(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

December 25, 2010

lionel messi dtg umah

hehe
tipu je..

mana ada messi dtg umah i..dtg malaysia pun xde kan skang..

itu perumpaan yg si kecik fikri bg, bila sy bgtau my mum yg ari ni n ari2 mendatang akan ada misi (nurse) dtg check saya kat umah, di sbb kan saya dah terlebih due..

memula, masa fikri call tu, xfaham jugak, bila dia tanya lionel messi (ntah betul ke tak eja nama) dah dtg belum?..
haah? messi?
lambat pick-up plak dah.. oooo rupanya, lawak antarabangsa yg budak kecik ni cuba wat...
messi rupanya misi.. huhuhu

:)

itulah si fikri, ade je idea nak kena kan org.

ada sekali tu..
i call ke umah..

me: hello. boleh ckp ngan fikiryah? (fikiriyah nama manja fikri, haha)
masa tu yg angkat mmg konferm si fikri. hehe
fikri: ada..kejap arrr... (pastu dgr laa, si fikri panggey, maa kak no nak cakap)
me: (dalam hati, alahaiiii budak ni, org nak kenakan dia)
my mum: hello.. ha bakpe?
me: org tepon nak ckp ngan fikri, dia g panggil ma..
my mum: ma baru sudah smayang, cpt2 tanggal telekung dgr awak nak cakap... ishh budak kecik ni..
me: tu laah, ma ketuk sket kepala fikri..

fikri mesti tergelak terkekeh2 dpt kenakan dua org skali.. si kakak n si mak nye..

:)

yapp.. ari ni misi dtg umah i..wat regular check up mcm kat klinik..
check urine, check bp, check perut, dgr denyutan jantung baby..
esok dan smpi la 6 hari (kalau baby tak kuar jugak) mmg misi akan dtg la..

saya redha..
yg penting, carta gerakan baby mmg kena alert..

sekian..coretan dr bakal ibu..

December 24, 2010

dear baby




assalamualaikum...

dear baby;
baby tau tak..hari ni hari due baby, yg mana sepatutnya baby kuar.. nervous jugak umi, abi dan keseluruhan yg kenal umi, menunggu adakah hari ni baby nak kuar. baby tau x, smalam, 23hb, mmg umi rasa sakit lebih sikit dr hari sblum ni.. baby tau ke sakit camana? sbnrnya umi pun xtau tu ke rasa kontraksi, atau tu sakit main2 ke.. perut umi mmg rasa memulas je..rasa mcm nak period.. sakit belakang, bawah belakang, rasa nak cramp..sume ada lah.. boleh kata spjg ari kat opis umi melalui sakit tu.. tp umi 'enjoy' je, tandanya badan umi sdg cooperate dgn signal baby la kot. umi guna ayat sendiri tu. xtau la betul ke tidak.

di sbb ramai yg tau due baby septtnya 24hb kan, dr mlm td lagi ada yg dah tanya umi dah bersalin ke belum.. ada yg call tanya kat abi..dah jd daddy ke belum.. hehe tu la penangan baby..baby tau ke tak ni??

mlm td, pas buat aktiviti gerak2 dalam umah, umi dah tak rasa sakit, lena jugak umi tido smpi pg. sama mcm baby la kot.. tidooo..

umi ada check-up hari ni kat poliklinik. umi cuti lagi ari ni, sbb nak get ready kalau2 umi kena g refer kat hosp.. check-up mcm biasa.
check urine, check berat, check tekanan darah, check perut, dengar denyutan jantung baby, jumpa doc, scan, check air ketuban. air ketuban umi td 14.3, doktor ckp byk lagi..

so, tahniah la kat baby sbb xde kena paksa g hosp lagi ari nih. hehe
baby diberi peluang lagi duk dalam perut umi dgn selesa selama seminggu, yg mana tarikh 31hb tarikh last umi kena g hosp. 31hb ek? ke baby nak 1jan ni?

umi pun xtau baby nak kuar bile..umi tunggu je baby arrived safely.. ye sayang.. :)

dear baby;
umi nak baby tau, dalam saat umi tunggu baby kuar ni kan.. umi dapat salah satu lagi wish-list umi..nak sambung belajar master eng.. patutnya bulan 6 lagi bukak kelas, masa tu baby kecik lagi dalam rahim umi ni..
tp sbb tak cukup kuota, baru dibukak skang..
tp, sbb umi tgh tunggu baby kuar, umi tak tau apa keputusan terbaik utk kita?
boleh tak baby bg sign kat umi yg mana terbaik? heheh
:)
baby tau kan, umi mintak belajar secara pesisir aje, pusat pembelajaran nya adalah tmpt umi keja skang. kat dalam polisas ni aje. umi sayang nak tolak.

td kalau baby dgr suara umi, umi ada call pihak uthm tanya keadaan umi ni. umi diberi kemudahan utk tangguh selama dua bulan. buat surat, nyatakan sbb penangguhan, pihak sana boleh bgtau fakulti yg umi boleh mula lewat kuliah. nanti follow kawan2 yg lain.. kalau tangguh sem pulak, pihak uthm ckp, tak boleh janji lepas ni akan ada intake atau tak...

pastu umi tanya la nenek baby, baby tau tak.. nenek baby nak sgt umi sambung.. sbb peluang dan kemudahan depan mata. kelas dalam area umi tinggal ni aje. tp bila pk baby sape nak jaga weekend tu, blur jugak umi.. nenek ckp hntr dekat org jaga (taska) aje.. hehe sbnrnya, umi n daddy baby tak book lagi sapa nak jaga baby pas dua bulan nanti..
camana ye baby? daddy baby kena ngajar kss hari ahad petang sampai la bulan april..

dear baby;
sungguh baby, sampai skang, umi rasa blur..
duk terfikir..bila baby nak kuar... dalam masa yg sama, fikir nak sambung belajar ke tak..
boleh tak umi nak g jalan2 jauh sket..nak tenang kan fikiran. hehehe baby bg tak umi g jalan2 weekend ni? ke baby dah nak kuar?
suprise sungguh umi rasa! heheheh

December 23, 2010

xtau lah

salam.. entering the 40th weeks of pregnancy. hope this is the last week of being pregnant lady.. hehe

kalau ikut ticker tu, due date saya mcm lagi seminggu kan, terlebih suda sampai 41 minggu. itu sbb saya ikut tarikh scan masa awal2 dulu.
tp due sepatutnya ESOK!
mcm2 perasaan !!

doakan kami yek!

nak ambik peluang, wish a big congrats dekat kawan2 seangkatan (opismate) akan mendaftarkan diri sebgai pelajar SARJANA KEJURUTERAAN ELEKTRIK di UTHM 27 dis nih.. which is, NUR ZURIANI adalah seorg calon pelajar... dah terbayang2 kembali bergelar sbg seorg pelajar.. :)
alhamdulillah......

tp dgn keadaan saya skang, saya xtau, sambung belajar atau tangguh atau tarik diri, yg mana terbaik.. senin ni sepatutnya lapor diri.. tp surat jawapan belum reply...
hishh dont know lahhh

December 19, 2010

minggu ke 39

salam sejahtera..

umi, abi n baby skang sedang melalui minggu ke-39++ ... mmg menunggu masa, anytime je org ckp..


sana sini kat opis dok tanya..
- bila nak masuk hosp nih..
- bila nak bersalin ni..
malah ada yg igt aku dah cuti bersalin pun.. heheh


sebenarnya plan awal2 dulu nak bersalin kat dungun, tp atas sbb tertentu kita switch la, bersalin aje di kuantan nih...
so, dgn sbb itulah, i masih lagi bekerja, sambil dlm kepala ni duk tertanya bila2 la akan tiba saat tu...


dua hari ni, mak mertua dtg dr kelantan.. sbb nak tunggu aku sampai bersalin nanti.. xtau nak ungkap kan kata2 apa, atas kesanggupan mak mertua dtg jauh2 tinggalkan ayah mertua kat kelantan..dengan keadaan xberapa nak larat kan..
 kebetulan pulak, parents aku sendiri outstation mulai 19dis, 22dis nanti baru balik dungun... emm, abah ada meeting, n my mum, adik2 ambik peluang la makan angin.. :) kat bukit merah lake town resort tu..
kalau ikutkan hati, mmg nak ikutttttt! tp budak kecik tu suka takutkan kakak dia nih, duk ckp nanti terberanak dalam keta..
heh


sbb tu awal2 dah doa, mintak.. baby kuar pas atuk ngan nenek balik dr outstation yer.. tp kalau baby nak kuar lagi awal pun umi redha je.. :)

meh snap sket:
*ant tanda2 awal bersalin.. sumber: ratuhati.com & kwn2 nye blog



Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

- dr pengalaman kawan2, n masa last check up ari tu, nurse mmg ckp baby dah 'turun'.. n my biras bgtau tips nak tau baby turun ke belum tu,cuba letak tapak tangan kat bahagian atas perut tu.. kalau tapak tangan tu ngam aje kat situ, haa dah xlama la tu...
-kerap buang air n so on tu, mmg dah selalu encounter dr bulan ke 7 8 mcm tu lagi..
- yang lain2?? xtau laa, mungkin akan menyusul bila tiba waktunya..hanya Allah je Maha Mengetahui..

check-up 15hb dis ari tu..
ini regular check-up mingguan di klinik ke

urine test:normal null of sugar n albumin
bp:100/70
hb: xbuat
berat: 59kg (mark as red colour ok) hehe setiap minggu pasti naik...
jantung baby: 149
pastu tanya jugak nurse ttg sakit kontraksi tu..
tp mcm biasa, aku mcm blur je kalau ckp psl kontraksi ni. xleh nak citer smula kalau org tanya.
nurse pesan teruskan buat carta pegerakan baby.
next check-up adalah hari due nanti. akan scan skali. kalau air ketuban cukup, aku n baby akan di beri seminggu masa percuma lagi. kalau air ketuban xcukup, kena refer hosp, atau dgn kata lain kena bersalin lah. 
heh

17hb, g check-up kat private, kat al-farabi.
dengan doktor, yg peramah.
kat sini, mcm2 jugak la aku tanya.. tp sbb dah citer sume kat en suami n my mum, aku sendiri jd tak igt satu persatu duduk perkara.

-doc ckp hari due tu g ckeck up mcm biasa kat kk..pastu tgk camana.. kalau air cukup, boleh lagi teruskan, tp maksimum seminggu. tp ada risiko kena induced la..

-induced pulak doc ckp paling maksimum boleh diberi hanya 3 kali. 1 kali diberi, diaorg akan tunggu 6jam (lupa samaada 3 atau 6jam), utk tgk jalan akan bukak tak.. kalau lepas 3 kali x bukak abis jalan, last choice, operate lah yer.. 

-n ini bergantung kepada individu..

-tanya jugak ttg kontraksi.. doc ckp kalau time perut mengeras tu, pegang perut dan cpt2 tgk jam. tgk masa baper lama berlaku. tp ini ttp aku xsure. heh

-tanda2 lain, kuar darah cmpur lendir. doc ckp kalau darah saje mmg emergency, sbb tu tandanya uri dah tercabut dr rahim. baby dpt supplu oksigen dr uri kan..so kalau uri tercabut awal, efek dia kat baby la kan.. lendir tu lak, mcm hingus2 doc ckp..

-bab air ketuban lak.. aku ckp masa last check-up 30nov, air tu 17. pastu dok terkejut. mcm banyak je..sbb bila banyak, doc akan suspek baby xmampu telan air.. kalau sikit lak pun bahaya jugak. so in case kalau rasa banyak je air kuar, cpt2 g hosp.

- pastu doc pesan, teruskan buat carta pergerakan tu. ibu ni boleh rasa mcmana baby dia, aktif ke tak..hanya ibu je yg tau.

- sesi scan lak.. lama kali nih.. satu2 doc tunjuk.. nampak tulang belakang baby, nampak kepala baby, muka baby, perut baby, jantung baby, tulang paha dia.. siap doc ckp, nape muka baby boleh masam jee ari tu.. hehe (mana tak nya, kul 8.15am g, kul 11 baru boleh masuk jumpa doc, emosi ibu mempengaruhi baby..) 
-dipendekkan citer, air ketuban dah drop dr 17 ke 12.9. doc ckp xleh kurang 7 8 mcm tu.. tulang baby suma ok. yg kelakar, doc ckp, perut i kecik je, tp baby i nampak chubby. huhuhu berat baby 3.07kg..

pape pun sehingga saat ni, tawakkal je..mmg saya tak kan tau rezeki saya camana nanti..
bila, bagaimana, di mana.. 
moga Allah mudahkan urusan saya yg ini.. amin...

December 17, 2010

mengisi masa

assalamualaikum semua..


i masih dalam mode menghitung hari..
when..when..when.. 
bila..bila..bila..


baby nak kuar ni?
heh


tp selagi belum hari due, kita bersabar dan bertawakkal je lah.
due pun xlama lagi..just in week..


doakan kami ye semua..


meh layan citer lain lahh.. 
:)


1-citer wish besday.
kalau igt lagi citer pasal besday i yg baru berlalu tu..yg mana i mmg ternanti2 wish dr en suami kan.. jwbnya mmg sampai ke malam nak masuk 9 dec, xde pun kuar ayat happy besday utk i dr en suami.. terasa jugak hati i tau...
tp sblum 9 dec menjengah, en suami tanya 'zu ada facebook kan?'.. ahaa i baru terigt, i mmg dah lama xlog in fb tu, sbb tak reti sgt guna.. pastu terus i kondem en suami, asal lahh pegi wish dlm fb, tmpt yg susah i nak bukak..saje jeeee.. 
after dua tiga ari mcm tu baru la i bukak fb tu, cari wish dia.
rupanya dalam inbox.
ni haaa, msg yg penuh bermakna ituu...
assalammualaikum....sempena hari yang penuh bermakna ni...abg nak ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 28...semoga Allah terus memberkati dan menyayangi isteri abg sorg ni, tak lupa juga teruskan usaha untuk mengekalkan kejayaan dan kegemilangan yang sedia bagi mencapai kejayaan yang lebih bermakna lagi di dunia dan yang penting sekali di AKHIRAT kelak....abg sayang awak! wassalam


wish en suami tu mmg buat bergenang jugak air mata ni haa.. syahduuu..
n terkini, 15hb dec ari tu, en suami tanya lagi. dah baca ke belum wish dia...
i jwb belum. saje nak wat dia sedih.
padahal saje tanak tunjuk rasa syahdu i. heheh


eh sejak beli ber-i i nih? heheh


2-citer 'easy'
al kisah, selalunya mmg kalau dpt tiap2 hari tepon mak..mintak sgt doa my mum secara tak langsung, moga mudah laa sy nak melahirkan nanti.. doa ibu berkat kan..mintak la melahirkan secara normal. jgn ada komplikasi, risiko atau pun ikut tingkap...
tersebut la satu malam tu, mcm biasa.. ayat saya pada my mum, mintak2 normal ye ma..
pastu..terdgr suara budak kecik duk bebel sblh my mum.. yg sy boleh tangkap ada perkataan easy.. suara sape lagi, si adik bongsu yg mmg suke bercakap tu laa..
sy tanya la kat my mum, amenda fikri duk bebel2 tu, ke tanya dia..
my mum: amenda adik ckp..kakno tanya
fikri: adik ckp, org nak easy laa..
my mum (talk to me): fikri ckp org nak easy laa..
me: ke ma tanya dia smula, amenda maksud dia..
my mum: amenda maksudnya dik, kak no tanya..
fikri (tanpa ragu2 berkata): yer laa..org nak easyy (senang) bukan normal atau pun hard.. mcm kita main game tuu, ada easy, normal, hard. jd pilih laa easy, bukan normal atau hard..
my mum n me: KETAWA BESARRRR!


-heh budak kecik ni igt bersalin normal tu mcm tahap ke dua main game.. sbb tu dia prefer easy.. heheheh kalau laa dpt terangkan kat dia bg dia faham, apa maksud 'normal' dalam kelahiran..
- tulahhh byk sgt main game! :p


-yelah.fikri doakan kakno bersalin easy yer!!!!!! aminnnnnnnnn

December 08, 2010

8 dec

salam..
tahun baru dah menjengah.
oleh itu, salam Maal Hijrah utk semua insan2 di dunia inih.
semarakkan kehidupan kita dgn azam dan niat yg positif yg akan sentiasa membara.


bulan dec pun dah menjengah.
dan ari inih, 8 dec, BESDAY aku yg ke-28..
uishhh... dah 28 thn rupenya.


alhamdulillah.
masih diberi Allah, kudrat dan semangat utk meneruskan hidup. pertama kali sambut besday sbg isteri org, dan bakal mak org.
tp di sbbkan dah 'tua' agaknya, wish pun xbyk, adiah pun tarakkk..
adiah dr en suami? mehh kita gelakk dulu.. hehehehe 
adiah yg aku mintak kecik je sbnrnya.
amenda?


al kisah, 7 dec, 10.30pm, aku nak masuk tido dulu, rasa xselesa badan memandangkan dah hujung2 nak due nih..
sambil itu pesan kat en suami..
'abg nanti kul 12.00 kejut zu eh... nak abg wish besday....'
'kejutt tauuuu!!!'
...........
..........
ting tiooong!
terbangun kul 2 pg, sbb rasa nak g toilet.
hah?? dah 2pagi!!
napeee insan sblh ni x kejut pun wish besdayyyy!
alaaaaaaaaa...


nasib la sbb dah 'tua' takde rasa nak merajuk2 sbb en suami tak wish. tgk henpon ada sms wish dr sahabat rapat.. terharu.. ada gak insan yg igt..


:)
pastu pagi td, family wish lak..
en suami?
agaknya nak tunggu 11.59 mlm kang baru nak wish.
eheh!


to nur zuriani, selamat ulangtahun kelahiran...
moga pjg usia dalam keberkatan..
murah rezeki..
dipermudahkan dalam setiap urusan mendatang..
semoga terus dapat menjadi anak, isteri, dan ibu yg baik..
:)
aminnnnnnn......


tik tok, menghitung masa utk ke saat2 kelahiran si comel.
bile yer????