(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

July 25, 2011

kediaman

source : Prof. Google

:) selamat awal minggu kerje kawan2. 

jika bercerita ttg rumah dia area kuantan, saya SANGAT suka menjamu a.k.a mencuci mata dgn rekabentuk rumah di kawasan berhampiran istana hingap sultan pahang, kawasan menuju ke Teluk Cempedak DAN rekabentuk rumah2 kawasan di Bukit Istana, Kuantan, sebelah jalan kuantan bypass.

setiap kali lalu, dalam hati terus terbit rasa hati "kalau laa dpt bermalam sehari dua dalam rumah2 mewah ni..."

pernah sbb teringin sgt nak menjengah BUKIT ISTANA tu, kita penah redah ngan kawan. bila di tanya dekat pak guard tu, kita jawab nak cari seseorang nama sekian2.. heh punyala mengidam kan.. hihi

mmg mungkin kita bukan golongan mewah2 dan kaya rayass utk duduk di rumah yg harganya 2 3 4 juta atau lebih.. mcm kita ckp, cukup menjamu mata. hihi

tp, kita ttp punya impian, utk tinggal dan menikmati hidup dlm rumah yg kita mampu milik...

punya tunggu punya, di satu hari tu, kita dpt SMS ada launch utk rumah sekian2 utk Fasa II dan Fasa III, di KOTA SAS. entrance masuk tak jauh dr kawasan bukit istana.. ermmm dan di sbbkan ni dah fasa ke-2 dan ke-3, harga rumah rata2 mmg adalah mahal. tp masih dlm range maximum loan yg layak. 

so pegi la kami anak beranak ke sana.

dalam hati saya cuma aim - teres setingkat. yg mampu milik dgn gaji semasa dan ekonomi.

cuma tinggal pilih corner ke, end ker, ngadap matahari pagi ke, matahari petang ke, luas tanah ke.. itu shj..

tapi...

bila smpi ke sales gallery, jd lain. 

tgk2 teres setingkat tu agak kecik. tanah 22' x 75'. bangunan 20' x 46'.

so, aim terus bertukar.

dr teres setingkat terus menjadi teres dua tingkat. cuba teka rega. rm248k ++ lot tengah.

hmmm... terus terbayang2 bayaran bulanan..

tp xpelah, asalkan, rumah tu ada ruang utk bersantai kami anak beranak.

4 bilik. dua hall. takde balkoni di tingkat atas.

diulang rm248K, sgt rapat dgn maksimum loan yg kita layak.

kalau ada yg tanya, kenapa tak combine loan dgn suami. 

jawapan kita, kita nak suami kita beli aset di tanah kelahiran dia, kelantan.
ermmm, kat sana umah lagi besar2, walaupun duk tepi sawah. tinggal lagi, cuma saya je, yg agak-berat-hati nak tinggalkan kuantan. ;)

so, biar kita yg buat loan utk rumah ni..

pastu tetiba... tau.. apa kesan LYNAS secara tak langsung?

ada yg bgtau, bank dan kerajaan takkan bg full loan berdasarkan nilai yg kita pinjam.

hartanah di kuantan dah jatuh.

ramai pelabur dah lari.

if one day u nak jual balik umah u, susah laku.

so, ada membe yg mintak pertimbang smula soal beli rumah di kuantan.

me??? ayoyoyo

sudah la lama dah tunggu saat nak ada rumah. tetiba cam gini lak.

susah nak decide keputusan.

tp, kita berbalik pada hati kita.

tawakkal.

insyaAllah, semua akan baik2 shj.

smpilah...ahad terbaru... kita g smula ke sales gallery.

pastu terus tgk rumah contoh teres setingkat.
sgt cantik. hiasan dalaman nya. even kecik. tp cukup memikat. ahaiii cepatla nak ada ruang utk keluarga sendiri.

borak2 ngan salesman tu, terus dia ckp,
'akak n abg beli CERIA kan? nak tak SURIA?, ada customer yg tak jadi beli'

FYI CERIA n SURIA merujuk kepada nama pattern rumah - teres dua tingkat, ala-ala d-link. cuma, SURIA - launch phase 1. CERIA - launch phase 

tau berapa harga beza? rm25K beza.

so, kita setuju nak tukar. tinggalkan contact number, nanti salesman tu akan call kita utk further action.

insyaAllah, mac 2012 siap plg awal. paling lewat jun 2012. aihhh cepatnya. sempat ke bajet duit. sama2 tunggu k.

belum proceed lagi ni. tgh tunggu call.

rezeki, kalau ada, adalah....

itu je.

tp takkan jemu tgk indahnya rumah2 mewah di kuantan

introducing : this super duper cute baby will always be our CERIA

and our SURI too!






July 21, 2011

sketsa

SKETSA DI PAGI HARI

VENUE: MAKMAL B303, JKE POLISAS

MODE: BUAT EXPERIMEN 1 DC POWER SUPPLY

tetiba ada sorg pelajar tu..

A: CIK CIK...CIK ADA DAH BERAPA ANAK?

AKU: (dalam hati..soalan tak berkenaan pun nak tanya dlm lab, tp layan je) ADA SORG...NAK MASUK 7 BULAN.. KENAPANYA?

A: OOO.. JADI CIK BARU KAWIN LA YER...

AKU: senyum2.. haah, thn lepas (2010)... kenapa?

A: sbb CIK baru kawen la, tak ubah2 title cik kat dalam sistem jadual waktu.. sbb tu kitaorg sume tulis nama CIK..bukan PUAN

hmmmm... ada2 je pelajar aku nih..

satu - mmg aku akui.. most pelajar mmg panggil aku CIK instead of PUAN. kalau pelajar semester 1, panggil cikgu lagi taw..
hihi
aku tak kisah, panggil la pape asal kan tak melampau batas, ada tata tertibnya..

dua - telahan aku semata. mmg agaknya pandangan mereka2 bila ada anak sorg tu,terus di andaikan baru kawen.. agaknya lah.. lama masa perkahwinan tu diukur berdasarkan umo anak pertama. mcm student aku tu, umo dlm 19 thn, tp boleh ckp aku baru kawen sbb tu sistem tak update2 lagi nama dr CIK kepada PUAN.

ok ok sudah2..

mari fokus keje.
esok ptg nak balik kg.

:)

doa

assalamualaikum..


sepotong doa utk di kongsi bersama..




;)

July 19, 2011

her first word??!!

assalamualaikum..


baru hari tu rasanya belek kalendar kat meja opis, 1 julai 2011. tetiba hari nih.. eh eh dah 19 julai.. cepat dan pantas masa berlalu. kurang dua minggu, insyaAllah, Ramadhan bakal menjelma. ahlan wasahlan. :)


tahun lepas berpuasa dgn baby inside my tummy, thn ni baby is outside already.
hihi


lama kan tak muncul dengan entry terbaru.. 


sgt tak sempat. weekend yg baru lepas, kami balik kg suami. 
perjalanan yg septutnya 4 - 5jam, menjadi lebih. biasalah bila ada baby.
banyak kali berhenti utn rehat dan rawat.dan juga singgah di destinasi tertentu.


:)


minggu ini, nak balik kg cik isteri pulak.
sgt rindu ok ngan umah mak ayah... :)


apa motif entry kali ni ek? :)


it's about....


her first word!


haha ngigau betul la sorg ibu, bila berangan anaknya ye br berusia 6 bulan utk mengeluarkan perkataan pertama. eceh!


yelah, mungkin tak sesuai, utk letak title sbg her first word. tp mmg tak jumpa perkataan yg paling seswai.


cuma, bila di flash back kembali, masa check up baby masa dia 5 bulan, nurse ada tanya, nisrin dah boleh sebut pape perkataan ker? cth baa ke, maa ke, atau paper..


seigt saya, belum lagi. cuma dia kuarkan suara ikut gaya bahasa dia.


kadang panjang je omelan dia..
kadang pendek2.


but lately.. (6 months plus plus)..
she able to say maa maa maa


siap ada sekali tu ada intonasi 'mama'.. 


masa tu, mmg sbg ibu, suka abisss!


boleh imagine tak...bila one day anak u boleh panggil u, mama ke, umi ke, ibu ke..


:) sgt suka ok perasaan tu.


so encik suami terus remind me utk ajar dia sebut.. umi...umi... or abi...abi...


hihih


kalau la boleh rakam suara si comel ituw.. 


~~~~


6months plus plus juga... dia dah belajar main ngelat.
ngelat tanak minum susu. kalau time feeding bubur/nestum/home made puree/biskut baby mesti ala2 kena paksa...


sgt wisau berat dia turun okehh.


so, time yg afdal bg susu, time dia tidur. haa time dia tidur mmg menyedut habis 6 scoop susu, pastu mula la terbungkang tangan dan badan kekenyangan.


tp kadang2 jahat gak perangai si ibu. bagi susu time dia dah lapo sgt. biar dia nangis dulu. pastu baru ckp ngan nisrin, tulah kena minum susu on time, jgn bg perut lapo dulu br nak minum. heh terus dia diam. :)


ni la.. baby nyer..



- si dia ini sangattttt suka tgk cermin... 1st time recognise nisrin suka tgk cermin masa g al-ikhsan, ada cermin besar pjg. bila dia tgk imej dia sendiri senyum dalam cermin... dia terus ketawa mengekek.. so time after time, sesekali mmg bawak dia depan cermin..
#komen suami - pernah terbaca, cermin adalah salah satu cara mendidik baby tgk imej dan belajar. cium dia dan tgk reaksi dia. 

- dr dulu lagi en suami tanya, bila la nisrin nak kenal kami as parent? atau dgn kata lain bila nisrin nak takut ngan org lain?
yerrr nisrin boleh suka suki g kat org lain.
bawak dia g kedai makan, pekerja boleh ambik dia bawak round kedai, and kami berdua boleh makan2..
abi teringin nak mamam float a&w, pekerja boleh kuar dr kaunter amik dia, tak nangis pun dia..

sampai la..

one day tu.... dia nangis bila ada sowang lelaki ni tgk n senyum kat dia.. 
masa tu i terkejut.. eh bila masa nisrin pandai takut ngan orang lain..

n... masa balik kg suami ari tu..

sesampainya kat umah, mak mertua terus terkam nak amik nisrin.. terus di pegangnya bahu i...tanak tok mek dia amik..
try2 pujuk baru nak pegi.. tp xlama, xsmpi seminit nangis bila i nak gerak jauh sket dr dia..

oohhh, my baby sbnrnya dah lama cam kami sbg parents.

terkulat2 terfikir selama ni terasa yg nisrin tak cam kami as parent..

so, pas ni as parents, i tak boleh sekat n anggap ada border dalam melihat perkembangan anak...

sgt bersyukur dgn perkembangan nisrin.

another story nak share di sini.

ttg demam.

igt lg, seorg opismate, penah remind me.
zu, jaga2..baby dah masuk 4 bulan nanti dia akan demam... (masa tu nisrin 3 months plus plus)

dan... saya masa tu siap berjaga2 if dia demam...

alhamdulillah, dia takde demam2 smpi la skang.
cuma dedar bila injection 5 bulan.

betul tak saya kata? kita tak boleh set dalam mind kita, anak kita macam tu..anak kita mcm ni... kena bg kepercayaan sepenuh nya pd dia, even she is only a baby.....

suami jugak risau, kami berdua belum ada pengalaman handle baby demam...tak reti apa nak buat kalau baby demam..

sbnrnya i kalau ada masa je, check suhu badan nisrin. in case cecah 37 degree celcius.

terima kasih pada semua yg doakan kesihatan yg baik utk nisrin..

:)

dan sbg ibu, saya terus berdoa utk kesihatan nisrin...

oklah stop here.

layan annissa. tv3.
tersentuh dgn watak anna.

well..well
pengorbanan seorg wanita, tiada batasnya.
walau ada kekurangn diri sendiri, dia tetap cuba yg terbaik dlm hidup nya utk org lain...lebih2 lagi kepada suami dan kawan baik.




July 14, 2011

jadual dan graf

salam semua..


:) hik hik. terajin update lak ari ni. layan je la eh. selagi ada mood oke.


kita tgk gambo2 ni yek...



dalam jadual adalah maklumat tumbesaran fizikal nisrin dr newborn sampai la 6 bulan. yang tercatat hari ke 10 dan hari ke 20 tu adalah lawatan nurse kerajaan ke rumah masa berpantang. jadi tiada ukuran tinggi , ukur lilit kepala dan BMI.
keseluruhannya sume naik gradually.
sape boleh spot silap ada maklumat silap kat jadual atas?

yeah... tarikh lahir nisrin. hahah

31 dec 2011 - insyaallah her first birthday. ;)

sepatutnya 30 dec 2010.

sowi ok

next, kita translate dlm bentuk graf ok. juat guna ms excel. :)

paksi y - nilai berat (mass) dalam kg
paksi x - 1 2 3 n bla bla boleh refer jadual di atas, means dr NB - 6 bulan.

seterusnya:


ketinngian nisrin. NB - 51 cm, 6 bulan - 67.5 cm.


lagi?
see graf below ok.


ukur lilit kepala nisrin. melambangkan tumbesaran otak dia.

last skali


tidak pernah bertanya nurse, formula kiraan BMI utk baby. pasni kita try la tanya. nurse cuma cakap, nilai BMI nisrin ok, bukan obesiti. 


sekian ok.


mau tidur.


8am - lecture audio visual.


:) selamat hari khamis semua.


salam

July 13, 2011

contest nisrin

salam hari rabu.


kita bukan nye seorg yg rajin sgt nak join contest online nih. walaupun dlm hati ni nak sgt menyibukkan diri ngan contest atau GA2, cuma tak tau la napa cam ada sesuatu yg menyekat.. tp kdg2 mencuba nasib tak salah kot. 


mencuba nasib katanya. hehe if ada masa, pembaca yg baik budiman.. sila la like ek my baby.


mencilok iklan radio Hot FM..
... ce like... ce like... ce like.. 


like..like..like...!!!! heeeeeeeeeee


so contest pertama yg nisrin join (haa see, bukan kita yg join, anak yg join) adalah BabyCute Contest ~ Pencarian Wajah Seiras Anak & Ayah (ALBUM 1




1- sila like link ini dahulu

PAGE BABYCUTE COLLECTION

2- kemudian ke page gambo nisrin ek..

VOTE A.K.A LIKE NISRIN

pertandingan adalah sehinnga 31 julai 2011.


4 kategori yg dipertandingkan:


KATEGORI2 PEMENANG:-

1. HADIAH UTAMA ~ PILIHAN LIKE TERBANYAK & PENILAIAN JURI YG TERDIRI DR STAF BABYCUTE
2. HADIAH SAGUHATI ~ GAMBAR PILIHAN JURI (OWNER BABYCUTE)
3. HADIAH SAGUHATI ~ GAMBAR PALING SPORTING
4. HADIAH SAGUHATI ~ GAMBAR ANAK PALING COMEL
5. HADIAH SAGUHATI ~ GAMBAR TERBAIK YG DIHANTAR



Hadiah lak, kalau yg kategori utama baucar shopping rm100 kat tuan empunya contest.


LIKE NISRIN k!!!




Contest ke dua..







1- mula2 sila ke wall/page simply-mom-boutique dulu eh.. then like..
link nya: 
WALL SIMPLY-MOM-BOUTIQUE



2 - sila like gambo contest nisrin ek kawan2..
link nya:
NISRIN ZHAFRAH

10Q SEMUA..


:)

rabu yg tak perlu kata apa2.. senyum..


;)

July 12, 2011

cite keje

salam.


in the middle of preparing notes for my lecture..but suddenly, the sleepiness come. :) too long wait for nescafe mr hubby.


first and foremost, WELCOME JUNE 2011 session.


2 main courses
1 main lab course
1 class of diploma project


17hour work load per weak week


senyum.. tak perlu kata apa2. heeeee


update laju2.. okeh.


1) kursus lagi..
dua hari pertama pembukaan sesi jun 2011, sy diberi peluang join kursus diagnoss technique for electric/electronic appliance.


sgt syok sbb dpt belajar bukak peralatan lektrik yg biasa saya guna @rumah. kipas dinding, seterika, periuk nasi, mesin basuh, pembakar roti.


belajar bukak means --> loosen the screew and remove out the body and identify each part.


kemudian kita sukat continuity utk test alat tu.


kita diagnoss la kerosakan alat tu jika ada.. step by step ok.


:)


dah siap, kita pasang smula.


alhamdulillah. learnt something new. dr super senior pensyarah.


2) silibus baru.
:) sbg ahli kptm, politeknik kita tak terkecuali dr mentransformasikan diri. salah satu cara melalui pelaksanaan kurikulum baru (supaya dpt approve dr MQA). sudah 3 sem utk polisas. dan sesi kali ini kita bernasib baik, sbb DAH DAPAT kursus (subjek) baru.


peninggggggg ok. takpela. sbb ada kawan2 dah dua sem pening dengan subjek yg silibus baru.


nota baru. borang2 penilaian yg sgt banyak ok.
xde bank soalan.


esok pg my first pertemuan dgn pelajar utk silibus baru.


sila familiar dgn kod ini yek.


EE301 - ELECTRONIC CIRCUITS.


selamat bertugas ok utk diri sendiri.


subjek yg lain, insyaallah.. boleh.


sbb kalau org lain boleh, saya juga pasti BOLEHHHH!


:)


ok


end of update


sume cite pasal keje.


bosan kan? hahah


tp cuba tanya camana jiwa i skang?


hm....




dah la takde gambo. :p


ok jumpa lagi





July 09, 2011

setengah tahun

assalamualaikum.
sudah kembali ke task spt biasa setelah menempuh kursus, 45.5km away dr rumah. isnin n selasa (11-12 julai) is my next course. only dalaman... tapi tetap tak berapa nak ikhlas kena g kursus, sbb masa tu kelas pengajian dah bermula. satu waktu kita tinggal kelas, bukan SENANG nak cr masa utk ganti.


plus, kita dapat 3 modul main. haha sila bersedia.


4 minggu suami dan isteri bergilir2 berkursus. tinggalkan anak scr sistem giliran jugak. terasa impaknye juga okeh. tp xpelah, pengalaman. kalau tak rasa sekarang, later on rasa jugak.


sebelum terlupa, salam takziah utk keluarga en despatch di pejabat kami atas kehilangan isteri yg juga pengasuh anak2 utk kawan2 seopis. kehilangan yg tragik dek kencing manis tahap tinggi. berpeluang jumpa si anak tunggal pasangan tersebut, terus dipanjatkan doa, agar utuh la jiwa anak remaja itu menjalani hidup sendirian tanpa ibu sbg peneman jalan kelak.
al-fatihah.


sebelum ni sangat tidak sempat update progress si puteri ketika berusia 6 bulan.


alhamdulillah.


setengah tahun sudah si comel ini.


pertama kali ke klinik tanpa abi sbg peneman, dek kerana abi berkursus. mujur ada ayah mie.


pic 2clinic be4 check up ~sgt lama menunggu~

sudah setengah tahun usia nisrin..


berat: 7.8kg
tinggi: 67.5 cm
ukur lilit kepala: 43cm
BMI:17


nurse gtau pendengaran nisrin tajam, cepat menoleh dekat sbrg bunyi..
mata dia lak suka perhati sekeliling..
tangan dan kaki pun kuat.. mana taknya sepjg check tangan dia tak leh duduk diam..asyik nak tepuk meja jer..


nisrin dah boleh makan bubur.. hehehe


nisrin dah belajar gosok gigi..
first time kita bg dia berus gigi mcm biasa terus bawak masuk mulut.
tau camana dia gayakan berus gigi MAM dia?


dia letak statik bhgn berus tu dlm mulut dia... kemudian dia gelengkan kepala dia.. hahahah sgt comel!
agaknya dia suka struktur berus tu bila dlam mulut dia.. :)


nisrin juga dah bleh duduk tanpa kita sokong.. tp tak berani nak biar dia duduk lama2..
so dah bleh ajar buh dlm walker n baby high chair tu..
!~kita beli nanti yg honey bunny! :)


rambut nisrin.. sudah 8 minggu cukur.. tp tahap pertumbuhan rambut amat la biasa2 jer.. heee


itu shj utk seketika ini.


weekend tiba lagi..
tp maybe utk kami sekeluarga, mcm bukan weekend as kena fokus keja. sabtu pg2 kita ada pendaftaran pelajar KSS.. 1st time kena bawak nisrin masa keja sb abi tak boleh jaga. kena concerntrate folio dia. me nye folio tak sentuh2 lagi.


ade rezeki kuat smgt kita mohon la validasi ni.
if tak.. next round. yg penting en abi mohon dulu.


mana tau ada rezeki utk divalidasi, lulus n naik gred. ho yeahh! OPS, BERANGAN SUDA


:)


take care semua.


nanti update lagi ek..

July 02, 2011

sambungan entry syukur

salam.. dah bulan ketujuh dlm thn 2011.. cepat betul masa berlalu.


entry ini kena ada sambungan hari tu, pasal 10.30am 30jun 2011 adalah temujanji baby nisrin @klinik utk check-up 6 bulan. alhamdulillah.


disbbkan stress beransur2 hilang, kita tanak pjgkan story mory.


cuma pengajaran yg kita dpt, kita TAK BOLEH mendesak hidup kita sehari2 sama cam yg kita nak..sama macam kita plan dalam kepala. TAK BOLEH jika ALLAH kata tak boleh. 


mcm kita, stress sbb hal dunia..then Allah tenangkan hati, tak izinkan dahan pokok tu kena keta tu. so, apa lg yg kita nak mintak? bersyukur la wahai zuriani... sblum tu jugak, kita punyalah risau tahap maksima sbb tak dpt contact kawan se-poffolio (cuti bersalin 90hr) sbb hp dia rosak. teman baik dia pun xtau camana nak hubungi dia.. kita punya la risau kot tak dpt settle benda penting... tp tau camana Allah tolong kita?


ditiupkan dlm hati kita pertolongan-Nya. amat kebetulan si kawan ni ada abang yg keja satu poli... so kita cuma perlu hubungi dia je lah.. at first mmg tak dpt call si abg tu. call melalui operator mintak sambung ke hp, servis dibatalkan. call ke opis, dia takde. hmmm.. tp guess what, dengan bersabo... pg esok tu, sekali call je ke opis dia, dia ada... :) settle keja.. alhamdulillah dan bersyukur la kita.


apa yg kita lalui mmg sekecil2 ujian. sekecil2 dugaan jika nak banding dengan kisah2 lain.


cuba baca kisah INI 
lagi menyayat hati..


spend masa dan baca.
kemudian bersyukur, kerana, ada yg lebih hebat ujian....


terus sebak..


ada 3 watak di situ.


si ibu-norma -brain cancer stage 4, yg saat lepas deliver her 1st baby terus detect sakit


si suami/ayah - tak penah2 give up..


si baby - 4 bulan sudah.. tidak smpt merasa kasih sayang seorg ibu secara total.


directly to nisrin: NISRIN pun kena syukur....


ok, nanti update lagi.


sangat pening dgn urusan kenaiikan pangkat ke dh44. isk. 


minggu depan ni kursus lagi, di cerating. ada unsur2 tanak bermalam jer...