11.53 tghari waktu tempatan(waktu di dashboard cck), sy on da way balik ke ofis (teman encek cck lunch diluar), dia dpt panggilan telefon menyatakan ada meeting bersama peg kesihatan di bilik persidangan POLISAS, dr bunyi suara pemanggil, bunyi mcm serius, dalam hati boleh meng-agak keputusan ujian darah mereka yg disyaki dr polisas dah kuar.. dia diminta hadir bersama.. agakan kami sama, ada yang positif...tp dlm hati masih menaruh harapan, it isnt H1N1...
12.10 tghari, baca pesanan ini di ym sy..
mazliana alias (8/6/2009 11:29:58 AM): Berita terkini.. POLISAS dah ada 1 kes +ve H1N1. (sumber admin) peg dr jab. kesihatan teleh call puan zubaidah mengesahkan hal ini. Meting peg kesihatan bersama dengan pengarah akan diadakan pukul 12 tgari nanti berkenaan hal ni.
segalanya milik Tuhan yang Maha Kuasa...bermacam2 teori dan anggapan..dan tidak ketinggalan, ttg soal cuti staf..
encik cck yg berada dlm meeting tersebut xputus sms sy utk bgtau berita terkini ttg H1N1 ini, sehinggalah..sms yg dy terima jam 12.43tgh..
5 sample yg diambil utk diuji..kelima2 positif di polisas ni...
yer..dah dpt jawapan pun selepas hampir 6 hari menunggu.. dan sebagai langkah keselamatan, staf diberi cuti sehingga ahad ni.. dan petang td juga, jam 2.45pm, meeting bersama KJ berjalan, kami diberi penerangan ttg pandemik ini..
sy terfikir, apakah ujian kami akan berakhir di sini? bagaimana dgn minggu depan, bila mana student akan kembali mendaftar..usai meeting, bilik staf hampir kosong, kerana sume mengambil kesempatan pulang.. n mostly, balik kampung memandangkan cuti jumaat..sy bagaimana? dalam hati masih was-was bolehkan sy pulang ke kg tanpa membawa virus itu..atau dgn kata lain adakah sy berpotensi menjadi pembawa yang positif spt mana ulasan KJ sy td.. sy mohon, diberi kekuatan dan dijauhkan dr virus itu...dlm hati, selagi menjaga kebersihan, pakai mask, cuci tangan, chances utk dpt virus tu kurang...bantulah hambaMu ini Tuhanku..
dalam hati juga..terigt student polisas yg kronik tu, yg telah diwardedkan berhari2 yg lepas.. erm..berita terkini, keadaan nya makin teruk, menurut pemberitahuan en cck, makin parah.. itu jam 6pm td.. seolah-olah terbayang2 dia di atas katil..moga Allah kuatkan smgt dia nak melawan virus yg ada dlm tubuh dia...
apa hikmahnya ya dr semua ini..
No comments:
Post a Comment