(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

August 17, 2010

gelagat org sahur n puasa

salam.
dah masuk hari ke-7 berpuasa. alhamdulillah.

meh usha2 citer gelagat org bersahur dan baru belajar bersahur dan berpuasa.
watak utama: adik2 i lah. sape lagi. penyeri hidup ni.
belum citer pape tp dah rasa nak gelak sendiri.

ade sorg tu, dia ni suka melayan tido..
kalau dah tido tu, dunia tunggang terbalik camana pun, xde dia kisahnya.
yang dia lebih kisahkan, watak2 dalam mimpi dia, smpi la terbawa2 ke dunia nyata.
al kisah di suatu pagi tu, si ibu ni nak la kejut dia ni bangun bersahur.

ibu: emi! emi! bangun la sahur, org dah nak azan dah ni.

si ibu mengejut si anak dengan nada org yg dah mungkin give up nak kejut org sahur.

anak: bangang!

ibu:??? org kejut dia sahur, bangang dapat sebutir.

heheh itulah, punyala melayan sgt mimpi indah, sampai org kejut sahur pun boleh dikatanya begitu. itu belum masuk bab ngigau cakap org putih, ngigau ckp siam lah, ngigau mintak duit 20sen lah..
:)

itu gelagat org bangun sahur utk yg dah biasa sahur.

gelagat si cilik yg baru nak belajar pose penuh.
:)
si fikri, awal2 lagi dah berazam nak pose penuh thn ni. azam je laa. laksana belum tentu.

1st day puasa:
si cilik ni begitu semangat nak mulakan puasa. utk sahur, dia requst fav nasi dgn ibunya. siap pas sahur tu tak tido pon, terus nak gi skolah. (oh, kakaknya, pas sahur, solat subuh, gedegang tido smula).
pastu, petang dalam pas asar, si akak sms si cilik. bertanya kabo. sian jugak. siap2 muntah2 menahan pedih perut. tp alhamdulillah, berjaya jugak di habiskan puasa.

2nd day puasa:
alhamdulillah, walaupun muntah2 masa hari pertama, xbuat dia give utk bgn sahur. itu dah kira ok. belajar kan. tp malangnya, si cilik ni, kul 5 pm tu dia dah nak collapse. pastu bukak la puasa dia.
tp disbbkan title raja lawak. dia ckp ini ngan saya:
"adik bukak puasa dua kali ari ni. pukul 5 sekali, pukul 7.20 sekali"

3rd day puasa: (ari jumaat, xskolah.)
ari ni dia ngelat. penat nak bangun sahur katanya. jd jam 11 dah mintak nasi ngan ibu nya. cittt poraah!

4th day puasa:
sabtu ni dia dpt kasut raya ngan baju melayu raya. si ayah ajak jenjalan ke kuantan. smpt la jumpa ngan kakaknya. hehe so, alhamdulillah, puasa penuh la dia. ari ni lawak dia: dia ckp dia sahur nasi ngan gula. :P rupenya tertinggal 'i'. gulai rupenya... heheh

5th day puasa:
ari ke-5 tetiba dia batuk n selsema. pastu siang2 dia bgtau, dia kena makan ubat. jadi katanya kalau makan ubat, xdpt puasa jugak. hmmmm... ada je alasan  nya.

6th day puasa:
maybe penat lagi, jadi xpuasa. tp x makan pun, just minum soya je. xpe la, layankan. pose sekerat ari pun dah ok.

7th day puasa:
subuh td sy sms dia tanya sahur apa. langsung xberbalas. nampaknya xbgn sahur la. n nmpaknya ponteng pose la cik adik kita ni. huhuh

well, ari mendatang tgk la gelagat dia camana lak... :)
kan best kalau ari2 boleh tgk dia depan mata.
sesungguhnya, rindu la kat dia!

err, gelagat en suami sahur n puasa camana lak?? hihihi
ade laa!

No comments: