(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

January 29, 2010

ku hepi

 
fikri masa die kecik2 dulu, msa tidur, mmg selalu senyum.. hehe

salam semua.
jumaat tiba lagi.
tetiba rasa tenang, sebab 2 hari kemudiannya adalah hari bersenang2, bebanan keje should avoid me for a while. dan skang, taraaa, saya di depan komputer di rumah. dengan skrin yg lebih lebar, dan speed internet yg superb laju, saya amat bersyukur, bebanding dengan broadband yg bulan2 tu rm70, tp speed tidak memberangsangkan... berbanding kemudahan di rumah ini, yg bayarannya rm61, lagi rendah dari yg saya kuarkan bulan2. pape pun bersyukur sahaja. alhamdulillah.... :)

dah lama rasanya tak balik kampung. last skali 1 jan ari tuh, balik sbb nak ikut family g daftar adik bawah saya sambung belajar. heheh mmg excited abis lah bila dpt balik kg. semangat tu bermula dr pagi jumaat lagi.. terbayang2 dah kehidupan di rumah. yg sedeynya, ahad ni dah kena balik kuantan semula. balik ni, nak bayo deposit utk satu item dalam favor bag, tp org tu xde pulak. nampaknya postpone to minggu depan lah. pastu nak settlekan borang nikah, nak amik tandatangan my beloved daddy sebagai wali, dan pakcik2 (adik beradik mummy) sbg saksi2.. pas settle nanti, diizinkan-Nya boleh la sumbit borang tu. insyaallah. pastu saya nak kuar ngan mummy atau membe, nak g tgk barang pape yg patut utk majlis nanti. wahai masa, berjalan la dengan perlahan utk dua hari ni. heheh lagi, nak touch up favor gift.. 

huhu.. mau rehatkan badan dulu nih..

ila liqo'

p/s: td smpt main PSP ngan fikri, game Harvest Moon, game fav kami. ada perkataan 'bye'.. pastu spontan, fikri berkata "perkataan 'bye' dlm arab apa ek.. ooh, ila liqo' " ihihi

see ya


January 27, 2010

a quick ud

assalamualaikum..

kabare? wes mangan? ;)

saya oke. alhamdulillah sehat.

isnin yg lalu, barang yg saya tunggu2 dah sampai. barang apa --> sticker decal. beli melalui online. pastu smgt sy ajak mek ja g beli barang utk sy buh sticker2 tu. tp mungkin tangan ni mmg xberseni, xmemuaskan hati la hasilnya. ermm, xpe kena cuba lagi. perkara ke2, belajar buat bintang2. hehe keras betul tangan.

nanti sy update lagi citer. take care tau!

January 24, 2010

empunya


hari ini, tuan punya mesin ini, buat hati ini sedih..sedih lagi. marah la macamana pun, belum hilang sedih itu..sampai hati kan?



saya dah banyak menangis kerana ini orang. tetapi, mungkin, saya xtau dia lagi banyak menangis kerana saya. walau macamana pun, saya sayang ini orang. saya selalu doa agar dia milik saya, dunia dan akhirat.


jari jemari itu yg selalu pegang stereng keta cck. xjemu bawak saya g situ sini utk memenuhi permintaan saya. dan jari jemari itu jugak yg saya harapkan boleh tenang kan saya suatu saat nanti.

sekian.


January 22, 2010

T.A.G.

assalamualaikum.. sesi menjawab tag, dari  miss RR ... aihh, napa la rajin pulak cik rr men-tag aku..

Rules: once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 10 people to be tag.

1st - nama diberi nur zuriani binti izazu. satu aje. tp, nama panggilan banyak. kat umah, mmg di panggil no. buang r tu. adik2 panggey kak no la (sbb aku kan kakak mereka). masa sek pun di panggey no. tp ada kawan yang giler2, di translet ke bahasa cina, no (bi) = tidak (bm) = puyau (mandarin/kantonis).

2nd - jadi nama ke-2 aku adalah puyau.

3rd - nama ke-3 : yanie. dapat masa matrik. roomate yg bagi.

4th - nama ke-4 : macam nama skang la. zuriani atau zu.

5th - aku xkesah org panggey mana2, yang penting nama asal tidak berubah. cahaya zuriatku. ;)

6th - asal dari dungun, terengganu. penah belajar di penang (utara), di johor (selatan) dan kembali mencari rezeki di bumi pantai timur (pahang).

7th - anak sulung dan the only girl.

8th - ciri-ciri aku (mungkin benar mungkin tidak) : suka senyum wpun aku tau senyuman aku xcomel, skema, nerd, kalut jugak kdg2, kedekut, kurg yakin dgn diri sendiri tp aku rasa aku sorg kakak yg baik.

9th - seorg yg rabun, penah bercita2 nak buat LASIK, tp parents xbg greeline. kesian x?

10th - aku rasa lg confident kalau dpt meneruskan idup tanpa spek. bukan tanak pakai contact lens, tp ada masalah. ops, hentikan. kamu kena bersyukur zuriani, sbb kamu masih boleh melihat warna2 indah di sekeliling kamu.

11th - fact seterusnya, byk barang2 berharga yg menjadi milikan sementara adalah pemberian parents. hp, laptop, kasut, baju, half of the car also. heheh (tu tandanya apa, kupid!) ;)

12th - 25 minus 12 equal to 13. saat ni, hati aku ckp, byk lagi nak kena merepek nak cukupkan iso tag inih. ade 13 items lagi.

13th - aku punya byk cita2. jururawat, cikgu tadika, penulis, dan mcm2 lagi. alhamdulillah, ari ni aku masih lagi diberi peluang utk bercita2.

14th - mari bercerita ttg habit pulak. xde spesific kot. ermm, aku suka tgk laut dan lauk, tgk ikan, tgk gelagat org, tgk family. sume bab tgk2 la. termasuk tgk diri sendiri.

15th - aku suka bau rambut aku pas setiap kali sesi cuci rambut @ syampuu. waaahhhh segar!!!

16th - aku sayang semua org di sekeliling saya. mak abah, adik beradik, en tunang, kawan2 dan sume2 lah..

17th - aku sayang diri sendiri

18th - walaupun aku ni x ramai kawan, tp aku suka berkawan.

19th - aku suka g zoo.

20th - aku suka tgk sume org disekeliling aku. sbb mereka cantik!

21th - aku nak sambung belajar lagi. selepas sah jawatan, dan jika ada rezeki aminnnnn

22th - aku tgh lapar skang, sbb xmakan tghari. terasa nak makan megi, tp paham2 je la, ade law dr en tunang, xbg aku makan megi. hilang sekejap nikmat, sbb aku tau, megi kadang2 sgt diidamkan.

23th - aku teringin nak pakai keta bmw cap 3 series. (ohh inih hanya utk cukupkan item yaa, jgn percaya)

24th - aku akan sentiasa belajar ttg hakikat kehidupan. belajar utk hargai org, percaya org, yakin dengan kemampuan diri, percaya dgn kelebihan diri. hidup in INDAH!

25th - sadis, terkedu, xtau ayat apa yg terbaik utk yg ke 25. ooh, terima kasih

nak tag

1 - zuliana

2 - zana

3 - sopie



*update later

January 20, 2010

cenyum la cek mek molek



salam semuanya..
just a short reminder.

mari kita semua senyum.. supaya semua disekeliling kita turut tersenyum. dan kemudian suasana menjadi ceria. supaya hilang segala stress. supaya reda segala tekanan. supaya sedikit sahaja otot2 muka digunakan. n yang paling penting, awet muda. ;)

mlm td saya kena bebel, dek si kecik fikri. di entry lain, jika berkesempatan, saya share dengan semua.

hehe
just keep on smiling. okey
lots of love!

January 18, 2010

week-end


"saya cute tak?"tanya yg dalam gambo kepada pembaca (,'')


salam semua..
hari hujung minggu makin abis. esok dan minggu2 seterusnya jadual keje jd mcm biasa balik. masuk kelas, pot pet pot pet, keluar kelas, kejar silibus, kena pantau, bg soalan penilain, hujung sem bentang result. =) jumaat lepas, saya dah dipertemukan dengan pelajar PA yang baru. DKE1A. septtnya 34 org, tp yg dtg mendaftar setakat ari tu cuma 22 org je. eheh, moga sume anak PA baik2 sume. lama gak nak bersama ngan diaorg kalau umo pjg ni. 6 sem sumenya.

wiken saya, jadual yg biasa2. santai tp berisi. sabtu pg, sy bantu erna pendaftaran KSS. dpt jumpa balik bekas pelajar KSS sem lepas. maaf la, mmg saya ditawarkan utk mengajar pelajar yg sama lagi utk modul protel, tp sungguh, sem ni saya takut xdpt bg 100% komitmen, saya terpaksa menolak. saya nak cuti sabtu n ahad!! en cck pun ditawarkan ajar kawalan motor. tp dia mintak penyelaras tanya senior dulu. takpe, saya n en cck dpt bercuti masa wiken. masa duk kat meja pendaftaran tu, boss besar ulpl dtg, tegur saya. mungkin perasan saya xfamiliar dalam kss nih. pastuh sy bgtau la saya bantu erna pendaftaran tu. terus dia ckp, kita lantik terus. heheh ada peluang ke saya kuar unit exam? cuba bygkan.. hujung sem saya xkan sesibuk selalu. agak2 bos unit exam benarkan x saya kuar unit exam? ptg sabtu, teman en cck g wedding membe dia kat pekan..my ccd belum sampai sana lagi. that was it's 1st time. saya kenalkan opis bakal mertua en cck bekerja. :) balik tu, saya heret en cck g tempah n bincang ttg kad kawen! ;)
bayar deposit 50%.
begin this week, kami kena:
follow up utk tgk design.
bagi map.
photoshot sesion.
insyaAllah mid feb dapat kad, n boleh di post. so, kawan2, boleh la kamu sekalian tinggalkan alamat yg posmen kenali utk sesi pengeposan kad yg xseberapa itu nanti. mekasih.

ahad pagi. mcm biasa. sesi mengelap ccd. sbgi satu senaman menegangkan urat2 lengan. pastu g sarapan ngan kak liza. tghari saya ajak en cck g tgk kedai2 gubahan hantaran. 1st g SMALL GARDEN. terpegun la ngan gubahan yg ada. salesgirl pun xlokek ilmu. pastu g SSF home deco, sama gak. tgk2 gubahan. amek idea la kunun. pastu kena bebel sbb xprepare lagi bab gubahan ni. main menonong g kedai. hehe so, ptg td saya sketch la apa yg termampu utk di present. mujur! lulus. so pas ni boleh g lagi kedai membeli apa ptt. yey!!!! mari bermain dgn warna. ;)

alhamdulillah, sikit demi sikit, walaupun slow, boleh la dikatakan ada progress. nanti siap awal2 xsabo2 pulak nak menikah. hehehe

td pg jugak mak saya melaporkan, dah booking unofficially tok imam tu. tp iajb kabul kena awal lah, sbb jadual tok imam tu dah penuh. so insyaallah, kalau ada jodoh kan, kul 10pg 13 mac tu, saya dah selamat bertukar status. hehe insyaAllah. doakan ye!

jd, skang, saya masih sedang menikmati saat-saat bergelar si bujang. bukan bujang senang okey. ;) oklah, jumpa lagi.

jaga diri!


January 14, 2010

cerita ttg emi



assalamualaikum wbt.
kehadapan semua yg dikasihi, anda sehat kah?? arap semua ok ok yer hendaknya. saya oke. insyaallah, luar dan dalam. sedang mendengar lagu nurkasih. ;)

ada satu cite. ttg emi. sape dia emi. adik sy, selang 2, itulah kedudukan dia dalam keluarga. anak ke-3. bersifat api septtnya. hehe tghhari smlam mak saya tepon, bgtau dia jatuh tangga, licin. masa nak g kelas. pastu sakit kat bahagian belakang dia, spesific nya dekat area tulang belakangnya. menurut laporan, belum smpt g klinik sbb jadual belajarnya yg pack amat. saya risau. termasuk mak saya. risau kot pape yang pelik berlaku pd dia. pastu mlm td saya follow up lagi ngan mak saya. camana emi? sakit lagi katanya. tp, xleh concerntrate kelas. xboleh jawab kuiz math sbb sakit kat belakang tu. yg lebih buat emi rasa down, sbb ada yang marah dia. saper? org kesayangan emi. ayah saya. kena marah kaw2 sbb jatuh tangga.
ada dua (2) perasaan individu yang perlu ditimbang di situ. eh mungkin tiga (3). campur mak saya punya perasaan.

satu (1): perasaan emi yang kena marah sbb jatuh tangga. dia mungkin mengharap simpati dr ayah dan ibu nya. tp sebaliknya berlaku. sblum itu, saya kena bgtau satu benda. 2 minggu sebelum ni, dia dpt MC, hampir 14 hari jugak sbb naik demam jintungan (ala2 campak). penuh satu badan  bijik2 yg buat saya gerun. itu ada obat. insyaallah bole sembuh parut2 sume. yg lebih parah dua minggu MC menyebabkan dia ketinggalan hampir semua subjek. termasuk subjek killer. sy mungkin faham keadaan yg dia lalui. utk catch-up yg tertinggal. dengan jadual pack smpi ke malam. tghari rehat sejam. petang sejam. mlm ada kelas lagi. ujian, kuiz berturut. tertinggal 3 chapter utk kebanyakan subjek. dia pening. saya cuma bole bg smgt. minggu lepas timbul isu nak drop paper. ntah mcmana xjadi. berbalik pada isu jatuh tangga, kesian. lepas satu satu. mujur ada teman2 yang urut belakang dia.

dua (2): perasaan ayah saya. mungkin terlalu risau dekat anak dia, smpi bukan pujukan yg keluar. tp marah. ntah, tak reti nak elaborate perasaan sorg bapa. heheh tp sapa xrisau. ari tu sakit smpi 2 minggu. kali ni jatuh tangga pulak. dah la dia jauh dr anaknya.

tiga (3): perasaan ibu saya. sadis dan sedih. sorg tu suaminya, sorg tu anaknya. pastu serabut juga ngan perancangan majlis saya. mujur, ada saya. yg menjadi tmpt luahan perasaan seorg ibu.

bukan senang nak mengurus keluarga. anak2 depan mata boleh lagi di ajar, di lihat dan di urus apa yg patut. ini semua jauh2. byk kan kena belajar psikologi tentang anak2 nih.

mohon sgt, semoga semua kembali tenang. jgn jd pape kat emi. boleh concerntrate study dia. mohon mak ayah sy jgn stress atau terganggu. amin..

info tentang emi: pelajar semester dua, kursus matrikulasi kejuruteraan UIA.

perasaan saya? bercampur baur.


January 13, 2010

neva


salam semua. ari ni, beta sempat men-download beberapa lagu idaman. eh silap. saya. hehehe suke suke. even just guna broadband yg selalu dikutuk2 oleh teman lelaki gue kerana signalnya. kecian. tp kdg2 membantu saya. maceh!

aih..dah lewat petang rupanya. tp saya masih diopis. n ada sorg lagi opismet. jap lagi baru balik. housemet saya cuti, sbb ada festival. nanti balik saya rasa sunyi jugak. kete park kat depan dah. kalau duk belakang takut gak nak balik lewat2 cenggini.

tinggal lagi dua bulan. tik tok, masa berlalu.

nanti sambung. saya mau pulang.

imej di atas, pastinya utk ikatan yang saya sedang ada sekarang. JANJI!!

no title

assalamualaikum semua..

bacakan..

aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku...

bait2 ini mmg sinonim dengan hidup aku. mendalam. ia juga ringtone utk hp ke-2 aku. xpenah tukar.

dia. dedicate lagu ini utk aku. hingga 'melekat' dlm hidup aku. tak boleh bayang, hari-hari jika dia tiba2 hilang dari hidup aku. tp aku kena redha, jika ia berlaku. kerana aku hanya seorg hamba yg kerdil. Yang di atas sana, Maha Mengetahui tentang segala percaturan hidup utk aku. yang terbaik utk aku dan dia.

aku, cuma seorg yg biasa2. biasa mcmana? typical lady, ordinary. langsung berbeza dengan seseorg itu. siapa?? utusan yang DIA kurniakan pada kami di saat begini. aku mengerti dan faham. dugaan. ujian. seperti kebanyakan org dan kawan2 lalui. menguji hampir seluruh perasaan dan emosi. barangkali, sama2 keliru.

aku tidak akan menyekat dalam melaksanakan pencarian dalam hidup. terpulang. jangan pedulikan rasa sedih. kerana ia akan hilang di telan waktu. cuma, jgn org yg aku sayang turut sedih. mintak jauh sgt yg tu. kerana mereka kekuatan aku yg tunggal.

selepas ini, apa pun yang berlaku, aku redha. itu kekuatan hati yang paling dalam.

Tuhanku, berikan ruang utk aku mencari hikmah disebalik semua ini. tiupkan sedikit nur-Mu ke dalam hati ini, moga ia sentiasa yakin dan tabah dengan setiap duri-duri kehidupan yang terbentang. mohon di ampunkan segala dosa-dosa aku. amin..

nota hujung pena:
aku bukan seorang yang rupawan..
aku juga bukan seorang dermawan..
aku juga bukan seorang ilmuan..
aku juga bukan seorang yang sopan..
aku juga bukan dikalangan yang tersohor, hebat dan petah dalam percakapan..

aku hanya ada jiwa dan hati, yang telah ditiupkan roh, untuk melakar kehidupan ini seadanya. membawa nama, fizikal, sifat yg telah ditakdirkan.

nukilan..

January 12, 2010

warna warna ku

assalamualaikum semua.. selamat pagi malaysia.
syukur, kerana saat ini masih di beri ruang dan peluang utk bernafas, menghirup udara yg kdg2 segar, kdg2 tak.. tp masih percuma. itu kenyataan.

kenapa ayat mcm jiwang semacam? heheh sesuai dgn situasi dlm diri sekarang, emosi dan hati agak tidak keruan. perasaan sedang diuji. sedang mencari sudut utk menguat kan perasaan. terima kasih jika ada doa dititipkan utk kekuatan jiwa saya. :)

semalam, saya sedikit bersungguh, utk berfikir ttg warna pada majlis kawen nanti. mmg amatur sungguh bila masuk bab warna. pagi la mana2, tmpah kad kawen ke, nak booking wedding-accecories ke, mesti ditanya TEMA WARNA. pastu saya senyum smbil pandang org sebelah. tp lega sedikit hati ni, bilamana saya tau, ramai yg confuse bab warna2 ni. so, skang asal boleh saja warna pape pun. make it, polka dot ke, rainbow ke, colourful ke, miserable ke, saya akan terima aje. mmg kelemahan yg nyata utk decide yang mana paling ok. tp ini membantu jugak. termasuk ini juga.






comel kan dia punya logo. laman sesawang ini.



spend sedikit masa utk browse. saya masukkan warna2 yg telah dan mungkin ada. mata saya nampak ok, dan harap bila en cck baca (jika) entry ini, dia akan nampak ok jugak. hehehe



ini saya cuma copy color-pallete yg dah ada kat web tu. combination between pink and gold brown. mcm ok pd saya.saya suka pattern pink yg ada di situ.
mari cuba lihat yg lain pula.

yang bawah ini juga menarik hati, tp takde warna gold-brown itu. tp jika ada kombinasi ini, kat bahagian mana dalam majlis saya seswai utk warna maroon ek?





the last color-pallete yg saya smpt tgk dan agak mencuit hati. ada warna lembut dan ada warna garang. :) yang ini pun oke jugak di mata saya. erm.. lega rasa sbb dalam kepala dah ada planning ttg warna nih. hehe sukeeee!


warna2 ini insyaallah akan mewarna hari saya itu. Insyaallah. yang lebih penting sumenya berjalan lancar, selesa utk tetamu, tak bg saya n bakal pasangan dan keluarga heart attack. hehe

last weekend, alhamdulillah kami dah jumpa kedai utk tmpah kad kawen tu. berpatutan dan ada dalam bajet. tinggal nak pk warna, design, map, gambo kalau nak bg la, n 50% deposit. tp, xtau bila exact day to go there again. dalam masa yg sama nak kena fikir deposit barang2 lain jugak. duit..duit.. :)

oklah, sambung lagi nanti. jaga diri

January 08, 2010

ujian kecil

salam semua..
pe kabo?

tetiba terasa ada sesuatu yg perlu saya luahkan dlm entry kali ini. tp jgn ambil peduli. jgn simpan dlm hati. saya manusia biasa. ada masa sy terasa hati dgn kerenah org disekeliling saya. ada masa saya kagum dgn org sekeliling saya.

tp, pernah satu ketika sblum thn 2010, saya berniat, tidak mahu berckp ttg keburukan org pd saya lagi. mau abaikan sumenye. mau menjadi tembok yg keras, sekukuh tembok besar cina boleh juga. mau menyucikan hati. sungguh.

jadi, sekali lagi saya berperang dgn emosi. mau melupakan sume yg org buat pd kita atau melepaskan rasa perit itu supaya lega semuanya.. aihhh berat betul..

saya cuma mahu menjadi seorg yg biasa2 aje. tanak susahkan sesiapa pun disekeliling saya. jd, jgn la menyusahkan hati saya. boleh tak? sama2 hormati ant satu sama lain. jgn perlekeh sesiapa. jgn over. jgn melampaui batas. jgn terlebih perasan. jgn over confident dgn suatu yg xpasti (nak over confident bole, tp simpan aje dlm diri sendiri, jgn uar-uarkan satu bilik).. saya bosan. dan ramai lagi yg bosan mendengar. ehek.. maaf, sy berhak bersuara.

saya mau pulang ke kuarters.
sekian. harap maklum. heeeee

January 06, 2010

dia yg dihormati, disegani

salam.. sementara masih ada idea berkongsi cerita, sementara broadband masih di tangan saya, sementara belum basi, sementara belum bosan.. saya ingin berkongsi satu lagi kisah saya.. :)

ermm.. ceritanya, saya seorg yg bila ada masa, mostly bila keseorangan, suka mengimbau ala2 flashback dlm movie2 tentang semua kenangan, momen, cerita lalu.. satu keseronokan, satu kepuasan, satu sbb utk saya bersyukur utk apa yg saya lalui dan ada pada hari ini..tp bukan satu benda yg janggal atau pelik, kerana bg saya, setiap manusia yg ada disekeliling saya pun tidak mustahil begitu.. menoleh kenangan lalu bukan bererti kita sentiasa pandang ke arah belakang kan.. yg penting, betapa kenangan itu berharga..

hari ini sbg contoh, sambil meneliti borang permohonan berkahwin, salah satu menda wajib yg patut disertakan ketika mau menghantar borg ni nanti ialah, sijil asal dan salinan sijil kursus pra-perkahwinan. mula menyelongkar beg, mencari sijil tersebut... tarikh kursus tu, 28-29 jun 2008. igt lagi join kursus ni di jab agama islam daerah kuantan, dengan sheda n nana.. officemates. nana dah selamat menikah pun.. sheda's turn also just around the corner.. sy igt lagi, time lunch hour, masa tu makan kat dalam dewan tmpt kursus tu jugak, kat meja kita berkursus tu.. dtg la sorg ustaz yg mmg bg ceramah utk satu slot masa kursus tu..(dlm byk2 meja, kat meja kitaorg jugak ustaz tu dtg) saya lupa nama ustaz tu, wajah dia pun samar2 dalam ingtan nih..dia dtg sblh meja saya, masa kita org ngah lahap menyuap nasik.. mula2 tu soalan biasa, dr mana, keje mana, then tetiba tanya saya, ha awak.. bila nak kawen? dah ada calon belum? 2 kali ustaz tu tanya saya.. jawapan sy, tanpa fikir panjang sbb segan jari comot2 ngan nasik, insyaallah tahun depan ustaz.. jawapan dia, insyaallah saya doakan.. :) thn depan tu merujuk 2009, tp sbb belum rezeki, insyaallah thn ini, 2010 akan ter-realisasi doa itu... dan ari ini, kdg2 ant percaya dan tak, sy sedang menyiapkan utk perkahwinan saya..dan saya pasti, sume bride-to-be ada segala mcm rasa..berdebar, cuak, dan seribu mcm perasaan lagi.. mungkin..

kenangan lagi..
ari ni dan 2 hari mendatang, saya ant org yg bertuah (bak kata pegawai ulpl jke) sbb terpilih utk menjadi peserta kursus Penyeliaan Projek 1st Cohort Series 1.. ari ni, jadual kursus ended around 4.30pm, nak punch out pun belum masanya, duduk la kat meja sendiri. sambil berfikir apa yg sy boleh buat utk isi masa sblm balik. pastu terfikir la nak kemas semula sgla bahan PnP audio visual.. selak punya selak segala fail.. jumpa la beberapa cebis nota yg bertulis dgn pensil. lantas, fikiran jauh menerawang pd seseorg... sifu saya dan ramai org ant kami di bumi polisas. tulisan dan bait2 ayat (nota atau lebih tepat ilmu) wujud melalui kata2 sifu kami itu. masa itu, saya insan terpilih utk di-observe oleh dh48. masih jelas, saat sy menuntut ilmu dgn beliau. ari sblum observe, magrib, melalui panggilan telefon, beliau ada membacakan saya nota dlm buku beliau, utk saya catatkan dan masukkan dalam isi pengajaran saya.. saat itu sy benar2 terharu.
itu cuma secebis kenangan. byk lagi.
kenangan spjg hayat. sbb pas ni bukan selalu malah xtau bila boleh tgk kelibat beliau di opis lg, kerana telah bersara dgn rasminya 23dec yg lalu.

sy seorg yg xde perasaan. kerana apa, 23dec tu, sy belum 100% merasa kehilangan beliau. (maaf, sy mmg dilahirkan kurang berperasaan, atau sbnrnya, perasaan itu lambat tiba).. 22dec, kami meraikan beliau dgn satu makan malam yg santai tp bermakna, di hotel grand continental kuantan. mlm itu juga sy belum benar2 merasa kehilangan kerana terganggu dgn urusan mastersheet, kerana esoknya 23dec adalah meeting peperiksaan jabatan. tp en cck mlm itu slps balik, xpuas2 meng-eksperikan rasa hilang dan sedih itu. dan ari ini, giliran saya, makin terasa kehilangan itu. mungkin, satu2 nya kenangan pd beliau, adiah xseberapa dr kami.. anak2 didikan beliau.. moga beliau tidak melupakan kami.. dan maaf, kami mungkin tidak dpt membalas semua jasa, ilmu, didikan dr beliau....
mlm td, dinner ngan en cck, sekali lagi, saya didgrkan ttg penghargaan en cck kepada beliau.. ttg rasa kekaguman dgn bakat, kesungguhan, ilmu, dedikasi, dan segala mcm rasa apresiasi.. mlm td tu, fokusnya kepada cara kerja sifu saya..yg berkaitan kamera dan MCP..
pg td, semasa kursus, the conductor, best fren kpd beliau, sekali lagi meng-ekspresskan rasa kehilangan org depan mejanya.. org yg sama, beliau, sifu kami.. juga tidak lepas dgn rasa kekaguman dgn sifu kami itu. :)

pagi, satu ari minggu lepas, saya menjejak kaki ke bilik tmpt sifu kami selalu 'bertapa' , C301, jangkaan saya, bilik tu dah clean and clear... rupanya tidak. byk lagi barang2, yg xpasti milik persendirian beliau atau milik jabatan. tp setidaknya, bilik itu, banyak simpan kenangan...

khas, utk beliau..

January 05, 2010

ud



salam semua.. yey! bertemu kembali diruangan ini.. arap2 semua pendengar ceria2 selalu.. opss, maaf, sedang berimaginasi menjadi seorg deejay.. hahah tp xtipu, saya penah bercita2 untuk menjadi seorg penceloteh, ala2 deejay, ataupun paling minima jadi suara latar bagi cerita2 animasi, mcm doraemon tuh.. agak2 seswai tak??? kalau nak tinggi sket, imaginasi tu penah la jugak bercita2 mau berlakon teater.. filem atau drama tanak.. heh! udah, hentikan sblm ia menjadi lebih melampau..

ud tentang majlis pertemuan atau penyatuan dua hati.. (ud shortform utk update).. :)
sebenarnya xbyk pun ud atau perkembangan itu, kalau ada ratings la kan, saya la bakal dinobatkan bride-to-be yg paling sempoi, giler rileks, sedangkan byk benor yg x terlaksana..confirm kalut malut hujung waktu nanti.. sungguh, giler blurr, xtau la nak susun mcmana..

ud tentang kad kawen.. last week mungkin sy ada bgtau, sy nak settlekan pasal kad, maklum la, dah kurang 3 bulan, nanti xde kedai yg sudi nak terima tempahan, xpasal2 jemput mulut je sume org. xke naya.. hehe smalam, monday, 4 jan, smpt la g 2 buah kedai area kuantan ni..mencari kad yg seswai dgn idaman hati n paling penting seswai ngan bajet. satu kedai tu kat jalan teluk sisek, lupa nama kedai.. byk sgt pilihan, ada yang berkenan, tp out of bajet lah.. yg affordable tu ada, tp kena revise balik.. so, peg la kedai lain..dekat area IM, pastiseni kot nama kedai tu. en cck ada berkenan tahap max dkt satu design tu, tp saya pulak rasa kureng.. ehmm... tgh2 proses berbincang mana yg ok.. tp, hati sy mmg uarkan kena g tgk dulu kedai lain. kalau ikut makluman kawan2, ramai mencdgkan DIY la zuriani kad tuh, n yg kedua, tempah kat kl. xdinafikan KL nye kad mmg jauh lagi murah dr kuantan punye. tp kos lain kena amik kira jugak. DIY lak.. alahai, tangan ni xberseni la nak godek2 software2 tertentu. xtau la kalau last minute ada idea. ohh, sy sgt kagum ngan bride-to-be or pass-bride yg DIY kad2 nih.. credits to all of u..

ud tentang permohonan bernikah.. masing2 dah amik borang, yg en cck nye dah isi, sy nye belum lagi.. xtau bile leh isi. sbb rasa mcm bykkkk sgt menda nak kena settle bab borang ni. dah la setakat ni, dlm sy nye borang tu xdikepilkan sekali borang utk HIV Test tu, tak ke sy kena balik buat di KK area dungun sana?.. aihhhhh.. soal wali, insyaallah, ayahanda la kan. saksi pulak xtau lagi sapa. tukang nikah nye mak saya dah tanyakan kat tok imam tu. di pesannya suruh isi borang dulu. yg lelain tu camana? akuan bujang la, teruna dara la, kebenaran berkahwin lah.. ishh, kena bukak balik kitab utk producer (eh silap, prosedur) yg sebetulnya.. pening lalat sungguh... :P

ud ttg alatan kawen.. dah berjaya book pelamin, hiasan bilik tidur n makan beradap sume butik perkahwinan di dungun, tp ikut hati rasa malas nak ada tu sume.. hehe confirm last minute nanti rasa nak tukar lagi. deposit baru bayo 10%. hmm.. alkisah, en cck dah beli baju utk akad nikah kan..baju saya kebtulan xde yg seakan2 warna baju dia (dikedai yg kat dungun tu) so kena cr baju nikah saya kat kuantan. rupanya, agakan sy senang nak cr baju sy tu silap. hehe step yg betul, cr baju si pompuan dulu, baru beli baju si lelaki.. songsang sungguh! mujur, ada satu butik di kompleks teruntum, jumpa yg sesuai n matching ngan warna baju en cck. n mujur en cck suka design baju tuh. 2 kali gak g kedai tu. tp kali ke-2 g, sy mcm berkenan dekat warna lain lak utk akad nikah.. ermm.. dalam pertimbangan utk tukar. tp mslhanya, kalau akad nikah di umah sy, mcm contra la ngan warna basic pelamin. so pas akad nikah, xleh gatal2 amik gmbo berlatarbelakang kan pelamin tuh. kalau akad nikah dpt di laksankan di masjid, ok la amik warna yg tu..
NIKAH: yg dah book, kaler light blue.. tp yg saya berkenan lak skang PINK! aduii, sy larut melihatkan design baju pink tuh! terus koya, sy comel dlm baju itu. perasan.. maaf.. :)
UTK DUDUK DI PELAMIN n SO ON: warna hijau
MAJLIS BERTANDANG: cream
ni belum masuk warna kat hantaran..belum decide.. cian betul..

ni la saya maksudkan td, gile relaks, smpi soal warna, soal basic pun xde pendirian.. mengong betul.. xtau la bila bleh tune. jd, sila jgn tiru sikap blur saya ini..

ud tentang favor bag/door gift/goodies bag: insyaAllah, hajat dihati mau memberi sedikit cenderahati, 2 dr tu dah confirm, tinggal nak beli atau booking. lg satu dlm proses survey..

byk g xpk... bunga pahar, TQ tag, gubahan, kanopi, benda2 touch up.. bunga pahar tu wajib ada ke. kalau xde sanding, xde renjis air mawar tu, boleh x saya nak kecualikan bunga pahar tu. ishh confius. pastu kan, cenderahati utk tetamu keluarga sblh bakal suami nanti, wajib ke saya bg yg special sket.. hmm.. kena fikir tuh...

haaa, itu je la smpt ud dalam tmpoh bebrapa kerat ni... doakan la, moga sy punya kekuatan utk settle semuanya...

mlm td, sy terkedu, utk kesekian kalinya.. pesanan en cck 'zu..dalam kita duk sibuk2 buat persiapan ni, jgn lupa baca buku agama..' ....

sekian. jaga diri

January 01, 2010

a new day

salam.. entry pertama utk thn baru 2010.. :)
mcmana ari pertama di thn baru anda? 
saya biasa2 je.. menghabiskan masa dengan santai di rumah..
main2 ngan adik.. tgk tv.. main game..

lagipun di dungun ujan lebat mencurah2.. menyambut thn baru.. xtau la banjir ke tak di kawasan rendah luar sana.. 
petang td kuar makan ngan family kat luar.. makan ikan bakar.. dah lama xlalui momen makan bersama2.. mengadap laut pantai teluk lipat, yg agak bergelora.. saki baki musim tengkujuh barangkali..


esok dan hari berikutnya, akan memula kan agenda utk thn baru.. nak hantar adik bawah saya menyambung belajar.. wah, esok nampaknya kena bangun pagi2.. dlm planning mau singgah genting highlands dulu sblum ke kl.. insyaallah, dpt naik cabel-car again and main2 lagi kat atas bukit sana.. :) sume oke kalau ditanggung ongkos nya! hehe



utk adik saya: selamat belajar dgn baik, dan score pointer yg bagus.. ;)

semester jan 2010 siap sedia menanti saya..
dah dpt jadual pun.. :) 
sem ni kena rancang betul2, supaya bulan mac nanti saya dpt bercuti kawen dengan aman dan lancar.. sungguh, saya berdebar utk ke tarikh itu. agak serabut ttg persiapan, sampai hilang mood nak berfikir.. aduyaiii.. 
biarla..slow2.. 
Ya Allah, permudahkan urusan kami.. :)



jumpa lagi minggu depan.. have fun this weekend all!!