Post pertama untuk Januari 2015. Alhamdulillah, selamat melangkah ke tahun baru 2015. Selepas melalui pelbagai episod suka duka bagi tahun 2014, berharap dan berdoa, semoga yang baik2 sahaja mengiringi perjalanan 2015. jika diuji sekalipun, mohon ia dtg dgn hikmah yang paling mendalam, dan dikurniakan sekali ketabahan jiwa dan rohani.
walau dah bukak diari baru, seakan belum habis cerita tahun 2014. 31 disember 2014, saya igtke sempat mencoret di page comel ini ttg hari kelahiran anakanda nisrin yang ke-empat.
jujur, hari kelahiran dia, seolah tayang video ulangan dalam kotak fikiran, jam demi jam, apa yang berlaku kepada umi dia - 4 tahun yang lalu. saat bila bersiap ke hospital.. saat makan terakhir kali sebelum bergelar ibu, saat diinduce, saat kesakitan kontraksi yang amat amat sangat dan yang lain-lainya. silih berganti.
31 disember 2014 - jatuh hari ke-7 41 minggu tempoh mengandung. tiada pilihan lain. mmg kena serah diri ke hosp. jalan yang ada, untuk merangsang sakit bersalin, induce la jawabnya. and yes, it is not a natural birth. syukur alhamdulillah, berjaya lepasi sakit antara yang paling sakit. dan luckiyly tiada trauma untuk mengandung lagi.
duhai anakanda nisrin, membesar la kamu sebaiknya di bawah jagaan kami, selagi ada hayat kami. ibu bapa yang masih lagi belajar bagaimana nak besarkan kamu.. didik kamu..
sejak nisrin kecil, umi tak pernah skip letak alarm ini di blog. baby hujung tahun 2010.
:)
terima kasih sbb datang dlm hidup kami.
sempena hari lahir ke-4, mmg niatkan di hati mau buat sambutan kecil2-an untk nisrin. kami2 je. kami ber-4. maka terhasilah kenangan seperti dalam gambar-gambar berikut.
birthday girl dengan kek tema pilihan sendiri. :)
may the bonding between us last forever. aamin.
pertama kali tau saya tempah kek dengan edible image sebegini, sayangnya nak potong.. hehehe
kek tu jenis fruit cocktail fruit.
sbnrnya kan, birthday girl makan sikit je kek nya, dia banyak makan edible image tu. si adik yg suka benor kek tu. kek lembut, sedap, tak manis. kalau ada yang nak tau kat mana sy tempah kek, insyaAllah nanti sy bg review.
selain kek, tempah jugak makanan.
sbb sambut ant kami ber-4, jadi kek tu saya agih dekat jiran2 dekat jer. bg skali dengan makanan.
muka hepi 2 beradik. anak no 2 tu pun dah besar kan.. cepatnya masa berlalu..
naaa.. sekeping lagi la.
outfit baju tak de nak beli baju baru. pakai baju raya hari tu. masa duk cari baju dlm wardobe tu, nisrin request baju frozen.. tapi maafla nak, xda baju frozen lagi. heheheh
puas hati beli baju kurung tahun ni, berkali2 pakai. tahun2 sudah, beli utk pakai raya.. lepas tu peram.
terima kasih buat teman2 yg sudi wish birthday nisrin di fb. terima kasih juga atas doa2nya..
itu sahaja utk kali ini.
selamat menulis rekod yang baik-baik ya utk tahun 2015. semoga blog ini lebih berilmiah, lebih ramai pengunjung nya. aaminn
:)
sampai jumpa lagi ye teman2. selamat tahun baru 2015.
No comments:
Post a Comment