(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

August 30, 2010

tak pasti

*pic 1st syawal thn lepas*

syawal dah kian mendekat..
tapi..
hati ini terasa syahdu..
sbb..
membayangkan 1 syawal nanti bukan mcm 1 syawal yg sudah2..
(org alim terasa syahdu sbb ramadhan kian menutup tirai.. sob* sob*)

agaknya malam raya tu dah teresak2, rindukan semua yg ada dalam gambo di atas..

sebenarnya dah lama kumpul semangat, moga di beri secebis kekuatan utk berfikiran positif utk raya di tempat dan suasana baru.
susah betul nak set up mind ni, padahal en suami dah bgtau awal2, pagi raya ke-2 nak balik dungun semula..
tapi..
hati ini belum sekuat itu...

skang, nak beli baju raya pun xde mood..
nak dengar lagu raya pun was was,  kang tak pasal2 meleleh..
mujur, ada perasaan lagi membuat dan membeli biskut raya, ala kadar.

hmmm..
kalau nanti nak menangis pun, biar la cuma dalam hati..
jangan sampai merah buntang mata nih..
jangan sampai anak2 sedara, biras, ipar duai nampak..
boleh ka??

tema warna raya suami isteri thn ni insyaAllah, purple pink gitu.
mlm ni, kalau ada kudrat, nak gi beli baju raya en suami.
:)

p/s: salam kemerdekaan ke 53, utk Malaysia-ku... semoga terus aman damai sejahtera bahagia dalam keberkatan Ilahi.. amiin...

August 26, 2010

sape kejutkan ummi ye?

salam..
Ramadhan 1431H dah masuk ke fasa separuh dah kan..
cepat betul masa berlalu...
saya alhamdulillah n insyaallah ok.. cuma menjengah selepas dua minggu puasa, makin terasa penat pulak rasanya. xtau la ngape.

last week kan, saya g check ikut jadual mcm biasa. berat maintain ok. yg tak ok, paras hemoglobin. dah drop betul2 11.0. risau jugak kang bising misi2 tu yg boleh menambahkan gusar. tak pasal2 nanti efek kat bp pulak..
pastu topik utama ngan misi, misi tanya, dah rasa gerak ke baby tu?

pastu saya gtau la, x reti n xtau sbnrnya apa rasa bila baby gerak. yg saya cuma ckp, ada part of the tummy rasa keras, bile saya sentuh area tu, slowly area tu akan jd mcm asal. misi tu pun cakap, haa, itu baby awak lah. cuma baru lagi kan..

:) oooo gitu ke...

so, next check, 9 sept (beberapa hari sblum 1 syawal), kena inject utk elak tetanus atau kancing gigi. arap2 kesan injection tu tak melarat smpi 1syawal. nanti spoil mood raya maaa..

alkisah. hari ramadhan ke 15.
kunci jam dah bangun sahur dalam 4.40am.
tp dah jadi habit, akan di snooze kan alarm tu smpi la 5.00am pastu mula la terkocoh2 panaskan nasi, lauk, panaskan air buat air utk bertiga. eh sape yg ke-3? si comel inside. ;)
tp ntah nape pg tu, bukan snooze, tp saya terus tekan STOP alarm tu.
tido pulak mmg syokkk.. hehe
tetiba, terasa si baby gerak. agak aktif. pastu dlm duk terlelap ayam tu, mmg smpt fikir, selama ni time si ummi tido, baby xpenah bg gerakan smpi boleh buat si ummi terjaga tido..
pastu dah terjaga tu..tgk la jam..
masyaAllah... dah jam 5.24am. mula la kaluttttt!

miracle betul lah... si baby dah pandai kejut ummi nye bangun, walaupun baru usianya baru 5 bulan lebih dlm rahim si ummi.. kalau x si baby, ummi mungkin terlajak tido tak bangun2, sudahnya x sahur la jawabnya.

:)

xsabar nak tunggu baby lahir, insyaallah dec nanti.
tp kan baby, abah ngan ummi belum beli pape persiapan lagi nih. ummi igt pas raya nanti baru nak mula beli. skang baru duk cari2 checklist. heheh

oklah..jumpa lagi nanti.

p/s:

i) ada seseorg bg adiah kurma jenama mehr, letak kat meja opis. puas dah tanya kawan seangkatan, perasan x sape yg letak kat meja. tp, xde sape perasan. apa pun terima kasih kat hamba Allah tu.

ii) all the best utk opismate yg melalui proses kenaikan pangkat(validasi) dr DH41 ke DH44. berkat bulan ramadhan, mana tau di mudahkan naik pangkat! aminnnnnnn..

~when will my turn would be?
~result sambung master eng bulan 7 lagi dah tau, tp selagi belum nama nya rezeki, tak dpt jugak sambung belajar lagi. sebab: tak cukup kuota. jadi kena hold smpi bulan dec. tp.. dec tu due baby. camana yer..
-zuriani, jgn lupa ngan perkataan REZEKI!

sekian

August 17, 2010

gelagat org sahur n puasa

salam.
dah masuk hari ke-7 berpuasa. alhamdulillah.

meh usha2 citer gelagat org bersahur dan baru belajar bersahur dan berpuasa.
watak utama: adik2 i lah. sape lagi. penyeri hidup ni.
belum citer pape tp dah rasa nak gelak sendiri.

ade sorg tu, dia ni suka melayan tido..
kalau dah tido tu, dunia tunggang terbalik camana pun, xde dia kisahnya.
yang dia lebih kisahkan, watak2 dalam mimpi dia, smpi la terbawa2 ke dunia nyata.
al kisah di suatu pagi tu, si ibu ni nak la kejut dia ni bangun bersahur.

ibu: emi! emi! bangun la sahur, org dah nak azan dah ni.

si ibu mengejut si anak dengan nada org yg dah mungkin give up nak kejut org sahur.

anak: bangang!

ibu:??? org kejut dia sahur, bangang dapat sebutir.

heheh itulah, punyala melayan sgt mimpi indah, sampai org kejut sahur pun boleh dikatanya begitu. itu belum masuk bab ngigau cakap org putih, ngigau ckp siam lah, ngigau mintak duit 20sen lah..
:)

itu gelagat org bangun sahur utk yg dah biasa sahur.

gelagat si cilik yg baru nak belajar pose penuh.
:)
si fikri, awal2 lagi dah berazam nak pose penuh thn ni. azam je laa. laksana belum tentu.

1st day puasa:
si cilik ni begitu semangat nak mulakan puasa. utk sahur, dia requst fav nasi dgn ibunya. siap pas sahur tu tak tido pon, terus nak gi skolah. (oh, kakaknya, pas sahur, solat subuh, gedegang tido smula).
pastu, petang dalam pas asar, si akak sms si cilik. bertanya kabo. sian jugak. siap2 muntah2 menahan pedih perut. tp alhamdulillah, berjaya jugak di habiskan puasa.

2nd day puasa:
alhamdulillah, walaupun muntah2 masa hari pertama, xbuat dia give utk bgn sahur. itu dah kira ok. belajar kan. tp malangnya, si cilik ni, kul 5 pm tu dia dah nak collapse. pastu bukak la puasa dia.
tp disbbkan title raja lawak. dia ckp ini ngan saya:
"adik bukak puasa dua kali ari ni. pukul 5 sekali, pukul 7.20 sekali"

3rd day puasa: (ari jumaat, xskolah.)
ari ni dia ngelat. penat nak bangun sahur katanya. jd jam 11 dah mintak nasi ngan ibu nya. cittt poraah!

4th day puasa:
sabtu ni dia dpt kasut raya ngan baju melayu raya. si ayah ajak jenjalan ke kuantan. smpt la jumpa ngan kakaknya. hehe so, alhamdulillah, puasa penuh la dia. ari ni lawak dia: dia ckp dia sahur nasi ngan gula. :P rupenya tertinggal 'i'. gulai rupenya... heheh

5th day puasa:
ari ke-5 tetiba dia batuk n selsema. pastu siang2 dia bgtau, dia kena makan ubat. jadi katanya kalau makan ubat, xdpt puasa jugak. hmmmm... ada je alasan  nya.

6th day puasa:
maybe penat lagi, jadi xpuasa. tp x makan pun, just minum soya je. xpe la, layankan. pose sekerat ari pun dah ok.

7th day puasa:
subuh td sy sms dia tanya sahur apa. langsung xberbalas. nampaknya xbgn sahur la. n nmpaknya ponteng pose la cik adik kita ni. huhuh

well, ari mendatang tgk la gelagat dia camana lak... :)
kan best kalau ari2 boleh tgk dia depan mata.
sesungguhnya, rindu la kat dia!

err, gelagat en suami sahur n puasa camana lak?? hihihi
ade laa!

August 12, 2010

chapter 4: minum gula ke minum air gula


salam..
hari ke dua puasa. :)

hari tu ade citer tertunggak. pasal gula.
tanak buat2 sibuk pasal harga gula, tp nak citer pasal gula dalam badan.

sebenarnya, sejak awal mengandung lagi dah semaikan azam dan niat, kalau boleh tanak kena minum gula yg gile pekat tu... xsanggup! lagipun, alhamdulillah setakat ni, mmg parents tak de risiko penyakit diabetes. sbb kalau terang2 parents kita ada penyakit tu, kita ni automatik ada risiko utk ada diabetes semasa preggy ni. tp ada jugak sesetengah kes tuu, mmg ada simptom diabetes semasa preggy n bila dah bersalin nanti, simptom tu hilang.

kembali kepada saya, masa check-up bulan julai ari tu, saat si comel berusia 14 minggu, dah nasib, kena jugak minum larutan gula tepu tuhhh.. sumenya salah diri sendiri. meng-kantoi-kan diri sendiri. asalnya temujanji tu sepatutnya jam 8 pagi, 8hb julai. tp hari tu, saya ada lecture pepagi, 8 till 10 am, kebetulan en suami pun ada kelas assist sampai 11am. biasanya nak g KK Beserah tu, mmg en suami yg hantarkan.

so, sementara tunggu org tu abis kelas, saya g la breakfast dulu.
bukan breakfast ringan2 maaa, terus bantai nasi dan minum air ber-gula. mmg tak fikir langsung akan efekkk masa wat urine test kat klinik nanti. terfikir jugak, kenapa laa diri sendiri xdpt hint. mungkin sbb lapo sangat kot, jd layan je nafsu lapo tu..

usai kelas en suami, dalam 11 lebih, terus kita g KK tuh..
nahh, amik ko!
terus kuar tanda "+" dalam result urine tu, menandakan ada lebihan gula.
mulaa la risau. officer kat lab patologi tu maybe faham, sbb saya baru pas makan n minum.
baru teringat, air masak pun xminum. nasib badan lahh!

masuk bilik misi, check up perut ok lagi, misi tak bising pun bab gula. sbb dia akan serahkan pada doktor kan.. cuma.. misi bising sket sbb berat mantain at 47kg. patutnya dah kena naik sbb dah lepas musim alahan kan. so, kena jumpa dia lagi dalam masa dua minggu, dan dia nak tgk ada naik tak. pastu macam biasa la kena advice bab makan itu ini, complete the vitamin given..

masuk bilik doktor tuu yg x best.. hehe sbbnya, awal2 doc dah suruh dtg minggu berikutnya utk ujian gula tu.. uwaaaaa.. langsung tak bagi aku 'cannnn' lahh.. igt sedap sgt ke minum air gula tuh! tp, terpaksalah. demi kesihatan jugak kan.. pastu scan sume. doc tu xbaper frenly jika banding ngan indian doc yg lagi sorg.

so, 13 julai..bertawakkal la saya. kena minum satu bende yg mmg saya tanak!
sblum kul 8 lagi dah g sana.
hari2 sblum tu, mmg dah tanya pengalaman kawan2 seangkatan.
sah-sah laa byk idea/pandangan/hasil yg sgt xbest lah.
pape pun aku kena kuat semangat kan..

lupa nak bgtau, mlm sebelum tu, kena stop mkn sblum kul 10 mlm mcm tu.. ala-ala puasa sekerat hari.
sblum di beri bancuhan gula tepu tu, kena di amik darah dulu, utk ukur kandungan gula sblm minum kan.. misi tu, xbaper pandai la amik darah. smpi byk bleeding. lebam tangan i tau.

dah siap amik darah tu, kena la minum..
bismillah...
saat teguk kali pertama.. ermmm dalam hati berkata "xlah sepekat yg aku imagine".. hahaha
tapi.. tetap amik masaa nak abiskan.. lebih 10minit jugak laa..
dlm hati berkata lagi "jangan aku muntah sudah".. kang xpasal2 kena minum lagi dan lagi..
rupenya ari yg sama tu, ramai jugak ibu2 yg kena senasib. mmg padan la kalau harga gula pun naik. hihi

episod minum air gula tu abis kat situ.
15 minit dah siap.
oh tidak!!!

kena tunggu selama 2jam, pastu kena amik lagi darah utk tgk kandungan gula selepas fasting selama 2jam lak.. nak balik, tp alang2 tu rasa malas. so tunggu laa kat situ. ngok ngek ye seorg aku, lupa nak bawak bahan bacaan.
melangut laa kat situ. sorang2 smpi kul 10. heh!
nasib la xrasa nak vomit out.

pas kul 10 tu, masuk balik bilik misi tu utk amik darah. masih misi yg sama. yg xbaper reti nak godek salur darah tu. bleeding smpi kena baju lagi. xpelah, maafkan je la dia.

seminggu pas tu, g la semula ke KK tu.
resultnya: fuhhh lega!
sebelum: 3.4
selepas: 3.8
komen misi: kandungan gula awak normal. kalau saya jadi doc, saya xkan mintak awak minum air gula.
komen saya: (dalam hati) redhaa je laah

pape pun, lega, sehingga saat itu, saya bebas la simptom diabetes tu. harap2 pas ni sama la ye...say no to diabetes!

minggu ni (9 - 15 ogos) kandungan dah masuk usia 19 minggu.
tp, ummi mmg xrasa lagi kena kick ngan baby..
cuma dua minggu ni ada la rasa keras kat part of tummy. bila sentuh area situ, kita boleh rasa la, maybe the baby. sbb part keras tu, xsama macam part lain. abah pun smpt la pegang my tummy 2 3 kali bahagian yg sedikit keras tu.
ummi xsabo la nak rasa baby kicking.
syahdu....
satu perasaan yg lain dari yg lain.
terasa, insan di dalam ini, mmg tak ternilai...
Ya Allah, lindungi semuanya..

:)

August 11, 2010

puasa tahun ini


ahlan wasahlan ramadhan 1431H..

kepada semua teman2, selamat menunaikan ibadah berpuasa. bukan sahaja selamat berpuasa dengan sebaiknya, moga turut serta niat dan kehendak untuk melipatgandakan ibadah sunat lain..

untuk diri sendiri..
ramadhan 1431H membawa seribu makna tersendiri..
-pertama kali puasa dengan status isteri kepada en suami
-pertama kali bersahur dengan status isteri en suami
-pertama kali berpuasa dengan status bakal ibu
-pertama kali berterawikh dengan status sama seperti di atas

episod kelainan puasa 1431H pasti akan terbawa2 sampai ke syawal 1431H.. tunggu dan lihat sahaja kelainannya.. hehe/huhu

w'pun, semoga diri ini sentiasa di beri kekuatan untk berpuasa dengan sebaiknya walaupun dalam keadaan mengandung. doakan ye kawans2.