(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

May 30, 2010

chapter 2: symptoms






assalamualaikum.. rasa cam dah lama x update blog. rasa yg sama bila fikir bab suami. rasa cam dah lama x bersua muka. tgh tunggu dia smpi la nih.

weekend ni sy ikut family g kl, jalan2 sambil hntr adik bukak sem di uia. en suami lak, abiskan weekend di kg ibu ayahanda beliau pas abis kursus. may him have a safe journey. ntah mana2 la lokasi en suami skang...

kali ni saya sesaje nak share tanda2 masa nak dpt title bakal ibu. ni sume kenangan nih, bukan senang nak lalui...

kalau di imbau2 mid of april tu mmg saya dah detect kelainan pd diri saya. masa tu duk pk sambil was2, pregnant ke aku? mabuk ke aku? atau hormon saje2 berubah sejak kawen nih? pastu kuatkan smgt cr info online. pastu share la ngan en suami. tp lupa lak, web mana.. jd layan je la ek..

me --> masa mid april tu kira lewat baru 2 3 hari.. tp akhir april tu mmg tak de dtg pun... so, itu yg saya buat self test tu...


me --> sometimes ada jugak rasa.. tp memula fikir, mcm tanda2 nak period, sbb sometime bila period nak dtg, kdg2 ada rasa sakit..


me --> hmm.. kdg2 ada jugak.. bila duduk lama sgt.. kalau mlm2 nak tido pun nak dptkan posisi selesa tu mmg susah.. mudah sgt dpt sakit pinggang. sakit kepala, jarang sekali..


me --> yap, mmg terlalu kerap rasa nak urinate.. sym seterusnya tu pun saya rasa saya setuju..


me --> ini takde pulak.. rasa tak lalu makan makin ada lah.. heheh saya rasa berat saya makin turun sejak2 ngandung ni.. mmg tgh sesuaikan diri..


me --> tanda yg ini xde.. tp kalau boleh bab bleeding2 ni saya tak mo la... saya tau early of pregnancy ni kena jaga sgt, xleh aktif sgt, tp kadang2 xleh lari dgn keje2 seharian yg memaksa sy bergerak..kdg2 smpi boleh lupa sy ngandung.. pastu mula la saya terkilan kot jd pape pd yg kat dlm ni. Ya Allah, lindungi lah kami...


me --> tanda2 yg ini mmg tersgt la biasa ngan ibu2 at early state ni.. tp mungkin berbeza sikit ngan saya.. saya bukan morning sickness, tp night sickness, sbb bila mlm je, saya mudah sgt muntah2, di sertai dgn gejala2 berangin.. masa check ngan doc tu, doc ckp sbb saya ada sejarah gastrik, sbb tu badan saya jd mcm tu.. so, nasihat doc, saya kena ubah sket cara makan, sblh pagi, saya kena kurang mkn, tgh hari mmg kena amik banyak sket utk cover smpi mlm. sbb bila petang nak masuk mlm sket, mmg angin kus kus dtg menyerang. yg termampu, hanya baringg je smpi subuh. bila bgn nak g keje, ahamdulillah, angin kus kus tu jarang menyerang. so, sy kuat sket la nak g keje. tp kesian kat en suami lah, kdg2 makan sorg2, sbb saya mmg terlbh layan kerenah perut ni haa.. n mmg baru lagi menda ni mula, dalam 2 minggu lepas. dan saya mohon sgt, saya kuat utk melalui fasa2 seterusnya. hopefully berakhir la bile end of 1st trimester ni.

tak sabar nak check up seterusnya, maybe dlm masa 2 minggu lagi. err, tp berat hati sgt nak g bukak BUKU MERAH kt klinik kerajaan. so much others scary experience menghantui.. check gigi, check breast, check darah, n sume2 tu.. tgh kumpul dana kekuatan diri la nih... tp sbb awal lagi, saya nak amik masa sikit lagi baru boleh g bukak buku tu...

selalu doa, moga2 kehamilan saya xde masalah.. amin....

oklah.. need to stop..
take care bebeh!

May 26, 2010

he's away...







salam wbt..
he is away, hundred miles from here, for the 3rd day..
rindu melanda.....
.....
............
...................
..........................

bagai hilang sebahagian dr semangat diri..
bagai hilang semangat utk makan...
bagai hilang semangat utk hidup, wopps, itu melampau!

:)

i sikit2 belajar perasaan org yg ber-PJJ ni.
kus semangat.
it isn't easy. ok!

cepatla ahad..






May 23, 2010

chapter 1: self-test & doc's confirmation







3 kuntum bunga yg ada makna tersendiri utk saya dr en suami.. biarpun mcm dah basi citer ni sbb terlambat nak update, tp ada memori tersendiri. bila dikenang2, terus saya rasa bersalah ngan sikap saya pd en suami. tipu kan kalau bila dah hidup berdua ni, saya xde salah ngan dia? makin byk ada lah.. tp saya tau, en suami sorg yg pemaaf.. walaupun dia x ucapkan terus terang.. saya tau dia sentiasa mahukan yg terbaik utk saya dan org ketiga itu (si baby)..


the cute tiny card as a proof, from the hubby to the wifey... :)


at the back of the card.. mmg xde kata2 jiwang pun..sbb tau, dia segan nak mintak student yg bukak gerai tu tulis.. ye tak en suami??
kita close-up sket..

yap.. dr SUAMI YG MENYAYANGI.. sayang; satu perkataan yg membawa seribu makna dalam kehidupan seseorg kan.. kdg2 kita hidup kerana sayang. sayang mereka, dan mereka sayang kita.. betul tak??



1st trial test on 25 apr 2010. unexpexted! the cross indicate the positive result.

 tau tak..sejak saya kawen, selalu baca blog ibu n bakal2 ibu. esp part bakal2 ibu buat suprise utk suami masing2 ttg ke-pregnant-an mereka bila buat self test tu. saya mmg tumpang gembira walaupun mungkin sekadar pembaca senyap. bersyukur atas kurniaan utk mereka. dan saya pun sama, xlari dr fikiran berfikir bila saatnya saya boleh buat suprise utk suami sendiri.
hehe saya suspek ada kelainan pada badan saya sejak mid of april. rasa semput, penat n ada juga la rasa tidak senang yg lain. seminggu balik dr melaka ari tu, saya bgtau en suami, nak beli kit tu. n the result as image above. dan, hakikatnya mmg tak smpt la nak suprise kan en suami, xsmpt la nak ikat2 riben ke.. sbb saya nervous ms buat test, n mmg xletak more than 50% harapan pun. n bile the indicator appeared mcm tu, saya terus tunjuk kat en suami. dia pun terus tanya saya balik, betul ke ni. pastu sibuk la kami dua org baca balik pamplet alat tu... heheh

:)

2nd time self test:
ini guna kit yg lebih murah. sbb nak convince diri sendiri jugak. ini saya try urine yg paling awal, iaitu masa mula2 bgn dr tidur. subuh2 hari. mcm kali pertama jugak, nervous tu hanya Tuhan je tau. test done on 28apr.

alhamdulillah, the two lines did appear.


tp ntah kenapa.. kami terlalu amik masa yg lama utk jumpa doc utk confirm kan. mungkin sbb rasa mcm budak2. heh. setiap ari, kawan2 kat ofis duk tanya, bila nak g check.. dah confirm belum.. hehe
well, itu bukan senang. nanti, kawan2 experience sendiri benda ni. nampak mcm senang g je jumpa doc, buat urine test or ultrasound n get the result. tp, ya tuhan, hakikatnya bukan semudah itu. pengalaman baca blog2 ibu preggi ni, ada smpi 9 kali test. boleh imagine the feeling they encounter.

masa saya buat self test tu, estimation pregnancy masa tu adalah 6 minggu.

ntah mcm mana, finally, keberanian muncul juga. last week,on teusday, saya n en suami g private clinic n doing the test.
doctor yg baik hati tu terus suggest buat ultrasound test sbb kata doc kalau nak buat urine test, dah xleh wat u'sound, sbb nanti pundi kencing dah kosong, takut tak nampak bila buat u'sound tu. n the result:

" :) umi..abah... kite kecik lagi... baru 6 minggu 4 hari... doakan, kite lahir dengan selamat, sempurna fizikal dan mental, jadi umat manusia yg soleh dan solehah " amin..

sungguh, so far, rasa yg saya alami saya tak pernah lalui sblum ini.. saya rasa suami juga begitu. terima kasih kepada Allah, atas pemberian Mu. :)
sekian utk citer kali ini. next chapter, saya akan share ttg kisah lain pulak. doakan saya melalui minggu minggu kehamilan dengan baik.

bermula 24 mei - 30 mei, en suami berkursus di kelantan sana. for the 1st time in our marriage, saya akan berjauhan dgn en suami. the feeling: unpredictable. sbb setakat ini belum rasa sedih. biasalah, saya sorg yg perasaanya dtg lewat sket. hehe xtau la nanti tido malam mcmana.. mesti rindukan dia.. hehe

mujur seminggu aje!

May 18, 2010

Alhamdulillah: parents 2 B


a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m.... :)
exam week di polisas.

zuriani: bertungkus bungkus nak siapkan course work student. moga dpt la siap secepat mungkin. lmbt2 nanti nak siapkan lembaran markah student pulak.

wanna put here one image.

from here



alhamdulillah.
ada insan yg sedang struggle dalam badan (my womb) at the moment.
usia: kalau berdasarkan last menstrual: 9 weeks
        kalau berdasarkan ukuran pada ultra-sound masa jumpa doc: 6 weeks 4 days (tarikh conception doktor ckp)

moga insan kecil ini kuat, bertarung utk lahir ke dunia dengan keadaan baik, sihat, sempurna fizikal dan mental insyaAllah december nanti.

amin..

yap, zuriani n zulkifli are going to be parents.

insyaAllah, kita share detik2 berharga bersama.

May 13, 2010

60 days with him, just want more..


salam.. 2 months already. :)

alhamdulillah..

usia yg masih baru. masih 'baby' lagi.

penah saya sms sorg kawan tu, saya bgtau, sementara dia masih bujang, nikmati sempuasnya.
then, perbualan di teruskan di YM. dia ckp, ramai kawan2 dia yg dah kawen pesan se-umpama. apa maksudnya ya?

:)

masa saya bujang:
most of the time saya hanya fikir ttg diri sendiri. nak makan kul baper, nak basuh baju bile, nak tido kul baper, nak bgn kul baper, nak balik kampung bile, nak stay kat opis smpi bile, nak buat keputusan sesuatu, nak beli itu, nak beli ini. nak manja2 ngan family macam budak2 pun boleh. walaupun kebujangan saya bukan bererti 100% kebebasan tp punya TERLALU BANYAK ruang utk DIRI SENDIRI.

masa saya sudah bergelar isteri:
most of the time grab away.
byk kena fikir utk dua org sekali. hehe takde sape suruh, but it automatically come. n xde nye selalu sependapat.
termasuk hal2 kecik. bab umah, bab kemas umah, masak, makan, bab balik kg, bab duit perbelanjaan, pengurusan diri dan masa, bab buat keputusan. banyak nak kena BERSAMA-SAMA fikir and endure. yap, dgn kata lain we share together.
:)

selalu saya igtkan diri n jugak en suami: supaya bila dah kawen ni, hidup kena lagi cemerlang. sbb sudah ber-2. sepatutnya lagi hebat dr semasa single.

penah di tanya bagaimana setelah bergelar isteri.
jwpn yg paling mudah tp begitu bermakna: sentiasa mencari hikmah. supaya hidup saya dan diri saya lebih baik dr sebelumnya.

so, hadiah sempena dua bulan --> layan movie Iron Man 2. tp x sebest mana. tak suka sgt sbb byk ckp, n hero dia mcm di sengajakan jd seorg yg berlagak lak dlm tu. action2 sket je. bintang utk cite tak byk mcm citer yg kami selalu layan sblm ni. tunggu Iron Man 3 pulak lah...

need to stop.
ini cerita 2 bulan saya setelah bertukar status.
so many more to explore.

doa moga2 semua berjalan dengan lancar. aminn..

May 10, 2010

pls, do pray for us...

salam semua. kabare? :)
saya alhamdulillah sihat walafiat. insyaallah, harap kesihatan yang baik utk kita semua yek!

kali ini, ada citer nervous yg saya nak share di sini. about our lovely house. klik sini utk re-fresh lakaran khas ttg kuarters kediaman saya dan en suami.

en suami dah duk kuarters ini mula bulan puasa thn lepas lagi. so x baper lama la kan. utk pengetahuan juga, poli kesyangan ku ini, mmg di bina dlm hutan simpan, jadi, umah kediaman kami ni mmg not far from the jungle. n FYI, belakang bilik masterbedroom kami tu, mmg terus hutan yg boleh kira tebal tau. cuma ada pagar kawat je nak menandakan border. umah ni mmg saiz besar ukt kami dua org takat ni. byk bilik, n kalau nak kemas tu mmg kena spend lebih tenaga lah.

dulu2, ada opis tanya tak takut ke duk umah tu. macam scary movie aje. :) saya nak tak nak, xde pilihan kan. org dah bg kuarters pun dah kena syukur. 

awal2 minggu kawen, biasalah, tmpt baru, mmg saya susah nak sesuaikan diri. tak selesa. atau lebih tepat, boleh rasa 'something..kalau en suami g duty mlm2 sebagai felo kat kamsis, n saya tinggal sorg, saya x berani nak masuk bilik, mmg saya akan tunggu laaa kat ruang tamu. kadang2 smpi lelap. lampu lak sebyk mungkin saya bukak.

en suami lak, mmg x abis2 bg semgt kat saya, katanya, umah kita ni mmg dekat ngan hutan, dan bumi ni bukan kita aje duduk. kita share dgn makhluk2 yg lain jugak. jgn tunjuk takut.. buat mcm biasa. 

until laa one magrib tu. suami saya lalu tepi bilik solat dia tu, terus meremang bulu roma dia.. dia mcm nampak sesuatu kat katil. n spontan terus en suami ckp, kalau ada tuu, kuar2 laaa.. (mcm halau laa, lebih kurg). n bilik tu mmg saya ada buh teddy bear yg dia bg dulu2. pas tu, mmg saya tak senang duduk jugak, tp kena kuat la kan..umah kita. n, ada satu mlm tu ayah saya n kawan dia dtg, bg bateri notebook ni, saya citer la kat ayah saya. ayah saya ckp mmg dia pun rasa lain, sbb dekat ngan hutan kan.

pastu citer tu smpi la kat my mum. my mum kebetulan ada kenal sorg tu yg berilmu bab2 gini. org tu ckp laa, umah ni umah lama, mmg ada pun benda dtg 'singgah'. pastu dia bg la saya paku, garam n dua botol air solat hajat. saya buh laa paku n garam tu kat penjuru tingkap n air solat hajat tu sy renjis2 kat dinding dlm seluruh umah. alhamdulillah, pas tu, dah tak rasa mcm sblum tu.... syukur sgt.

tp kan... cite tu tak abis kat situ aje....

ada satu ptg tu, en suami ada nampak anak ular masuk dlm rumah, kat area belakang, sebelah ruang dapur. ruang tu mmg kami jarang guna, just ada bilik stor, bilik sidai baju n tmpt mesin basuh. (ya, saya dah berjaya beli mesin basuh *wink hehe).. pastu duk cari2 si anak snake tu xjumpa2..
takut jugakk bende2 liar mcm tu. slalu doa jgn la masuk area dapur n ruang tamu atau mana2 tmpt lahh... but, until laa last week. saya n en suami sama2 terlelap dpn tv.. dalam kul 3 am mcm tu, en suami bangun nak g minum kat dapur. switch on the light! n what a suprise, si snake adaa kat belakang pintu dapur tu, duk berlingkar kat situ. mujur en suami tak pijak makhluk tu. ya Allah mujur sgt. n makluk tu terkejut, tp mmg dia nak naikkan kepala utk patuk pun. terus dia menonong lalu ikut lubang bawah pintu yg pisahkan ruang dapur n ruang belakang umah tu. saya mmg xberani nak bgn. terkejut sgt!..tp dlm hati mmg fikir, makhluk tu bukan haiwan, sbb pengalaman saya kalau haiwan bila terasa di ancam, atau dalam keadaan terkejut mmg dia akan defend diri dia. tp makhluk ini menonong pegi n mmg igt laluan yg dia lalu. mcm weird je...
si snake tu dlm setengah meter, warna hitam.

pastu, selalng 2 3 ari saya cite la kat my mum.

n.. agak kan kami berdua betul. itu jelmaan.bukan the real snake.
hmmm.... tak berani nak teruskan ayat..... sbb duk sorg2 ni. en suami ada kelas lak mlm ni..uwaaaa..

alkisah.. org yg berilmu tu ckp, si snake tu ada la penunggu. penunggu umah yg kami duk ni. dia dah lamaa duk sini. dia tanak kacau pun.. dia anggap umah ini dah umah dia. dia nak jaga..

mau pitammm saya mendgr nya!!
n starting that day, mmg makin hati2 la kami. setiap kali masuk dapur tu mmg double check. n suami saya x abis2 duk pesan, jgn masuk, jgn kacau kami. duk luar je.
org berilmu tu jugak pesan, kalau dia masuk lagi jgn apa2 kan dia, jgn bunuh dia.

weekend lepas, balik umah mertua di kelantan. balik je ahad tu, spot check dulu magrib tu. jumpa kulit si snake duk tersepit kat pintu belakang. pencarian di teruskan... n.... mmg makhluk tu adaa.. duk tepi basket smpah bawak kotak yg saya isi plastik smpah. n itu mmg salah saya sbb mmg port tu sesuai pun haiwan nak landing.

makhluk tu mmg syokkk je tido kat situ.
saya seram sejuk dah. rasa nak demam pun ada. en suami pulak wat muka cool aje.
saya nak bg hilang nervous, g amik kamera, amek la gmbo makhluk tu. suami saya duk ketuk lantai tepi makhluk tu tido, nak bg dia jaga, suh keluar. ketuk2 tanak bangun, jd xde pilihan kena usik sket ekor dia. baru la bangun. mmg mcm pg tu la, dia x angkat kepala nak serang pun, terus mcm pening2, menonong ke pintu keluar, tp dlm mode yg amat perlahan. mmg sy smpt snap gambo. close up pun ada. suami lak duk ketuk2 lagi lantai, smbil pesan, tak payah masuk lagi, duk je luar umah. n keluar je umah, mmg dia elok je landing tepi dinding luar umah. en suami xabis2 pesan, g la tmpt lain, jgn masuk umah..duk luar umah..

saya, blurrr!!

right away, ajak suami kuar makan, terus tepon my mum, n saya mms gambo tu kat my mum. my mum nak tunjuk kat org berilmu tu... (gambo tak transfer lagi ke notebook ni, ntah bila lah..) hope boleh imagine la rupa makhluk jelmaan tu...

n td masa tepon, my mum mmg ckp org berilmu tu, ckp tu bukan the real snake. badan jelmaan snake tu mmg kaler hitam. ikut pengalaman, the real snake tak de yg satu warna aje, at least nampak sisik.. but not this..

org tu nanti nak bg ubat lah, at least jgn bg dia masuk umah...

kawan2 semua, doakan ye, jgn jd apa2 yg buruk pada saya dan en suami. duk bunyi2 kat en suami, ajak pindah umah lain, lgpun ari tu ada kawan dia offer kuarters lain, tp kena naik tangga la yg tu.
xtau la mcm mana. keputusan di tangan en suami kan. skang ber-2. ok lagi. kalau dah ada baby nanti camana...

mmg tak di nafikan, umah yg dekat ngan hutan ni, mcm2 haiwan berbisa boleh masuk.. cuma mintak jauh laa sgt dr semua benda2 gitu. doakan yer....

pjg lak citer kali ni.

smbung next time lak eh!

May 06, 2010

ada sesuatu

salam sejahtera. selamat bulan mei. bulan yg sibuk menjengah kan diri.

ada sesuatu.
sesuatu dalam jiwa.
sesuatu dalam diri.
sesuatu dalam akal.
sesuatu dalam hati.
yang sentiasa mendorong untuk yang terbaik.

banyak yg saya mau laksanakan untuk baki bulan yang ada utk tahun 2010.
semoga semuanya berjalan lancar.

-tidak sabar mau menghabiskan silibus e4121, buat coursework.
-tidak sabar mau menghasbiskan musim peperiksaan yang selalu menuntun 100% tenaga
-tidak sabar utk mengesahkan sesuatu
-tidak sabar mau tau satu keputusan.

back to work!