assalamualaikum semua..
bacakan..
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku...
bait2 ini mmg sinonim dengan hidup aku. mendalam. ia juga ringtone utk hp ke-2 aku. xpenah tukar.
dia. dedicate lagu ini utk aku. hingga 'melekat' dlm hidup aku. tak boleh bayang, hari-hari jika dia tiba2 hilang dari hidup aku. tp aku kena redha, jika ia berlaku. kerana aku hanya seorg hamba yg kerdil. Yang di atas sana, Maha Mengetahui tentang segala percaturan hidup utk aku. yang terbaik utk aku dan dia.
aku, cuma seorg yg biasa2. biasa mcmana? typical lady, ordinary. langsung berbeza dengan seseorg itu. siapa?? utusan yang DIA kurniakan pada kami di saat begini. aku mengerti dan faham. dugaan. ujian. seperti kebanyakan org dan kawan2 lalui. menguji hampir seluruh perasaan dan emosi. barangkali, sama2 keliru.
aku tidak akan menyekat dalam melaksanakan pencarian dalam hidup. terpulang. jangan pedulikan rasa sedih. kerana ia akan hilang di telan waktu. cuma, jgn org yg aku sayang turut sedih. mintak jauh sgt yg tu. kerana mereka kekuatan aku yg tunggal.
selepas ini, apa pun yang berlaku, aku redha. itu kekuatan hati yang paling dalam.
Tuhanku, berikan ruang utk aku mencari hikmah disebalik semua ini. tiupkan sedikit nur-Mu ke dalam hati ini, moga ia sentiasa yakin dan tabah dengan setiap duri-duri kehidupan yang terbentang. mohon di ampunkan segala dosa-dosa aku. amin..
nota hujung pena:
aku bukan seorang yang rupawan..
aku juga bukan seorang dermawan..
aku juga bukan seorang ilmuan..
aku juga bukan seorang yang sopan..
aku juga bukan dikalangan yang tersohor, hebat dan petah dalam percakapan..
aku hanya ada jiwa dan hati, yang telah ditiupkan roh, untuk melakar kehidupan ini seadanya. membawa nama, fizikal, sifat yg telah ditakdirkan.
nukilan..
2 comments:
Knp ni fren..pe2 hal pon kena sabar,pasrah n redha yek!gud luck
mekasih atas pesanan.. hehe doakan yer!
Post a Comment