(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

March 30, 2012

kami bertiga

aikkk, jumaat sudaa.
pantasnya masa berlalu.
esok, kalendar depan meja ni dah tunjukkan tarikh akhir mac 2012. minggu ke-4 di tempat baru.

day by day, each moments passed blessfully n enjoyablely in our own desire.. :)

en suami .... sudah ada geng futsal nya - teamate jke juga - jadi seperti di tmpt lama sehari dalam weekdays akan bagi komitmen - jadi striker + penyumbang gol.. i am glad ok.. at least dia boleh continue minat dia di sini.
dengan padang dan surrounding yg lagi selesa berbanding padang di tmpt lama (kadar bayaran per head juga meningkat), dengan masa bermain juga sudah berbeza ( tmpt lama - right away lepas kerja , tmpt baru - lepas isyak - 8 malam main)..
jarak dr rumah ke tmpt main pun - tmpt lama, ada yg paling dekat tu 5 minit dah smpi,, sini, masih rasa agak jauh maklumla nak bina fasiliti sebegitu bukan senang di sini..
lagi apa ye kalau nak ckp pasal en suami nih.. i just x tau la dia dah click tersendiri belum di pejabat ni.. - i mean kawan2 yg dia boleh ajak minum - eh ada laa kan, kawan2 dr semenanjung yg turut berpindah bersama kami :)
soal kerjaya, i guess dia lagi cemerlang la dr i, dh44 katakan.. hehehehe mengajar subjek pun yg lagi mencabar dr i..

cik nisrin ...saya kira she is now totally sudah boleh adapt diri dengan suasana baru.. esp during daytime at umah BS.. ada ramai kawan.. bukan ibu lama dia lagi.. now BS sudah jaga 7 org - 2 babies, 5 toddler. soon ada lagi dua, make it 9.. ramai kan. hehe what to do ye? nisrin ok ok je pada mata kasar i.. tp bila pandang detail, she is cerewet bab makan. ibu dulu boleh la layan cerewet dia, main2 dia, malas2 dia bab makan, tp mama baru ni, still ada komitmen lain dgn baby lain.. luckily, susu kuat cam biasa..
learn to berbuai.. hahahah she really enjoy laahh!
 fully cding .. syokkkkk!!!!!

me ... stuck seketika.. tapi satu ayat je ' dimana bumi di pijak, di situ langi di junjung..' kalau saya rasa banyak kekurangan di sini, banyak yg saya ada sebelum ni, tiada di sini, means saya sendiri yang tak boled adapt diri di sini. dr cth mudah, mungkin di tmpt lama, saya sudah ada clik tersendiri, nak g makan, nak g outing masa pejabat, nak bergosip2, dann juga nak belajar semasa hujung minggu.. ohh ini semua masih dalam pencarian. tp insyaAllah hati ini kuat utk menerima, dlm hidup ni kena ada give n take. saya di senangkan di suatu sudut, mungkin saya disusahkan sikit di suatu sudut lain.
harap2 sendiri faham yea.. hihihi
sudut lain.. saya masih teruskan passionate saya di sini.
berblog..bercloth diapering..bernota2 utk ke kelas.. dan bermacam2 ber lagi.. hihii
sekarang, saya at least sudah ada satu lagi title baru.. - i am now a warden. hehe  
masih berniat dan ada plan utk teruskan biz kecil cd, planing macam2, insyaAllah ada rezeki, ada side income. semuanya utk tiket balik semenanjung. hahahah


yeaah, life must go on at everywhere.. tapi sebolehnya biarlah semuanya lagi baik dan bermakna jika dibandingkan dengan sebelumnya.
itu sahaja.


last but not least.
mau tayang ini jugak,
officially vote by gorgoes mummy
 


March 28, 2012

setapak lagi

assalamualaikum..


melangkah setapak lagi..


dr page di fb, sekarang mau ada blog bisnes dan perkongsian ilmu bercd pula.


jemput singgah, drop komen dan follow saya..


March 22, 2012

alkisah BS... lama (sambungan)

salam hari khamis. hari ni hari berbaju batik bg penjawat awam. di politeknik kota kinabalu bukan sahaja pensyarah + staf yang pakai baju batik, rata2 pelajar di sini pun berbaju batik tau.. memang kelihatan seragam. situasi yg saya tak pernah lihat sewaktu di politeknik lama dulu.
:)

mau sambung cerita BS lama.


lagi lama saya hold/peram, lagi sakit hati ni. sebab tak suka flashback cerita/memori sedih.

cerita terhenti pada 29 feb 2012 kan.
mulanya mmg nervous nak melalui tarikh tu. sebolehnya tanpa ada titisan air mata di depan org sekeliling.
hihih murni nya kan. 

tak nak sentuh dulu 29 feb di pejabat. terus ke cerita di umah BS yer.
ptg tu, suami delay jugak amik saya di jke, polisas. katanya kena sekatan 'kastam' di admin. maklum la, tak putus org sibuk nak berbual/ucap selamat. dr pukul 5 lebih saya punch out, hampir 6 lebih baru balik. terus meluncur ke umah BS.

bedebar jugak.
suspen.
bagaimana ye saat akhir nak 'pisahkan' BS dan anak jagaan yg dia sayangi.
tp kena telan juga.


sampai2 tu, nisrin tertido kata BS, atas sofa. lambat sgt tunggu umi.
suami duk bual ngan suami BS. 
saya kemaskan dulu brg2 nisrin, smbil berbasi2 la ngan BS. bgtau nak balik kg mertua, balik dungun bila, g kl bila..flight bila.
pastu pesan la dekat BS suh sms alamat, nanti boleh saya poskan pape dr sabah kan..


BS pun ada cerita dia.
cite duk ambik gambo nisrin. nisrin yg xleh duk diam.
BS bgtau juga, dia amik satu baju nisrin..utk kenangan bau nisrin.. alahai nisrin, bertuahnya kamuuu..


next..sebelum saya kejutkan nisrin..saya nak salam dulu dgn BS..tak sangka BS peluk saya dulu.
terus...
air mata dia laju je atas bahu saya.
pesan macam2 yg mmg saya tak mampu recall. sebab sedihh
saya pun menangiss.....
finally air mata tertumpah jugak..
anak BS lagi laaa.. teresak2. betapa terkesannya kehadiran nisrin dalam hidup dia.

sbb taknak sedih lama2, cepat2 saya kejutkan nisrin.
dalam terpisat2, bgn la nisrin.
tgk kami.
bg nisrin kat BS, BS pun cium2 nisrin
bawak nisrin keluar, terus suami BS pun tegur "alaaa nangis pulak dah"

heee adat kami kan, kaum hawa. mudah benar air mata keluar. mempamerkan perasaan..

perpisahan di iringi pesanan lagi.
paling saya igt, BS pesan kalau tukar no fon bgtau dia....
 yg lain tu, tersangkut. heh tak berdaya nak igt semua dek kerana kesedihan....

selepas tu, abi bg umi n nisrin berjimba2 sekejap dgn acik dila (saya bahasakan Kak dila), acik noni (Noni) dan acik arni (kak arni, ketua program kami di jke poli lama)
kenangan akhir mereka bersama nisrin di kuantan.
lokasi - kedai payung belakang natam.
nisrin cam biasa, sgt mesra dgn mereka.
berbual2. makan2.
sampai la saat tgk bulan depan rumah kami di kuarters poli.
sungguh, saya tak tau bila lagi kami akan bertemu dan bermesra macam selalu.

rindu.

saya ingt ke citer pasal BS tu abis di situ. titik.
sedih mau di lalui berulang2.
 
alkisah.
4 mac 2012.
hari yg kami perit utk lalui.
parents saya hantarkan kami ke KL.
on da way tu, masa nak nak sampai ke kemaman (kami dr dungun), ayahanda terus bgtau, nak bawak nisrin jumpa pengasuh dulu......

ok sblum tu.
nisrin ada dpt adiah bantal penyu tau dr BS.
hari2 duk usung penyu tu.
fav.
pantang org usik, di tarik semula bantal tu. (BS gtau, nisrin ni jenis kedekut skit barang2 dia) hahah..
saya lupa nak ship penyu tu, sbb igtke barang dah sikit kat tangan, boleh bawak gitu je dlm flight kan penyu tu. tp last minute, punya la banyak brg.
terus terniat di hati nak tinggalkan. ihihh tak baek kan saya. rupanya ada cerita pasal penyu tu.


ok ok sambung..
what??!
ayoo, serba salah saya.
kang tak singgah sbb memang lalu je kuantan bypass tu tepi semambu.
kalau singgah, of kos berhujan air mata lagi.

tapi sbb taknak hampakanpermintaan ayahanda, saya sms dulu anak BS. bgtau nk singgah.
tapi tak de balasan.
terus call.
BS kata dia kat luar, tp boleh balik.
tau x, ayat dia yg sedih "alaa, nanti tgk nisrin nangis lagi.."
apa yg patut saya rasa/buat/respon..
sengih jer...


walla...
sedihnya nak recall benda2 gini.
baper kali dah air mata ni menitis...




sampai2 je umah BS, masa tu tokma nisrin, abi nisrin pun ikut skali masuk dlm rumah.


terus, BS gtau..
tak samaa cium baju je, dgn cium org nya..
lain sangat...
dan kata2 seterusnya diiringi dgn air mata.
saya?
takkan malu2 punya air mata tu nak di sorok2..


pass nisrin kat BS, dipuluk cium sesungguh hati nisrin.
nisrin pun balas balik dgn peluk ibu dia sekuat hati
seolah mengerti jasa ibu pada dia.


tokma nisrin nak redakan suasana mula la tanya benda lain. dah jumpa budak ganti ke, atau mcamana..
BS masih layan perasaan.
katanya taknak dah jaga budak.
sedih bila situasi begini.nak berpisah mcm ni.


huhuhu
dah abis tu, sampai dlm keta, BS nampak penyu tu.
BS terus pesan pd nisrin, jaga elok2 penyu ibu kasi...main dgn penyu tu.
nanti raya ibu g tgk nisrin..masa tu dah tak sedih sgt kot..


hmm..ok ok legaa.. sudah abis episod pertemuan sedih.


dlm keta, dah masuk highway, saya terus sms lagi anak BS.
'kak long cakap ngan ibu, tima kasih banyak2 ye, jaga nisrin...'
anak Bs balas
'ok nanti cik zu anta gambar nisrin kat sana.. :)'


hari berlalu.
day 4 at new place.
i got this msg from anak BS.
anak BS : cik zu..pe khabar?? nisrin mcm mana? dia nangis tak kat sana? maaflah ibu xboleh call lg, sbb nanti ibu nangis dgr suara cik zu.. ibu tgh sedih lg tu,,

Me: alhamdulillah..sihat..nisrin xdpt ibu cam ibu ni..dpt mama yg jaga ramai budak.. nangis laa xde org nak fokus dekat dia sorg,, dah ajar tido buai sbb mama dia xleh dah peluk2 dia..


anak BS : kesian nisrin.. cik zu, ibu nangis cik zu cakap macam tu.. nisrin kat umah tu mandi air panas tak.. ibu start risau dah tu..


Me: tak tanya pun mandi air panas ke tak.. Pesan lat ibu jangan nangis2. nti lama2 nisrin ok, insyaAllah..




n.


saya kira cukup setakat itu cerita tentang BS lama saya.
yg saya tak yakin boleh jumpa lagi tak khidmat BS mcm ni.


lepas tu, ada jgak dua tiga kawan2 dekat poli lama tanyakan pasal BS saya.
tp serously BS saya dah tak nak jaga budak.
nak fokus menjahit baju.


insyaAllah bila2 ada perkembangan pasal BS lama saya upkan lagi.
lega saya dapat luahkan di sini.


terigt kata en suami, susah nak cr pengasuh yg ada jiwa sayangkan anak2 kita cam anak dia sendiri.
nisrin bertuah walaupun hanya utk setahun.


now, nisrin semakin mengerti jadual dia dengan BS baru, mama. insyaAllah utk post akan dtg..


kawan2 doakan, kami kuat di sini..


doa saya utk BS lama, semoga sekeluarga dia murah rezeki sokmo.
insyaAllah, hubungan tu takkan putus, walaupun ntah bila dpt bersua muka lagi...




 



March 21, 2012

alkisah BS... lama

assalamualaikum..
bertemu kita lgi dalam blog permai ini. sihat sejahtera hendaknya.
kali ni, nak 'up'kan cerita tentang BS - Baby Sitter nisrin.

kita bahagikan pada dua bahagian ya.

bahagian 1 mestilah bercerita tentang bekas BS. 'ex-bs. yela, tiada yg lama, maka tiada yg baru.
 seusia setahun juga lamanya ex-bs menjaga anakanda nisrin.
nama nya lebih mesra saya sapa sebagai Kak Ida. usia awal 40-an. punya seorg anak gadis berusia 14 thn thn ni.
ingat lagi, bukan senang nak diketemukan dengan BS ini.
cuti bersalin yg asalnya cuma 60 hari saya pohon, akhirnya terpaksa di tambah lagi 10 hari. gara-gara tidak jumpa BS yg sesuai.
masa tu --> encik suami begitu bersungguh mahukan BS yang jaga nisrin seorg sahaja.
jiran dekat2 rumah ada dua yg jaga anak. tp tidak pula saya tanyakan sudi atau tak jagakan nisrin. taska poli juga selang dua rumah.
tp rezeki lebih kepada BS ini - walaupun kena 'travel' keluar dr poli waktu hantar dan amik.

mcmana boleh jumpa?
kebetulan. rezeki Allah jua.
staf politeknik lama yg rekemen kan. kebetulan BS ni jaga cucu dia. anak nya kena pindah ke besut. jadi tmpt cucu tu di ganti oleh nisrin.
kali pertama bertandang, walaupun masih dalam keadaan was-was (betapa risau nak tinggalkan anak kesygan pada org kan), 1st impression kira ok BS ni. rumah bersih. cuma masa tu dia tanyakan jgak anak di ajar buai ke tak. ohh, kalau boleh memang kami nak say no pada buai. (pssst panggil buai --> ayunan :) )
dah explain itu ini, terus tawakkal sahaja tinggalkan nisrin di  usia dia 81 hari.

hari ke hari, makin serasi.
yelah anak kecik lagi, tak kena sgt dgn org lagi, tiada masalah.
cuma rindu selalu terdetik saat jasad berjauhan.

bila nisrin dah besar sikit, di ajukan permintaan walker.
kami belikan.
seigt saya, itu sahaja permintaan BS. buai..langsung tidak masuk list.
tapi, BS ni amat mengerti dgn keperluan nisrin.
tido bermainkan telinga. kena peluk2 dulu.
mandi air suam.
makan suka ada kuah ikan singgang. kemudian sup.

saat si anak sudah banyak ragam, saya mintak BS jagakan juga di hujung minggu, saat saya bergelut dengan ilmu dalam kelas master saya. suami juga ada mengajar KSS di hujung minggu.
tapi kami tambah la bayaran utk BS.

bila nisrin dah pandai duduk, BS suka bawak keluar dengan kereta.
ini memang membimbangkan juga mulanya tu.
tapi kami tak pandai nak ckp lebih2. sbb kami tau BS pun sedar kalau ada pape berlaku.
tp bukan bawak jalan suka2.
kadang2 amik anak dia kat sekolah.
kadang2 g appointment dekat klinik uia. (anak BS pakai braces)
kadang2 g hantar/amik baju yg dia jahiitkan.
mmg takde la bawak g berpoya2.
asalkan keselamatan anak, time tidur dan makan minum terjaga, insyaAllah kami ok sahaja.
 
masih segar, saat kali pertama nisrin demam kuat sikit - bulan september 2011.
saat dia reject susu. umi bagi taknak. abi bagi pun sama. hati ibu mana tak resah?
seharian cuma sikit aje minum.
makan apatah lagi.
tau apa kami buat.
malam kedua dia demam, terus kami bawa rumah BS.
dgn izin Allah, nisrin minum susu dgn BS... 
Ya Allah leganya bila tengok kosong botol susu tu.
terus BS call sedara dia utk buatkan air tawar dgn bacaan al-quran utk nisrin.
 hari ketiga, saat dedar lagi, saya putuskan untuk hantar je pada BS. saya tak boleh cuti lama2 kan..
 lagipun umah BS tiada budak kecik lain, jadi tak risau pun demam berjangkit ke tak..

makin nisrin besar, makin banyak telatah.
membuatkan BS dan suami dia beserta anak dia 'jatuh hati' dgn nisrin.
setiap hari, saat hantar mesti ada cerita dr BS.
hari ni buat apa..
hari ni tau buat apa..
panggil bu..bu..
panggil ti..ti (kucing anak BS)
suka amik gambar..
memilih makan..
dll...

sehingga la, saat saya khabarkan.. yang nisrin dah kena pindah ikut parents dia ke sabah..
mula kesedihan menyelubungi. 
saya bgtau BS berita ini, hari jumaat 17 feb 2012.
jadi memang gtau BS yang nisrin dia akan jaga sehingga 29 feb.
lebih kurg 2 minggu.

sejak tarikh tu, hari2 duk cakap, nanti jauh dah..nanti lambat lgi boleh jumpa.
yang paling mengharukan hati yg paling dalam ayat BS 
'nanti zu kena pesan dekat BS baru...nisrin tido cam mana.. mandi cam mana..makan cam mana'..
hmm, sila imagine yer, hati ini camana.. sedangkan dekat tmpt baru, belum confirm pun ada BS masa tuh..
di cakapnya pada nisrin, ibu belum tentu boleh hntr nisrin ke airport..nanti ibu sedih.. nanti insyaAllah raya ibu g tgk nisrin yer..

sedih..
bergenang si air mata.
di mana lagi boleh cari BS sebegini.

29 feb 2012.
hari akhir saya kerja di polisas.
merujuk hari akhir juga BS jaga nisrin.

maaf saya tak dpt teruskan.
masih belum kuat utk di titipkan erti perpisahan ini.

nanti punya kekuatan saya akan sambung...insyaAllah..
 

 

 

March 20, 2012

talent si anak

salam.
lama sudah tiada perkembangan ttg nisrin secara khusus dalam blog.. semakin hari semakin aktif bah, sampai tiada masa untuk secara detail saya catat perkembangan si dia..
rasa terkilan juga kadang2 tu.. tapi apakan daya.. insan kerdil ini punya banyak kelemahan.

menginjak ke usia 15 bulan akhir mac ini, di akui sudah banyak sekali talent terserlah.
bangga bersulamkan rasa terharu. hihihi

dr segi fizikal
-rambut nya mcm gitu jugak la, xbnyk mana yg tumbuh. orgnya senang berpeluh jadi ok la tak banyak rambut. ikal. ikut genetik abi.
-gigi - sekali imbas, terasa cam dah cukup bilangan je gigi nisrin.. heh sudah pandai guna gigi sebagai senjata yg paling cepat - gigit umi dan abi - kalau kehendak tidak dipenuhi. cara lain - kalau kami pimpin tangan dia semasa berjalan dalam shopping mall - haa, saat di mahu lepaskan, di gigitla tangan kami. she knows, how strong is her bite!!!! saya juga selalu pesan dekat BS, kot di gigitkan teman2 baru di rumah BS. hohoho
-fizikal yg lainnya macam biasa... cuma berat badan tiada pertambahan. maintain 10kg. tapi a bit confuse la - kenapa tiap kali dukung terasa semakin berat.. huhuhu

dr segi emosi 
- cukup pandai gunakan SUARA dalam ekspressikan emosi diri
- cukup lengkap : menjerittt sekuat hati, menangis mengada, menangis sedih, menangis sakit.. 
- sudah pandai panggil abi.. mi.. heheh 


talent lain..
pandai jgak la dengar arahan.. heh ni i suka. mintak amik paper, dia amikkan. esp mainan dia la. buku. baju dia.
sudah kenal objek. bila kita sebut buku dia amik atau dia tunjuk.
objek lain - bola, bulan, baju, botol susu, puting, teddy dia.. dll..
sgt obses dgn buku... kalau nak baca buku, dia akan meniarap mengadap buku tu. heheh sgt comel.. tp kita kena ada sekali la dgn dia tolong bacakan, tolong sebutkan gmbr dlm buku tu.
selain tu, dia boleh jadi pembantu yg baik. 'pembantu'. heheheheh kalau lipat baju dia, dia tau nak masukkan baju tadi dalam almari dia. x kisah tingkat mana pun asal boleh masuk.
sudah pandai bukak zip. zip beg baju. :)

talent terkini - kejadian berlaku sabtu lalu. masa umi ke kelas. abi duk kemas2 barang2, terjumpa name tag. (penjawat awam kan kena pakai) hihih

spontaneous, dia amik name tag tu letak kat dada diaa. marvelous for me, as kita tak pernah ajar dia. she just observing okay.. up! utk kemahiran observe.


kalau dgr azan..dgr org zikir, badan dia terhinguk2. ala2 ghatib. hihi kalau tgh berdiri, haa duduk la dia.


solat. eps sujud. cara dia sendiri. tp dr kemahiran observe jgak. yg penting muka mengadap sejadah kan.
she did it!! walaupun dalam keadaan ala2 terbaring ke bawah. muka, perut, kaki tangan semua mengadap ke sejadah.


:)


talent lain kita sambung lagi insyaAllah. need to take break.
pening pulak tetiba

salamm wbt

March 18, 2012

Cloth Diaper - betul ke menjimatkan

salam semua.

sudah agak lama tiada update terkini tentang CD. 
kali ni nak perform simple math.

hari ini, ahad 18 mac 2012 - usia anakanda yg di kasihi menjengah ke 1 tahun 2 bulan 18 hari
atau dalam hari = 365 + 60 + 18 hari = 443 hari


ada apa dengan angka. ok straigt forward.
jika saya seorg ibu yg pengguna tegar disposable diaper (DD), mari saya kirakan berapa sudah duit yang telah saya BUANG.


anggaran saya , 1 hari 6 DD di gunakan + di buang (tak kira jenama hebat mana sekalipun)


jadi jumlah pakai dari hari pertama lahir hingga ke saat ini


443 hari x 6 keping DD = 2658 keping DD


satu jumlah yang banyak bukan!


mari saya kirakan, berapa pula kos nya.
anggaran = di semenanjung 60sen/dd manakala di sabah 70sen/dd.


2658 keping x 60 sen = RM1594.80
ringgi malaysia seribu lima ratus sembilan puluh empat ringgit dan lapan puluh sen


jumlah ini yang telah saya BUANG dengan sia-sia, selama usia anak dr sehari hingga ke hari ini jika saya pengguna dd yg tegar.
tp mungkin setengah golongan akan katakan yg jumlah ini sedikit pada mereka.
itu terpulang. :)


tp.. jumlah itu cukup utk bayar installment honda city en suami dua bulan tau! hehe
ia juga adalah 3/4 daripada yuran pengajian master saya setiap semester.
banyak tu.


mengapa topik ini saya utarakan yer..
kerana, insyaAllah, saya punya pilihan yg lagi bijak menggantikan DD ok.


tak lain tak bukan.. Cloth Diaper!!! (^^,)


:)


saya sudah ada sebanyak 32 cd.


dengan kos pembelian sebanyak rm1089 (termasuk kos pos).
masih satu nilai yang banyak. 
cuma perlu diberi perhatian 
- ia jimat rm505.8
- ia boleh di ulang guna pakai seiring dgn pertambahan usia anak
- bijak cara jaga, tentu sahaja boleh digunakan untuk anak2 seterusnya
- 32 keping bagi saya cukup utk ucap bye-bye pada DD - no more waste money on DD :)


secara purata, 1 cd rm25. 41 kali pakai sudah balik modal sebenarnya. tapi sudah tentu lebih banyak dan banyak kali boleh pakai :)


kelebihan cd lain nya
- mesra alam
- prints yg menarik
- macam2 style utk ibu2 cuba dan manipulasi
- kurgkan sampah dunia
- one size (3kg - 18kg)
- makes baby's hip to move/grow (sbb kangkang sikit kan)
- tiada bahan kimia
- selamat digunakan


jadi
menjawab tajukk entry di atas, SUDAHHH TENTU menjimatkan.
pakej yg lainnya juga, seperti di senaraikan di atas


pendapat anda pula bagaimana?




pssst, saya gembira di tmpt baru, BS baru sudi meneruskan niat saya utk fully cd. :))

March 14, 2012

tempat baru


sudah memulakan tugas secara rasmi di sini..
biarpun dalam kerinduan kepada apa yang saya lalui sebelum ini..
biarpun dalam apa yg saya ada di tempat bekerja sebelum ini..
moga amanah yg di amanahkan tetap terlaksana jua.
mendidik anak2 tempatan di sini.

:)

namun, tempat lalu selalu menerjah dalam ingatan..
kalaula 5 thn di katakan maksimum di sini, tertanya2 apakah 5 thn jua tempat lalu akan dirindui..
siapa tahu kan.

hari ke sembilan di sini, sudah berupaya absorb lebih dr hari pertama..
susunan waktu..
jadual kerja..
rasa makanan..
suasana kerja..

dan harap hari2 seterusnya berjalan sebaiknya.
berharap jua, ada sesuatu yg baru boleh dipelajari di sini.

syukur, untuk 9 hari pertama ini,
sudah beroleh title baru..

BS baru.. yg pastinya boleh dan sudi handle ini..

bertemankan barang2 yg sama dr rumah kami di kuantan..

yang pasti mereka ini akan selalu dalam ingatan..

(tiada dalam gmbr - ayahanda tercinta beserta seorg lagi adik)

dan juga keluarga yang lainnya
teman2 di semenanjung - khususnya seperjuangan di jke polisas
teman2 sekelas master
anak2 didik di sana..











March 13, 2012

2 tahun

13 march 2012

2 years of me & hubby marriage - bonding

:)

happy 2nd anniversary dear en suami.
karambunai, jommm!
kih kih

p/s: rindu nak update blog. tp kena tunggu semuanya stabil dulu
 

March 06, 2012

selamat

5 MAC 2012
1510
MH2614 BERJAYA MENDARAT DI LANDASAN TERMINAL 1
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU.

5 MAC 2012
1700
SELAMAT MENDAFTAR DI PEJABAT PENTADBIRAN POLITEKNIK KOTA KINABALU.

6 MAC 2012 - ONWARDS,
BERSEDIA MENJALANKAN TUGAS DI TEMPAT BARU..

DOAKAN KAMI YEA KAWAN2 DI SEMENANJUNG.

 

March 04, 2012

rindu......

terapi minda ini sudah seminggu lebih ditinggalkan..
rindu menerjah..
si anak jugak bagaikan mengerti setiap kali lepas mandi, dibeleknya dd berkali2,
mungkin berbeza dr kebiasaan..
kdg2 timbul rasa tidak sabar mau ke sana, saat smpinya barang yg di'ship'kan,
kotak pakaian baby dulu pastinya akan di cari..
saat itu juga terasa mahu memeluk cd-cd anakanda
betapa rindu nya pada hobi yg satu ini..
bertuah ibu2 yang mampu bercd jika dalam keadaan saya sebegini.
kan?


ini, basuhan terakhir cd semasa di rumah ini..
termasuk pre-wash cover cd baru anakanda.
AI2 style. :)



sepertinya cd-cd ini punya perasaan kan?
smpi ketemu kita di tempat baru yer.
sebenarnya bukan stok cd shj di hntr, stok sabun jugak!

ahad ini, 4 mac 2012, bermula la perjalanan kami ke KL. akan bermalam di KL international hotel bersama keluarga.
5 mac 2012, 12.30 tghari, insyaAllah akan berlepas ke kota kinabalu.
bagaimana ye rasanya naik kapal terbang? maklum la, pertama kali.
si anak kecil, moga beave la kamu,dpt seat depan sekali ni.
MH2614, seat 5e dan 5f.
:)

sampai jumpa lagi ye.
xtau bila lg dpt update blog.
cuma, insyaAllah akan diusahakan. moga tertunai.

March 01, 2012

pre-journey to sabah

salam sayang dr semenanjung.. ya, i masih bersiaran dr bumi semenanjung. 


alhamdulillah, telah berjaya melalui tarikh 29 feb.. seperti di duga, saat/detik perpisahan sementara itu tetap perit..cantik kan tarikh tu - tarikh yg hanya boleh dijumpai 4 thn sekali.
29 feb 2012, merujuk hari akhir saya berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLISAS..


*cite bab air-mata next entry k*


kali ni cuma pre-entry sbelum betul2 ada di sabah.. yg smpt saya rakam.. kita tgk  gambar ye..



pada saya yg mulanya mmg menyangka yg ini adalah berita baik yg di sulami dgn berita kurang baik.. tp setelah dua minggu tarikh berlalu, minda semakin positif utk maenerima berita ini, dan berbunga la harapan bahawa rezeki kami insyaAllah pasti lebih baik di bumi sabah. jgn di tanya berapa jaraknya pahang (tempt lama berkhidmat) dengan sabah, sebaliknya tanyala berapa lama tempoh perjalanan udara dari pahang ke sabah.
saat berita ini di baca berulang2 malam itu, macam2 perkara menerjah, soal PJJ, soal anak, soal diri sendiri.. tapi.. 

belum sempat cerita si dia dapat jauhhh ke sana menjadi basi, cerita saya pula muncul..
dan saya juga tetiba menjadi golongan mendapat ucapan tahniah. bila dah begini, cerita lain pula timbul - terutamanya soal pengajian saya & soal rumah kotasas

*pihak pemaju bgtau, seawal 12 mac pembeli akan dpt kunci* 

tapi, demi sebuah keluarga, saya turut jua ke sana, berbekal
kan smgt semoga ada yg lebih baik utk kami si tmpt baru..

pada petang saya dpt surat arahan perpindahan, terus mintak wakil dr syarikat logistic provider - yg akan uruskan shippment barang2 kami dtg ke rumah utk buat estimation cost supaya diaorg bole bagi quatation, dan seterusnya pihak septtnya boleh kuarkan LO dan seterunya surat lantikan utk syarikat tu.
syarikat apa yer?
- SubaliPack!

:)

wakil syarikat juga ada emelkan jadual kontena/kapal ke sana.

:) alhamdulillah kami dpt tarikh tu

22 feb - subalipack datang take out semua barang kami termasuk keta + moto en suami
25 feb - barang sudah selamat loading dalam kontena dan bertolak ke pelabuhan kota kinabalu
4 mac - di jangka sampai ke pelabuhan kota kinabalu

so yang tinggal skang, hanya jasad, yang kemudian perlu juga berangkat berlepas ke sabah




Dear Mohd Zulkifli, Please be informed that your shipment form PORT KLANG to Kota Kinabalu, have been departure on 26 February 2012 and estimated arrive at Kota Kinabalu Port on 4 March 2012, and it is excluding custom clearance activities..

keratan sms dr subalipack pada en suami


ok ok mula dr awal balik :)

inilah quotation tu,,
rasanya boleh nampak dgn terang dan jelas, baper jumlah nyer
heheee

ok ok kasi zooom sket

pada saya mmg suatu nilai yg banyak. ini baru satu keluarga. agak2 berapa keluarga yg dihantar ke sana? tapi xper, selagi 'saya menurut perintah' kena turutkan jua.
buat aim baru di sana
buat pembaharuan di sana
pengorbanan jauh dr keluarga dan kawan2 si semenanjung perlu dijadikan batu loncatan utk kehidupan yg lebih baik.

*saya perlu positif kan utk semua ini?


ok layan gambar acara packing+sealing+loading barang yea..





21 feb, seramai 7 pekerja subali pack dtg umah, around 4pm mcm tu.
cepat betul diaorg buat kerja.
bgtau shj yg mana kita nak bawak ke sana, semua diaorg buatkan.
pantas!
mantap!
gmbr ni di ambil mlm tu, sgt berserabut ok.

aiyooo ini lagi la super berserabut
nampak tak ada sorg budak kecik yg turut pening di situ? kita ambik dia dr umah BS pun dah lewat, dah dekat nak magrib. menangis2 dia sbb kita lambat amik.
maaf ye nisrin, umi abi pening nak settlekan barang, nak sort mana yg betul2 nak bawak ke sana, mana nak bg org, mana nak buang aje..
uih, jgn la beli barang banyak2..guna je yg mana ada, buruk nanti, baru beli baru. sila la jgn tambah koleksi pape. 

dekat lorong ni la lil princess kami suka berlatih berjalan... saat entry ini di taip, lorong ini telah menajdi kenangan.. 


di balik kotak tu ada macam2 lagi..
koleksi bantal besar, bantal kecik, bantal2 nisrin, teddy bear nisrin.
nak tinggal, sayang wooo


ni bahagian dr master bedroom, baju2 + brg2 saya. 5 kotak tu, khusus baju saya. sgt byk kan. itupun saya dah sort separuh bg org tau.
xtau la dtg dr mana begitu byk baju. sudahknya saya sendiri pening+letih nak lipat baju.
mmg boleh mintak org subali buat semua, tp bab baju ni personal ok. jd lebih baik kita sendri buat.

ini kotak2 utk packing barang2 kat dapur.
saya tak sempat nak balutkan pinggan gelas kaca dgn kertas, duk igt diaorg main hentam masuk dlm kotak.
rupanya tidak. diaorg yg balutkan semua. so masa diaorg pack, sy siapkan peti ais. 

gambar ni di ambil pd 22 feb.
dlm 9.20 am diaorg dtg smbung keje kat umah.
sgt bayk kotak2 kami.

stok CD anakanda... luckily smpt kering semua sblm masuk kotak. semua pos. so meanwhile fully dd, stok thn lepas yg tak guna2 lagi..
34 keping semua.
di tmpt baru mmg sy target to say NO to dd
please, doakan sy jadi mummy yg kuat utk fully cd.
stok mmg insyaAllah cukup.
cuma berharap dan berdoa agar jumpa BS yg boleh dan sanggup handle cd.



disbbkan tanak bg customer confuse dgn barang2 sendiri, pd kotak tu ada tmpt label.
dan ni cth label.
dekat side lain pd kotak, ada juga sedia ruang utk diaog tick kan barang tu dr bilik mana..
dapur ke, bedroom 1 ke, bedroom 2 ke, living room ke..
atau pape..
so takde la kita pening sgt bila nak unpack semula kotak2 kita tu..

tidak ku ketahui apa motif tetiba payung chelsea ada di situ. mueehehhe
eh apa ye that subalipack guy buat?
tekun kan..


ok, dah siap pack - seal - label semua, ada satu lagi proses
- numbering

semua kotak akan di nomborkan dan di catatkan detail nya dlm satu form.
senarai semua kotak.
dr kotak 1 hingga la yg ke berapa pun.
so sementara yg lain siapkan proses pack, en ejam ni (kalau tak silap) yg buat proses sistem nombor.


beg yang kami nak bawak by hand. suda di asing kan ke satu sudut, ini kalau tak gtau betul2, diaorg akan pack masuk kotak.
begitula yg terjadi pada iron kami dan sehelai dua baju kotor. eheh

the arrival of the big lorry. mmg sesuai sgt pjg nye tu utk angkut semua kotak2 kami..
setibanya lori ni di perkarangan rumah maksudnya proses pack+seal+numbering sudah hampir selesai..
begitu jugak dgn kereta n motor en suami. runner will amik the car.

sebahagian kecil barang yg dah get ready utk load atas lori.
kotak paling tepi tu adalah peti ais kami.
:)

saya org last yg drive cck ptg tu, angkut barang dr opis.. hope baik2 aje atas kapal ye cck 
ihihih

sebelum barang/kotak di angkat masuk ke dalam lori, saya diberi satu borg. dlm helaian pd borg tu ada diletakkan nombor2 kotak.. bila subalipack people sebut nombor kotak, saya akan bulatkan no kotak tu pd borang, kemudian baru la diaorg akan naikkan barang ke dlm lori.


proses loading barang

inilah helaiannya..ada sape2 boleh teka baper jumlah kotak kami...

itu contoh nombor.
kotak 25.
apa ye brg dlm tu.. 
oh yeah.. 99 boxes!! mau pengsan dulu sebelum boleh unload. heh

the lorry ready to depart to the wholesale first and on the night depart to port klang...


final outer n inner inspection for abi car, before they 'took away' the car..

ok cerita bahagian pertama pre-sabah smpi ke hujung
insyaAllah will update more

:)
jaga diri