source: taken from somewhere in this 'maya' world :)
alhamdulillah, saat dan ketika ini, masih ada kesempatan utk menghirup dan menghembus nafas.
29 thn 2 bulan 2 hari kalau mengikut tahun yang lebih tepat.
wanna review back for past year i've been through in this wonderful world..
1982 tahun saya dilahirkan.. bulan terakhir utk thn itu, pada 8 haribulan pada ketika waktu magrib, di sebuah hospital, Hosp Dungun. di hospital ini juga mulanya merancang utk melahirkan anak. tp tidak kesampaian. dan setelah saya sendiri melalui proses bersalinkan anak, baru sebena r2 mengerti betapa sakitnya bersalin, dan mungkin sakit ibunda yg melahirkan saya juga begitu.
1989 kali pertama menjejak kaki ke gedung ilmu, Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun. enam tahun lamanya di sekolah ini. belajar mengenal ilmu, guru2, dan kawan2. belum sepenuhnya mengerti erti hidup sebenar di luar sana.
1994 menduduki peperiksaan UPSR. tak dapat straight A pun. hanya 2 kalau tak silap. masa ni jugak belum ada subjek sains.
1995 membuka langkah yg lebih lebar ke pengajian menengah. mula bercekal hati mahu belajar bersungguh2..mau mengenggam kejayaan dalam menuntut ilmu. :) berlumba2 dgn kawan utk mencapai gred terbaik yg semampu
1997 menduduki peperiksaan PMR. tak dapat straight A jugak. 6A shj.
1998 smbung tingkatan empat, sekolah sama, aliran sains tulen, masih dengan rata2 kawan yg sama. "seronoknya kalau mengimbau zaman skolah2 dulu"
1999 menduduki SPM, dpt pangkat 1 agregat 14. oklah, yg termampu. hihihi
2000 dpt tawaran smbung belajar di peringkat matrikulasi, di matrikulasi Pulau Pinang dalam bidang sains hayat. satu tahun setengah. pertama kali duk jauh dr parents. huhu
2002 abis belajar di matrik. jun 2002 masuk KUiTTHO dalam bidang elektrik (elektronik perubatan). 4 thn lamanya. suka duka tentang kehidupan sbnr mulai terasa sewaktu di sini. :)
2006 grad dan konvekesyen pertama. seterusnya belajar mencari kerja. ada seketika kerja sementara, belajar melalui proses temuduga utk pekerjaan.
2007 16 julai 2007 - posting kerja di Polisas. :) DC41. sehinggala sekarang. masih lagi dgn title DH41.
2009 thn ni saya melengkapkan lagi satu fasa dlm kehidupan seorg perempuan. getting engaged.
2010 13 mac 2010, hari perkahwinan saya dan suami. :)
31 disember 2010 hari kelahiran anak pertama kami. :)
2011 januari 2011, sambung pengajian ke peringkat master secara pesisir, di UTHM bersama2 dgn 15 kawan2 setempat..dah beli rumah, dah lulus loan.
2012 thn ini. yg baru memasuki bulan ke-dua. baru melancarkan page online shop sendiri. skop jualan, tentunya CLOTH DIAPER. :) diharapkan hari2 mendatang dpt dilalui dgn baik.
amin...
No comments:
Post a Comment