(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

October 31, 2011

dr nunnnn jauh (smbungan)

salam.


lama betul tidak muncul dengan entry terbaru. gara2 seminggu melarikan diri dari rutin harian. membawa diri la kononnya. hihihi


first n foremost, selamat menyambut bulan ke-10 buat puteri tercinta.
semoga Allah terus pjgkan usia nisrin zhafrah dlm keberkatan.


10 bulan yg sgt2 membahagiakan kami sbg ibu bapa.


:) 


nak sambung entry INI

terhenti di sini kan hari tu...

agak2 ada tak yg tertanya kenapa bila bercerita ttg wish list yg itu, kenapa terus mood nan ado... 
tak dinafikan, adakala mood di tmpt kerja mmg merudum. merosot.
boleh bilang dengan jari je, berapa kerat betul2 bersmgt nak kerja.

huhu very the kesian.

mengimbau kenangan 4 thn dahulu kala. saat menjejak kaki ke sini, smgt berkobar2. persekitaran yg sgt mesra bg saya.
balik kerja 4.15PM, ohhh sgt membahagiakan.
terasa tiada bebanan.
ISO? MQA? 5S? belum terlintas zaman itu.

lama kelamaan, mmg di hambat rasa mengejar dateline.
dateline itu, dateline ini.

smpila thn 2011. aishhhh, kdg2 terfikir, adakah aku ini ant golongan stress di tmpt kerja?

aduhai.

slps subuh hari, mmg selalu doa, agar di berikan kudrat utk menjalani kehidpan di tmpt kerja. walau dihmbt urusan hebat mana skali pun, agar smgt itu tidak pernah luntur.
dtgla auditor apa skali pun..
muncul la undang2 apa jua pun...
bertandangla kerenah student walau camanapun..
letak la nama potfolio pape pun..
bagi la subjek kurikulum mende pun..

hehe

tp hakikatnya belum tentu hasilnya adalah secemerlang yg dipohon.


hmmm.. harap semester ni cpt2 berakhir, supaya boleh kumpul smgt baru utk semester baru bulan 12 nnti.


bulan 12?? hehe ada tarikh spesel tau!!


4- i wish to be a better person in money management


heheh
selalu gagal bab pengurusan kewangan.
jarang sgt spent based on purpose. semuanya kehendak.


sila booo diri sendiri.


heh


tp dua tiga minggu ni, dah mula remind diri sendiri, if Allah izinkan wish utk memiliki rumah tu (lulus loan), sila laaa lgi berjimat cermat sbb bayk amaun nti yg kena potong. 29 thn pulak tu. lama kan.


5 - sekian


:)


:)


jumpa lg k 

October 19, 2011

dr nunnnn jauh

dear sweet page, tahu kah dikau, sungguh berharga nilai kamu pada hati dan jiwa ini?..


hampir setiap hari kamu dibelek oleh empat mata ini..
terima kasih kerana sudi melayan kehendak empat mata ini yer.. :)


tinggal dua bulan lebih shj lagi thn 2011 nak melabuhkan tirai. 
jika di tanya diri sendiri ttg azam mahupun wishlist utk thn ni, sy sendiri kurg pasti, apa pencapaiannya..


1- i wish to be as good as, as best as i can --> a mummy
:) azam/wishlist yg amat amat subjektif. tiada batu asas/kayu pengukur. tanya la siapa shj yg bergelar seorg ibu yg waras, pastinya anak menjadi keutamaan.
menjadi ibu pd kurg 3 jam lagi menjengah thn 2011, mmg satu pengalaman dan saat paling berharga dlm hidup. tidak menjangka rezeki ini menjengah secepat mungkin, pasti membuatkan aku tidak henti2 memanjatkan kesyukuran kepada Pemberi Rezeki. terima kasih.
jika dinilai satu persatu, aku mungkin sudah gagal utk menjadi ibu yg baik utk si anak kecil ku, atas sbb tidak betul2 mencedok ilmu secukupnya ttg BF. rasa down? sudah tentu. tp aku yakin, pasti ada rezeki utk my lil princess. now, sudah 9 bulan si dia, tiap2 hari adalah suatu yg baru aku lalui. saat plg di tunggu saat bukak gate umah BS, dan ternampak lil princess tergedik2 excited tgk org kesygan dia dtg amik.. mula la cerita BS ttg perkembangan lil princess. setiap ptg, setiap hari. pasti ada suatu yg baru yg diterokai oleh lil princess. 
hari ni, gomol baby tu.
hari ni, dah pandai amik mainan kakak kaira.
hari ni, makan banyak dr biasa.
hari ni, terjun bendul.
hari ni, pandai merajuk.
hari ni, dah faham arahan ibu.
hari ni, taknak main ngan kak long.
hari ni, bla bla bla...

siapa tak syg dan rindukan anak sendiri?
bahkan mungkin lebih dr sygkan diri sendiri dan suami.
hihihi




2- i wish to a better person --> as a student
alhamdulillah lagi, kesempatan utk sambung belajar di peringkat sarjana memihak kepada diri ini awal thn ni. even tho masuk kelas lewat skit dr kawan2 sbb maternity leave, plus rasa ketinggalan, tp punya suami & classmate yg sgt wonderful. begitu jugak dgn pensyarah.
keputusan peperiksaan semester 1 mmg menjadi penguat smgt.
pesanan en suami, hampir kedengaran di spjg waktu, amanah ttg rezeki dan peluang utk bergelar pelajar tidak harus di sia2. moga peluang ke PhD menyusul suatu ketika nanti. aminnn




the code - MEE. :)




3 - i wish to own THIS
masih dalam proses.
sudah sign agreement sales of purchase (SMP), sudah amik dokumen dr pemaju. sudah submit borg pinjaman online pada perbendaharan.
tp banyak lagi baki2 prosedur. satu persatu2.


mohon doakan kawan2 k


utk setiap satu yg utama di atas.


4- i wish to be a good civil servants.


.........


eh tetiba mood menaip hilang.
ooo pttla, dah 1.10am rupenya.
mari reharkan minda.


salam

October 18, 2011

si dia bersama stereng...

hobi kegemaran nisrin: pegang stereng keta, tidak kira yg original atau palsu kih kih


mulakan dengan versi stereng palsu dulu.. pusing mcamana pun, tetap kami disitu.. (stereng keta PS3 ayoh su kegemaran nisrin)...  masa ni 2pagi ok, :)





memula sentuhan manja gituu


mula tunjukkan minat

wondering what is in her mind at the moment


dah dpt pusing stereng, maka makin beriya la cik adik sorg ni
*pusing la 360 darjah pun, kita ttp di situ ye syg.. :)

next..

versi original.
stereng keta abi jd mangsa:


haa amik dik, stereng lagi besor dr badannya heheh


xperlah ku gagahi jua demi hobi ku.. tp kita cuba hari lain la umi yer... 
:)



taraaaa... melopong bulat mulut dpt pegang stereng heheh


bawak keta, tp pintunya tak tutup.. camana tu?



muka puas hati..

xlama tu, skill usik2 tmpt signal dan wiper pulak... suka betul dia..

kemudian belajar ini pula..


setiap kali masuk keta, mesti tgk abi pusing benda bulat tu..
cik adik ni pun apa lagi
mesti la mau mencuba..
haaaiii, kemain lagi...
dan pusing, terus nyaman sejuk je rasa... :)

pastu, selangkah lagi...



hoyeahh berjaya kuatkan dan turunkan suara...

ermm..mcm2 la si kecik ni..

:)












October 15, 2011

cerita tak seberapa

.. menelusuri jalan ke rumah BS di petang2 hari selalu membuatkan saya sedikit cemburu..

kenapa?

menjejak shj tayar kereta ke kawasan perumahan semambu di petang2 mmg meriah..

kat hujung simpang ni ada makcik2 kakak2 budak2 baby2 bersantai2 dgn kejiranan...

kat dlm pagar masjid perumahan tu pulak, riuh dgn pelajar yg baru balik dr sekolah sesi petg bersorak2 duk bermain...

jalan ke dpn lagi mesti ada budak2 duk berbasikal..

selalu saya tanya abi nisrin... 'abi...bila kita boleh bersantai2 begini...' 'abi... umi teringin nak bawak nisrin g jalan ke 'abc', ke 'def' ptg2....'

soalnya , adakah saya punya masa yg berlebih2 utk bersantai?

malah, di kejiranan sy, ptg2 mesti ada port wajib kakak2 yg kejanya suri rumah spenuh masa bersantai. masing2 dgn baby. mmg terasa ingin meneroka, apa perasaan mereka,atau ibu2 atau isteri2 yg tidak dihambar dgn keja hakiki di pejabat..

kami, waktu pulang dr pejabat mmg tiada ketentuan. paling cpt 5.15pm baru thumb print. perjalanan ke rumah BS 15min ++ sbb jem sgt2 di waktu ptg. paling lmbt kul 6.00 pm (pernah jugak >6.00pm sesekali dek kerana ada kelas ganti) baru terpacak dpn umah BS. lepas tu, selalunya kalau tak pegi dinner (sy jarang masak, silap jgn tiru, ops) mmg haluan terus ke rumah.

kalau kuar dr opis jam 5.15pm, smpt la smpi umah jam 6pm.

pastu ada hati ke nak lepak ngan jiran2? rasanya tidak.
kalau mereka jam 6ptg tu dah beres semua keja tertunggak di rumah, sy di ptg2 itulah baru nak mulakan keja...

ada tanggungjawab di dalam rumah pula.

selalunya:

mesti unload barang2 dr bonet kereta.
melayan baby kejap.
unpack baby stuff dr beg dr umah BS.
panaskan air utk stok air nisrin n utk rendam feeding botol nisrin.
basuh plastik baju kotor nisrin. kalau hari laundry, rendam baju nisrin dulu,
then melayannnnn la kembali budak kecik tu.

pastu continue homework la. 
kalau ada nak kemas dapur, kemaskan.
kalau ada nak kena lipat baju, curi masa la.
tp, di saat2 anak tgh melasak yg amat, sedikit masa je boleh peruntukkan utk melayan tanggungjawab di rumah.

itu belum di campur darab dgn kepenatan dr pejabat.

mlm2 hari, kebanyakan nya nisrin selalunya dgn umi. abi akan ke kamsis pelajar utk tanggungjawab sbg felo. adakala sibuk dgn kelas ganti di malam hari.



alahaii.. 

mungkin, sy tak dpt bersantai dgn keluarga sama macam keluarga lain buat.
dpt jumpa hari2 pun dah cukup bertuah.
dpt peluk anak tido setiap malam pun dah kena bersyukur.
dpt jumpa n dating ngan suami setiap hari di opis yg sama pun dah rezeki...

source: google image
adakah gmbr ini berkait dgn citer ini.. tidak ku pasti..

terlalu berharap dpt curi masa setiap ptg utk bawak nisrin mengenal alam sekeliling.. amik angin.. agaknya dah boring nisrin duk asyik amik angin keliling rumah je ptg2..

hihihi

dua minggu ini, straight nisrin di bawah jagaan BS termasuk weekend..... umi dan abi ada tanggungjwb lain. rasa sgt sgt brsalah dgn nisrin.. huhuh



ini cuma cerita dan pengalaman secubit saya. sekadar berkongsi di sini.

happy weekend semua.
weekend kali ini, sama cam weekdays.. di awal pg bersiap2 utk hntr nisrin ke umah BS dan masuk kelas pengajian smpi petg.

perngorbanan....

sekian

October 13, 2011

selingan :)


di suatu ketika dulu, nak dptkan sesuatu barang, sanggup gerakkan badan ke arah barang yg di aim tu..
tp suatu ketika sekarang, main tarikk je..

:)

asyik memilih, yg mana berkenan di hati 
hihi


membaca jambatan ilmu....

:)

love u always.

9 bulan campur-campur

October 11, 2011

4.30 am & blog ;)

4.30 am update blog? 
boleh saja. :)


saat ini, momen yg sy lalui jarang2 sekali boleh kelihatan.


melihat ruang tamu yang amat amat bersepah dgn fail. mengalahkan situasi di opis. oh ya, lupa, di opis ada 5S, tidak boleh bersepah2.


kena bangga ni, kerana rumah jarang skali boleh bersepah dgn bhn2 keje mcm gini.
kena bgtau jugak pd org2 yg ckp 'keje gomen' itu relaks. 


eh eh over pulak sy ni..


cerita lanjut bleh tgk entry comel ini

dan saat ini, bukan fail sy yg bertebaran, tp fail en suami.


saya hanya tolong menyibuk aje. 
kununnya bg smgt. peneman setia. pengadap yg tak jemu.


moga kuat la dia saat di 'ckeck-up' nanti.


sungguh terharu, pabila si dia suami, memohon maaf andai yg dihajati itu tidak kesampaian.


takpelah, jika tiada rezeki, lepas ni kita mohon mohon dan mohon lagi smpi kesampaian hajat itu ye.

tumpang seronok dgn persiapan suami dan kawan2 seangkatan. dipanjatkan doa moga urusan mereka dipermudahkan.
kena doakan jugak tau kawan2 utk kawan2 sy.


kita melayu2 yg kena cemerlang dlm hidup kita.


amin amin amin


perihal blog?
rasanya dah capai KPI blog thn ni. entry ke-85 utk thn ni. boleh atasi 2 tahun yg sudah2.


hihi




status FB sy terkini:
good luck n all the best.. utk si dia itu, si dia ini, si dia di sana, si dia di situ dan si dia yg seorg ini.. Mohd Zulkifli.. kita tlg mana yg termampu je touich up mana2.. *mode fail bersepah @4.30 am

October 05, 2011

mari kita pre-wash CD baru kita - CD bahagian 3

salam semua.... :)


citer pasal CD lagi ker?


ooh sudah semestinya, excited campur berdebo gak nak menggunakan CD ni.


seterunya sesi pre-wash CD.


pre-wash CD ni atau bhs mudahnya pra-guna CD adalah bertujuan utk hilangkan kesan bahan kimia dr pengilang dan yang paling utama tujuannya adalah utk melatih CD utk menyerap air dgn baik. kira sbg latihan pada CD sblum ia betul2 berfungsi pada keadaan sbnr nti (menyerap pee pee baby) :)


baper kali?


minimum 3 kali.


utk brand coolababy, minimum 6/7 kali pre wash. :)




at first, baru nak belajar pre-wash 4 dr 10 koleksi (kebetulan balik kg, jd xbawak semua cd)


scr asanya pre-wash cd ni senangnya.


3 langkah sgt mudah:


basuhkan dengan air, bilas2 gitu aje..


toskan/keringkan/spin kan(buh dlm laundry net)


sidai smpi kering - samaada under direct sunlight, bawah kipas, dalam rumah


maksudnya utk pre-wash ni saya tidak gunakan sbrg sabun ok. dr pembacaan, ada jugak yg bgtau gunakan air suam.



siap sedia utk di pre-wash kali pertama

memula saya lalukan bawah paip air terus.. sama ada CD mahupan insert. masa ni was was jugak, in case CD tu turun warna. heheh 

  kemudian baru masukkan dalam baldi, utk rendaman utk sekejap.


kemudian bilas lagi.


brand: sunny baby n happy flute :)

dah bilas tu, dan perah2 dgn minima (supaya insert dan CD tak simpan terlalu byk air)..

kemudian..

spin lagi utk very minimal speed..

dan 

final step..

sidai..


siap sesi pre wash 1.

utk pre wash 2 dan 3 kaedah yg sama juga. cuma sy lebih perhatikan pada kadar serapan air pd cd saya.

tak sabar la rasanya nak pakaikan pada budak kecik ni:


dear all: sy sudah 9 bulan....

alhamdulillah



sabar ya sayang, baru dua kali pre wash ni.

ada satu kali lagi dan umi google cara basuh, boleh la kita mula ber-cd ye..

:)











October 01, 2011

kenali CD kita - CD bahagian 2

p/s: segala gambar2 ada lah copy paste dr laman sesawang yg akan sy creditkan di hujung entry ya.. ediiting ada yg saya buat..


bahagian seterusnya..


mengenali struktur binaan CD ;)




source dr SINI
Kenali Cloth Diapers

1.CD : 
cloth diaper / lampin kain.

2.Pocket diaper : Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yg diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yg dilipat2.

4. Microfiber : Material tuala yg tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

5. Fleece : Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

6. PUL : Fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. One size (OS) : Saiz boleh diubah dari S/M/L dengan menggunakan snapbutton yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir(3kg) ~ 3thn(13kg)




ini bahagian luar CD tu.. ada mcm2 warna, dan corak yg mmg menarik hati... :)


ia di buat dr fabrik jenis PUL (POLYURETHANE LAMINATE)



  • Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper seperti untuk pocket diapers, AIO/AI2 dan juga diaper cover.
  • Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).

seterusnya bahagian dalam CD




  • Material sintetik ini (100% polyester) amat biasa digunakan sebagai lapisan dalam pocket diaper, AIO/AI2 dan diaper cover. Diaper liners juga ada diperbuat daripada fleece (untuk diletakkan di atas cloth diaper sebagai lapisan “stay dry” dan untuk menyenangkan pembuangan air besar bayi dari CD).
  • Fleece ada pelbagai kualiti. Kualiti paling bagus adalah “Polar Fleece”.
  • Kelebihan: Amat lembut untuk digunakan atas kulit bayi, berkebolehan untukmenarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai cloth diaper (wicking properties), “breathable”, senang dicuci, cepat kering, “stain-resistant”.
ini bahagian insert CD. yg sy paham, insert ni la berfungsi sepenuhnya utk menyerap air buangan dr baby. kira cam takungan la.. teknik penjagaan dan basuhan ygsesuai boleh menyebabkan insert ni semakin berupaya menjadi penyerap yg baik. insert ini akan dimasukkan ke dalam pocket CD tu.
  • Material ini lazim digunakan sebagai inserts, dan ianya adalah kombinasi polyester dan polyamide (bahan sintetik). Fabrik ini seperti fabrik yang digunakan untuk membuat tuala mandi.
  • Kelebihan: Agak murah, senang didapati, mempunyai daya serapan yang bagus, berupaya menyerap cecair dari permukaan kulit dengan pantas berbanding material lain (wicking properties).
  • Kekurangan: Tidak boleh digunakan terus ke atas kulit bayi kerana akan menyebabkan masalah kekeringan (kerana ianya menyerap cecair dengan pantas), material sintetik ini tidak terbiodegradasi (non-biodegradable).




selain dr spt yg dinyatakn, ada banyak lagi jenis fabrik yg menjadi binaan CD. cthnya jenis 
BAMBOO
cam yg sy beli tu, jenis coolababy, haa itu diperbuat dr bamboo





  • ahan diperbuat dari tanaman bamboo ini semakin popular untuk pembuatan cloth diapers. Ianya digunakan sebagai material asas cloth diaper seperti fitted diaper, lapisan dalam pocket diaper dan juga sebagai insert.
  • Kelebihan: Fabrik yang “breathable” (sejuk untuk pemakaian di cuaca panas), lembut, berupaya menyerap lebih cecair berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, bahan yang semulajadi,  mesra alam sekitar dan “sustainable” (bamboo tidak menggunakan pestisid, senang & cepat ditanam).
  • Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap (lebih 6 kali) sebelum digunakan untuk memastikan daya serap yang tinggi, sewaktu prewash juga tidak boleh dibasuh dengan fabrik lain, harga yang lebih mahal.



yang dikatakan one size ialah, pengguna boleh pilih saiz CD berdasarkan berat baby. hanya pilih button mana yg perlu di snap.

kemudian snap button mcm diapers biasa tu


DONE!!

:)

info dan gambar2 dr 
3. intro