(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

April 16, 2014

homeschooling activity - bhgn 1

assalamualaikumm..

hoyeaa..hoyea.. update blog.. kekek

jarang sekali berupdate.. abih camno?

my nisrin setahun sudah menjadi penghuni rumah.. tidak ke sekolah, taska, daycare.. alhamdulillah kesihatan lebih baik berbanding tahun 2012. kalau tahun 2012, demam setiap bulan - acara tumbuh saki baki gigi, berjangkit di taska (hadhanah), kurang usia nya dari 2 tahun, dan lain2 faktor. tp alhamdulillah, 2013, semuanya improve. kecuali paling berat semasa diaorg cirit birit masa balik raya..

jadi terfikir jugak, apa la sumbangan mak nye sepanjang dia dirumah.. improve tak dr segi skill... kalau nak cakap pasal belajar, cuma melalui buku..tak lama lepas tu, guna you-tube.. abc.. jawi.. lepas tu skil mewarna yg kadang2 je dia layan..

hingga laa late ly, baru rasa macam terbuka minda tentang - homeschooling activities.. :) itupun selepas ada mak mak share dlm blog, fb.. saya pun ada add fren page homescholling fb tu.. 

jadi sekarang tgh masuk dlm list - homeschooling activity yang sesuai dengan usia nisrin.. paling sesuai di umur dia skarang la kan.. - dah boleh faham arahan, dah boleh ikut cakap kita..

aktiviti 1.
paling senang!

err, pada saya masa lagi dikira homeschooling.




  
yaa, you-tube activity. my nisrin hafal abc sejak dengar phonics song di you-tube. kemudian belajar colour and shape. cuma sejak dia tau ada keluar byk choice dekat tepi2 tu mula dia nak tgk macam2.. cerita cars, pada zaman dahulu, easter eggs, dinousour.. dan di sebabkan dah adik, dan si adik ni pun suka menyibukkan diri, sampai gaduh2 depan lappy, umi pun bagi la sorg satu...selalunya bila umi kena siapkan keje rumah, mmg kena bg sorg satu..bila dah settle, baru boleh melayan skali..sbb sambil tgk sambil kena ada action..kena cerita.. adik skang, dah belajar sb aaa aaa bila dengar phonics song abc tu.. hehehe
kakak nisrin dalam proses hafal alif ba ta.

yaa, semua nya visualise.. belum betul2 kenal.

next step, dalam bayangan, nak buat kelas mengaji.. lepas magrib, duk la bersila, meh kita mengaji.. tp selalunya lepas magrib tu la nak lentok dulu anak2 ni.. yg adik tu nak melekattt.. umi, kalau postpon, mau nye nak melayan..ngantuk, penat semua bercampur..nak masak, makan, kemas2 lagi.

ok hold dulu kelas mengaji, cari dulu iqra' :)


aktiviti 2.

bebaru ni setting bilik khas utk anak2 main. ada tilam, teddy bear semua lonngok situ. lps tu ada kolas khas. haaa punggah la korang. cuma tang dinding masih lagi kosong..kosong..kosong..

aktiviti ke2 , homeschooling activity - DIY Wallpaper.





disebabkan mak nya bukan la seorg yg kreatif, idea yg sebegini je la ada.

hari pertama ajak anak2, si adik sibuk nak telan gam. si kakak excited jugak tgk umi dia gunting2 dan mintak dia tampal.. tp kenaaaa sabarrr sgt tgk si kecik adik tu yg balik2 nak suap gam ke mulut.

hari kedua, kakak nak belajar gunting2.. tp umi belum percaya lagi nak bg.. si adik, dah belajar nak sapu2 gam... tp yg tak tahan, pantang kita tampal, dia sibuk nak tarik balik.. 

tu yg hasilnya, buat sikit2.. kira projek terbengkalai la kot.. hehehee


aktiviti 3.

yang terkini.

tetiba blink blink. nak intro nisrin dengan watercolour. :)



 


nisrin mmg hv fun, amaze dengan hasil. sebelum tdo request nak buat ni. bangun pagi esoknya mntk lagi.. hehehe cuma next day, kalau nak buat kena cari idea lain. contoh, cari daun yg ada corak2, letak water colur kat daun, then tekap. sbb di khuatiri kalau pakai idea sama, guna tangan atau penekap yg sama, nanti cepat bosan. hasilnya saya tampal dekat play room mereka. dari aktiviti ni, sy recognize, si adik ni jenis penggeli. tiap kali kena watercolour kat tangan dia, dia marah2, tandanya suruh lap, basuh bg hilang warna. nasib pilih yg betul, semua tanda tu hilang. heheheh dannn bersyukur sgt nisrin tak secomot yg saya sangka, dia tak sapu pun dekat rambut atau baju dia semua warna2 tu.. keke









seronok sebenarnya aktiviti ni.. tapi perlu datang dengan sabar nak melayan kerenah semasa buat aktiviti2.. 

:)

ok la panjang usia, kita sharing2 lagi..

take care

No comments: