xde. borak2 tanya kabo, citer2, ayah saya pun bgtau la pasal majlis saya tuh. disbbkan kad belum siap, terpaksa bgtau mulut je dulu.

4th agenda:
g umah tok chik. lama gak duk umah tok chik. saya ngan fikri cuma pemerhati je perbualan mak ayah saya ngan tok chik. dalam fikiran, kan best kalau arwah nenek saya masih ada, iaitu mak kepada ayah saya. mesti petang2 hujung minggu boleh g ziarah, n bercerita mcm saya nampak td. sy boleh agak, x mustahil kan ayah saya rindu arwah mak dia. sbb, tok chik tu pun adik beradik ngan arwah mak ayah saya tu. huhu saya kena pendekkan cerita, sblm saya menangis rindukan mereka yang telah tiada. xlupa, ayah saya jemput tok chik datang ke umah, 13 mac nanti.

5th agenda:
saya igtkan dah abis dah perjalanan tuh. sbb dah hampir lewat ptg. pastu ayah saya tepon seseorg yg ayah saya panggey tok su. ohh, kami menuju ke kuala kemaman. dulu lain, skang lain. mmg dah banyak berubah, rumah2 nelayan, sekolah lama ayah saya dulu, dah xde... yang ada, hanya timbunan tanah yg telah diratakan, dah tepi pantai yg telah ditambak. ermm..ayah saya janji nak jumpa tok su dekat satu kedai makan. oh, lupa nak bgtau, tok su tu, sepupu kepada arwah nenek saya. menu kami, ikan kembung celup tepung. berselera abisss sbb ikannya fresh...dan yang penting mengadap pantai, yg anginnya sepoi2 bahasa. nampak jugak beberapa kapal berlabuh. xpasti itu di pelabuhan atau mmg berlabuh di kuala kemaman tuh. suka la momen ini...
saya xde la layan sgt perbualan parents ngan tok su. lebih suka melayan ikan di depan mata. hehe

6th agenda:
last pit stop, ayah saya ajak g jenguk seorang wanita yg statusnya moyang sedara kepada saya adik beradik. ayah saya panggil wanita tua itu tok de. merujuk kepada nenek saudara ayah saya. jd sy ni adalah cicit saudara tok de. mmg xleh agak usia dia. tp kan, satu aje. setiap kali tok de ni jumpa ngan parents dia, automatik, dia akan sayu, dah kuarla air mata dia. mungkin jarang jumpa ngan parents saya menyebabkan dia jd sayu. saya ngan fikri terpaksa kuar dr umah tu, tak sanggup la nak tgk org tua tu menangis....
kuar je rumah tu, saya dpt lihat rumah yg meninggalkan seribu kenangan. rumah arwah nenek saya. rumah tmpt ayah sy membesar. xleh la cite pjg. nanti saya nangis dpn laptop ni..

penat bercerita.
mohon disedekahkan Alfatihah utk ke-empat-empat arwah datuk dan nenek saya, dan arwah seorang pakcik saya.
mereka tak sempat tgk majlis nikah saya.
selamat malam.

No comments: