subhanallah.. comeynye pemandangan ni..terasa terbang semua kedukaan dan kepenatan bila layan gambo2 cam nih...
apa khabar kawan2?.. ada sesiapa ke mood berbunga2 sbb nak dapat bonus utk raya? hihihi atau mood raya nak switch ON?
saya, mood balik kg dah dtg ni..lg seminggu mau pulang ke kg..ke semenanjung.. hiihihihh
kali ni kan, istimewa betul 'perasaan' dan 'perjalanan' pulang ke kampung untuk beraya..
kalau zaman belajar dulu, sudah tentu bas menjadi pujaan hati utk bercuti raya.. samaada beli tiket awal2.. ataupun kalau perjalanan ke pantai timur -ganu, klate selalunya akan ada bas charted yg wakil pelajar uruskan..senang, naik dlm kawasan kampus lagi.. mmg terasaaa sgt mood balik kg utk beraya..tinggi sungguh nilai meraikan kejayaan berpuasa ramadhan ni kan...
kemudian, masa zaman keja, masa bujang, selalunya balik ngan adik jea..adik dtg amik kat tmpt keja..hihih tp perjalanan dekat aje..dungun kuantan..balik pas waktu keja tu, smpt smpi umah sebelum berbuka.. waduh2.. syoknya raya..
kemudian, beralih skit, bila dah kawen..heheh sudah tentu, ada konflik jgak dlm destinasi beraya..berebut jgak la dulu masa sapa nak 1st raya.. heheh tp sbb sy ni isteri kan..kena mengalah dekat en suami..merasa laa raya 1st tanpa mak ayah kandung di sisi masa raya thn 2010. menangis, of course!! kekekek
kemudian lg, thn 2011, merasa lagi beraya pertama kali dgn anak... alhamdulillah..terasa mau diputar lagi saat beraya tu..sbb thn ni anak tu dah makin besor lak eh.. kekek
insyaAllah raya 2012, raya pertama, perjalanan yg sgt bermakna..balik dr bumi kota kinabalu..dengan kapal terbang..balik seminggu awal..barang yg limited..tiket balik raya paling mahal..huhu semuanya merasa..insyaAllah 14 ogos balik ke kelantan, pusingan raya di sebelah suami thn ni.. raya ke2..plan balik dungun pulak..semoga semuanya di mudahkan yer..
tema warna raya apa thn ni kita yer?
ikan di laut..asam di darat..dalam kuali bertemu jua.. hehe teringt satu iklan raya ada skrip tu.. hihih
bukan saje2 update ni..mau dikongsikan di sini tentang 3 individu..individu yg bukan terkenal pon..bukan tokoh motivasi...tp, sedikit sebyk, mata yg memandang ini, turut terkesan..turut diresapi akan setiap titik perjalanan dlm hidup..betapa kerdilnya kita sbg manusia..harus akur dalam setiap percaturanNya.. tp kuat kah kita?
INDIVIDU 1..
insan ini kehilangan ibunda tercinta kira2 hampir 4 thn yang lepas..segar lg dlm ingatan saat individu ini rushing pulang ke kg saat dikhabarkan bonda nya masuk hospital..takdir Tuhan atasi segalanya..syawal ke berapa, kurg igt, saat kami semua sedang enak memakan juadah rumah terbuka sempena syawal thn tersebut, sambil bergurau2 dgn tetamu, seorg dr kami mendapat khabar berita pemergian ibunda tercintainsan ini.. secara tiba2 seolah2 kegembiraan diragut..lantas, kami, yang menjadi teman akrab dgn individu, dan mana yang termampu terus mengambil keputusan utk ziarah individu ini..dr kuantan ke destinasi kg halaman beliau..saat tiba, hanya pelukan bercmpur tangisan..seolah2 cuba memahami dugaan yg di beri..sungguh, air mata tidak segan silu..4 thn berlalu..saya kira individu ini semakin kuat menerima ketentuan..disbbkan ada kewajipan menjaga ayah, individu sy anggap spt kakak kpd saya ini, memohon utk pindah tmpt kerja..berjauhan la kami..menyimpan rapi semua memori bersama.. dia tahu..sy juga tahu..
berita terkini..ayahanda beliau juga telah pergi..beberapa hari sebelum ramadhan.. Ya Allah.. doa saya moga insan ini kuat setabahnya..
saat kedua2 ibu bapa masih ada, saya yakin individu ini telah sedaya termampu menjalankan tanggungjawab sbg seorg anak..dan bakti anak solehah pasti terus menerus ditabur walaupun jasad tiada di depan mata.
INDIVIDU 2..
individu 2 ini sgt rapat juga la susur galurnya dengan saya..dilahirkan pada thn yg sama..namun perjalanan kami sedikit berbeza..penceraian ibu bapa kandung..memaksa individu ini dibesarkan bersama seorg nenda, juga sebagai peneman..si ayah jauh merantau..namun masih beruntung, si ibu masih ada di dlm lingkungan daerah yang sama..cuma tidak sebumbung bersama.. masa mendewasakan..walaupun tidak pernah bertanya, apakah hati individu ini sedih dgn penceraian ibu bapanya..sbb terlalu peribadi rasanya..dan ku lihat, dia membesar dgn baik di bawah jagaan nenda..
tiba masanya, ramadhan bertahun2 yg lepas, nenda menyahut jua panggilan Ilahi..tinggalah individu ini, meneruskan kehidupan di rumah pusaka..saya jua turut terkesan dengan pemergian nenda ini..bagai hilang jua separuh semangat berhari raya..
tidak boleh di agak emosi individu ini..kerana percaya qada qadar Ilahi..kehidupan diteruskan..
apa yg ingin disampaikan..individu ini masa punya ibu bapa kandung, cuma tidak sebumbung spt keluarga lain..mungkin tidak smpt merasa kasih ayah ibu sepenuhnya..ada..tapi tiada..mengertikah?
2009..si ibu diserang sakit..yg menakibatkan si ibu kini hanya mampu terlantar di katil..dugaan lagi utk individu ini..betapa perlunya ketabahan emosi dan kekuatan jiwa..
namun masih bertuah, masih ada si ibu di hadapan mata utk ditabur bakti selagi hayat masih dikandung badan..
INDIVIDU 3..
individu ke3, masih mentah dalam dunia keibubapaan. terfikir..mampukah memberi kasih sayang kepada anak seadanya..mampukah mendidik anak sebaiknya..
mampukah menjadikan anak2 lubuk pahala ketika anak2 dewasa kelak..
namun..secebis kisah dan pengalaman dua individu di atas cukup memberi pengajaran berpanjangan dalam kehidupan individu 3..
sama berdoa, agar, susah payah dalam menjalani kehidupan ini mendapat redha dan restu Ilahi..
sekian cerita hari ni..
No comments:
Post a Comment