(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

May 22, 2014

mental exercise

Bismillah.

suka perkongsian dari emel poli. selain dari isu rasmi, ada sahaja perkongsian dr banyak staf. semalam, sajak hari guru, dari emel poli, hari ni, terjumpa yg ini.

Mental Exercise namanya.



sila cuba tau.
 

this is mine!

 
 

dear frens n sweetie, let us keep moving on, with a good attitude. :)

May 21, 2014

belated Hari Guru Wishes :)

Bismillah..

seminggu bercuti dari kerja, membawa diri dan keluarga pulang ke kampung. homesickness.
kerinduan.

ingat ke sejak balik ke sana jan 2014, mampu bertahan hingga ramadhan nanti, tp tidakk sama sekali.

jadi pulangla kami. dan hari ni kembali ke konti.

mei.

dua hari istimewa.

hari ibu.

hari guru.

hari ni bukak email 1govuc, our beloved pengarah ada bagi sajak bermakna sempena hari guru. saya copy dan post sini.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

TERIMA KASIH CIKGU.
  


bait kata2 yang sangat bermakna. orang kata, tiada sambutan hari khas untuk pensyarah, kita tumpang perkataan guru pun okey kan.



di antara ucapan sempena hari guru yang saya dapat. terima kasih.

balas saya..

Sy insan biasa2 je.. mungkin tak mampu nk didik kamu semua jd luar biasa..tp yg penting, bila kita berjumpa di kemudian hari..moga menjadi 'seseorg' lah kamu semua..
Harap semua ok dgn result sem lalu.. tinggal satu sem lagi.
Chaiyokkk

kata2 tu pun saya pinjam dari cikgu saya zaman skolah. tapi saya ubah sikit. cikgu saya dulu cakap begini 'when we met someday, i wanna u be somebody'.

comel kan? :)


alhamdulillah. sangat besar jasa guru2 disekeliling saya. dr seusia tadika sampai la besar panjang. ada sahaja watak2, cara2 guru yg kita boleh adapt. terima kasih sgt2..Allah sahaja yg tahu betapa besarnya pahala berkongsi ilmu ni utk anak2 bangsa...

happy belated teachers day buat semua guru2 semalaysia.

  
dua bulan lebih sudah kan cerita sedih #mh370. Allahurabbi.....

May 09, 2014

another passionate

Bismillah..

Jumaat menerjah lagi. Alhamdulillah. Membawa seribu rasa dan ingatan nun jauh terbang ke semenanjung.

:)

wahai keluarga, sahabat handai semoga selalu dalam kesihatan yang baik. err, boleh tak nak rindu sama home sweet home di sana juga?

kikiki

may 2014. kpi blog thn 2013 tak dapat nak kejar rasanya nih. sesekali je berupdate.

nak selfie, boleh?


maap.

bukan tuan punya blog nak selfie. tp anak nya.

hehe.


dear kawan2. hari ni nak kongsi satu link.

kalau sudi, please like.

TERIMA KASIH SUDI KLIK DAN LIKE 


page baru saya. main core nya adalah tentang baby n toddler food yang ibu-ibu masak sendiri. 

sudikan drop by. 

sudikan berkongsi dengan saya gambar pertama anakanda yang dikasihi makan solid food pertama mereka.

sudikan berkongsi suka nya momen melihat anak-anak makan hasil tangan kita.

sudikan berkongsi resepi masakan baby food untk anak2

sudikan berkongsi apa2 jua tentang solid food anak.

sudi-sudi kan lah..

insyaAllah nanti nak buat giveaway di page tu.

terima kasih..



terima kasih pada kawan2 yang sudi like dan bg sokongan. hihi

 

May 07, 2014

post khas utk si dia..

Bismillah..

Assalamualaikum.

Entry khas untuk perempuan comel dalam gambar di atas.

senang dengan panggilan kak siti. :)

sedikit intro, kakak ini datang ke borneo seangkatan dengan saya. feb/mac 2012. tapi istimewanya kak ct n suami, cukup 2 thn 2 bulan mereka di borneo, hari ini, 7 mei 2014, telah berangkat semula ke semenanjung, menyambung bakti di politeknik di utara sana.

:)

apa yg istimewa? datang kami bersama2, pulang nya ke semenanjung, mereka dulu. dan simboliknya, meninggalkan memori dan kenangan tersendiri buat teman2 di borneo ini. 

gmbar kak ct ini sy snap ketika beliau berucap sempena majlis perpisahan yg jabatan buat utk mereka dan juga meraikan staf pppt yg baru berkhidmat di jbtan kami. ant bait2 ayat kat ct dlm ucapan beliau, 'kali terakhir rayuan mereka (utk balik ke semenanjung) adalah ketika ketua pengarah berkunjung ke politeknik kami, kalau dapat, dapat la.. kalau tak dapat, duk la sini.. sini pun best'. hihi rezeki sungguh kan. Allah makbulkan usaha mereka.

kak ct sendiri penah pesan, kena usaha lebih la kalau nak balik cepat2. kekeke

sungguh, berkali2 sudah sy tulis, di blog atau pun fb, bukan tidak suka utk berkhidmat di sini, cuma, kejauhan dr bumi yg menjadi nadi dan jiwa buat ia rasa ralat.
hari ini, jumpa lagi satu bidalan dr seorg teman

berkerja di semenanjung, mmg stress... tp stress itu hilang saat pulang ke rumah. (maklum la kg sendiri, tanah air sendiri)

bekerja di sini, ada rentak sendiri.. tp jeng kreng bila balik rumah
(hahah, ayat sy sendiri tu)

well said, Allah sedang memberi banyak rasa.

sudah la melalut wahai zuriani. kata entry khas utk kak ct kan.

maaf ye kak ct.

buat kak ct, suami dan anak2..

saya dan suami mmg tak punya hadiah khas utk kak ct bawa sebagai kenangan ke semenanjung, bak kata kak ct awal dulu, tak sedih mana nak tinggal kami2 org semenanjung ni, sbb nti bleh jumpa kat semenanjung.. kalau dengan saya, bleh jumpa kat fb kan..hihih
cuma yg kami ada, iringan doa, supaya kak ct selalu dalam lindungan dan rahmat Allah walau di mana berada. semoga selalu dalam kesihatan yg baik. insyaAllah. mintak maaf ye atas segala silap salah.. terima kasih atas semua bait2 ayat kat ct dan suami. panjang usia kita bertemu lg.. post/entry ni bleh kira adiah tak? kekeke 

sampai jumpa lg. selamat meneruskan kecemerlangan di tempat baru. 

:)

7 mei 2014.