(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

April 23, 2014

babywearing make easy :)

assalamualaikum wbt :) :)

it is my 410th post. yeayyyy!

 












jumlah pengunjung saat post ini di taip.
terima kasih.

:)

tak pernah kongsi pasal babywearing kami di sini. saja je la hari ni nak letak pic babywearing adik nurin zahra utk setahun pertama dia.

 nak kata bagi review pun tidak la, sbb entry tergesa2. kiki

jenis carrier : soft-structure carrier
brand : action baby carrier
price : rm375
boleh tampung berat baby sehingga 18kg
kedudukan : tummy-to-tummy position & back-carry



 si adik dalm ssc
kakak dlm stroller

syok 2 2 tido..

 tummy-to-tummy position
:)


 post yg paling comel di mata saya 
:)


 apa yg si pemakai bw ni paling suka, ialah...hands free.. anak pun cuci mata tgk mak/ayah buat apa, dan mak/ayah pun masih boleh buat kerja mcam biasa. shopping la cth nya. tp di rumah, pernah juga bila si adik tak mo duduk layan diri, sy juga bw dlm rumah..

dulu masa dalam pantang, tetiba wording 'babywearing' dtg menerjah.

masa tu duk tgk you tube shj.

3 jenis babywearing gear yg saya tau:
ring sling
wrap
soft-structure carrier

kemudian baru jumpa group fb

di sini saya senaraikan, mana tau boleh membantu

FSOT BW

 jom gendong

1203 Kids Boutique 

 

   saya beli di sini
Sushibee BW

fb sushibee bw kota kinabalu

memula nak memilih mana satu yg sesuai tu mmg masalah juga. sbb tu kena rajin baca review dekat group atau blog mana2 yg terjumpa. dan satu peringatan jgn beli yg fake tau... sbb ada kes buckle tercabut masa carry si anak.. huhu

ada juga yg terjual di pasaran, jenis carrier yg anak mengadap ke depan tu. dr pembacaan yg tu jenis yg tidak di galakkan sama sekali. tgk bentuk paha anak. sepatutnya M-shape. sbb tu kalau search, ssc yg sohih, hnya ada 2 posisi. takpa, sblm beli, baca dulu review dr group tu.

mcm kes saya, dah beli ring sling jumpsac dah pun sbnrnya..tp x reti pakai, dan masa nak belajar pakai tu, mmg ada sifu di group yg lokasi berhmpiran saya pada masa dalam berpantang tu, tp ada aje penghalang yg nak jumpa2 tu.. sudahnya tersadai la ring sling tu.

balik kk, baru search lg detail. tp terus decide ssc. saya mula dengan sewa dulu selama 2 minggu. then hubby pun setuju. saya beli la satu.. hehehe


cuma, nak up satu isu di sini, adalah sangat normal, once u carry anak, org sekeliling tak akan malu2 cakap 'mcm rupa org indonesia' dan dan jgn pelik kalau org yg cakap tu dtg dr kaum kerabat sendiri. hihihi itu luahan yg selalu bleh dijumpa dr group fb tu. hehe takpa, benda baik selalu akan ada org dok ngata. spam la wall sendiri dgn gmbr2 mat salleh bw lah. biar terbuka sket minda tu.. 

tp saya lebih juga idea suami. abaikan. ignore shj. sbb tu ant saya dan dia, dia lg byk carry anak, walaupun corak carrier tu xde mirip yg lelaki sesuai pakai punn.. taapii sbb dia suka boo layan, jd carry je la anak. betul jugak, kalau nak fikir cakap org, bila kita nak merasa carry anak. buh dalam stroller pun bukan semua tmpt pun bole lalu. org nak naik eskelator pun susah dowwww.. heheh

:)

jgn risau ye mummy, as long as, your baby is safe, near to you, keep up on babywearing. 
insyaAllah.

naaa, gmbr curi dr group fb.
happy babywearing moms and dads.

 

April 16, 2014

homeschooling activity - bhgn 1

assalamualaikumm..

hoyeaa..hoyea.. update blog.. kekek

jarang sekali berupdate.. abih camno?

my nisrin setahun sudah menjadi penghuni rumah.. tidak ke sekolah, taska, daycare.. alhamdulillah kesihatan lebih baik berbanding tahun 2012. kalau tahun 2012, demam setiap bulan - acara tumbuh saki baki gigi, berjangkit di taska (hadhanah), kurang usia nya dari 2 tahun, dan lain2 faktor. tp alhamdulillah, 2013, semuanya improve. kecuali paling berat semasa diaorg cirit birit masa balik raya..

jadi terfikir jugak, apa la sumbangan mak nye sepanjang dia dirumah.. improve tak dr segi skill... kalau nak cakap pasal belajar, cuma melalui buku..tak lama lepas tu, guna you-tube.. abc.. jawi.. lepas tu skil mewarna yg kadang2 je dia layan..

hingga laa late ly, baru rasa macam terbuka minda tentang - homeschooling activities.. :) itupun selepas ada mak mak share dlm blog, fb.. saya pun ada add fren page homescholling fb tu.. 

jadi sekarang tgh masuk dlm list - homeschooling activity yang sesuai dengan usia nisrin.. paling sesuai di umur dia skarang la kan.. - dah boleh faham arahan, dah boleh ikut cakap kita..

aktiviti 1.
paling senang!

err, pada saya masa lagi dikira homeschooling.




  
yaa, you-tube activity. my nisrin hafal abc sejak dengar phonics song di you-tube. kemudian belajar colour and shape. cuma sejak dia tau ada keluar byk choice dekat tepi2 tu mula dia nak tgk macam2.. cerita cars, pada zaman dahulu, easter eggs, dinousour.. dan di sebabkan dah adik, dan si adik ni pun suka menyibukkan diri, sampai gaduh2 depan lappy, umi pun bagi la sorg satu...selalunya bila umi kena siapkan keje rumah, mmg kena bg sorg satu..bila dah settle, baru boleh melayan skali..sbb sambil tgk sambil kena ada action..kena cerita.. adik skang, dah belajar sb aaa aaa bila dengar phonics song abc tu.. hehehe
kakak nisrin dalam proses hafal alif ba ta.

yaa, semua nya visualise.. belum betul2 kenal.

next step, dalam bayangan, nak buat kelas mengaji.. lepas magrib, duk la bersila, meh kita mengaji.. tp selalunya lepas magrib tu la nak lentok dulu anak2 ni.. yg adik tu nak melekattt.. umi, kalau postpon, mau nye nak melayan..ngantuk, penat semua bercampur..nak masak, makan, kemas2 lagi.

ok hold dulu kelas mengaji, cari dulu iqra' :)


aktiviti 2.

bebaru ni setting bilik khas utk anak2 main. ada tilam, teddy bear semua lonngok situ. lps tu ada kolas khas. haaa punggah la korang. cuma tang dinding masih lagi kosong..kosong..kosong..

aktiviti ke2 , homeschooling activity - DIY Wallpaper.





disebabkan mak nya bukan la seorg yg kreatif, idea yg sebegini je la ada.

hari pertama ajak anak2, si adik sibuk nak telan gam. si kakak excited jugak tgk umi dia gunting2 dan mintak dia tampal.. tp kenaaaa sabarrr sgt tgk si kecik adik tu yg balik2 nak suap gam ke mulut.

hari kedua, kakak nak belajar gunting2.. tp umi belum percaya lagi nak bg.. si adik, dah belajar nak sapu2 gam... tp yg tak tahan, pantang kita tampal, dia sibuk nak tarik balik.. 

tu yg hasilnya, buat sikit2.. kira projek terbengkalai la kot.. hehehee


aktiviti 3.

yang terkini.

tetiba blink blink. nak intro nisrin dengan watercolour. :)



 


nisrin mmg hv fun, amaze dengan hasil. sebelum tdo request nak buat ni. bangun pagi esoknya mntk lagi.. hehehe cuma next day, kalau nak buat kena cari idea lain. contoh, cari daun yg ada corak2, letak water colur kat daun, then tekap. sbb di khuatiri kalau pakai idea sama, guna tangan atau penekap yg sama, nanti cepat bosan. hasilnya saya tampal dekat play room mereka. dari aktiviti ni, sy recognize, si adik ni jenis penggeli. tiap kali kena watercolour kat tangan dia, dia marah2, tandanya suruh lap, basuh bg hilang warna. nasib pilih yg betul, semua tanda tu hilang. heheheh dannn bersyukur sgt nisrin tak secomot yg saya sangka, dia tak sapu pun dekat rambut atau baju dia semua warna2 tu.. keke









seronok sebenarnya aktiviti ni.. tapi perlu datang dengan sabar nak melayan kerenah semasa buat aktiviti2.. 

:)

ok la panjang usia, kita sharing2 lagi..

take care

April 11, 2014

menggapai impian



dalam mencapai, mengintai, menggapai cita-cita.. ada checklist yg kena ditulis, dihayati dan ditanda..

ada usaha kecil yang perlu saya buat utk capai satu misi kecil.. dateline, june 2014.

doakan ye berjaya..

aamin.. aamin..

kadang2, impian selalu penuh dalam lakaran akal.. tapi selalu saya tak jumpa masa yang sesuai untuk mengorak langkah dalam mencapai impian tu.. maksudnya masih kurang cekap pengurusan masa utk diperuntukkan khas utk mencapai impian khas tu. at least, setiap hari, mesti ada usaha yg saya semai utk capai impian tu. hari ni, apa usaha awak ye zuriani?

saya dah ada plan A, dah ada plan B.. tp masa..masa..masa.. huuhuh

well, pengurusan masa yg efektif juga kena jadi salah tu misi kecil dalam agenda seharian. to cope well with kerja hakiki, masa ibadat, masa makan, masa utk anak2, family matter, kerenah suami, masa utk rehat..dannn kena ada masa utk capai misi dan impian.

:)

how la mummies semua urus masa? sgt bagus kalau well-balance cope. yg ada bisnes tmbhan lagi la kan.  

kdg2, selalu harap2, wahai anak2.. bole tak tido awal... umi nak ngadap itu...ngadap ini... nak sangattttt.. tp harapan tinggal harapan la.. selagi tak tgh malam, mata tu mcm ada batang mancis duk menongkat..last2, umi pun tertido dlm mengharap.. moga esok, boleh umi buat usaha utk capai misi dan impian comel.. huhu hehe haha hihi hoh!

:)

tengokla nanti, dah tercapai, bole kongsi2 dekat blog sendiri.. 

till meet again soon.

sbb dah masuk april, itu yg kena capai juga satu misi kecil nihhh
 

April 01, 2014

berblog boleh hilangkan penat?.. mangkali..

assalamualaikum

welcome april 2014.

life must go on in whatever path we are in.

tajuk post bunyi mcm satu rungutan pun ado kan? baru efektif sejak beranak 2 nih.. huhuhuu

mangkali = barangkali kuikui

iya lah, setiap hari yg dilalui dr pg sampai ke waktu tdo, perkataan penat tak pernah segan silu nak pergi jauh2.. makin dtang rapat ada lah..

takpa lah, seringkali pujuk diri, masa diaorg kecik2 ni la, diaorg nak manja2 ngan umi..sob..sob..


hari ni. secara rasminya bermula 2nd quarter 2014. kena ada improvement drpada 3 bulan yang telah berlalu. tp dihitung2, hajat, azam, yg sebenarnya tak tulis pun lagi untuk tahun ni.. ada la satu dua, nak buat ini, nak buat itu..tp sebetulnya, kena catat. catat la di mana2, diari..blog...note.. tiap2 hari kena pandang2, jeling2.. moga terlaksana. ok to be truth, dalam sebulan dua ni kena capai satu matlamat, tp efeknya mungkin hanya utk diri sendiri. later on baru boleh kita pasakkan niat utk kebaikan sejagat. hint #printerbaru heheee

hajat kecil lain.. moga terus dpt menyusu si cilik nurin zahra.... dapat g konvo.. yg lain2 tu, kena renew dr masa ke semasa..



makin besar dah puteri2 saya.. makan dah boleh berjemaah..berebut mainan pun berjemaah.. mandi pun kadang2 berjemaah..

:)







funtime adik nurin zahra.

:)


March 13, 2014

hari ini, genap 4 tahun..




 assalamualaikum.. dear sweet page

finally it comes to another day - day with beautiful meaning - with hope of blessing, joy, and any sweet things.. 

13 - mac - 2014
been 4 years already with him..
blessed with two ladies..

nisrin zhafrah born before we celebrate our first anniversary
nurin zahra iffah born before we celebrate our third anniversary

TQ Allah..

jatuh bangun saya, sedih gembira saya, suka duka saya, semua saya lalui dalam hidup ini.. berharap lagi dan lagi, kehadiran seorg suami, dpt mendewasakan saya..





kami nak selfie.. hehe

 

March 11, 2014

setahun sebulan ++ my cilik..





assalamualaikum..

presenting my latest cilik, nurin zahra iffah.

sekadar berkongsi pengalaman bersama anakanda ke2 ini. dah mencecah setahun sebulan ++.

dr kaca mata si abi, anak kami yg ke2 ini, lebih cepat, lebih pick-up dari kakak dia, pada masa seusia kakak dia dahulu.

rezeki Allah, adakah kerana, dia anak ke2, punya encouragement yg baik dr kakak, cepat belajar dr kakak dan sorrounding, maksudnya, apa yg kami ajar kakak, level yg lebih tinggi dr dia, dan dlm masa yg sama dia turut belajar.. atau adakah kerana, dia mendapat titisan emas - susu ibu.. atau apa2 sahaja. :)

semuanya bermula dr ibu bapa. rajin2 mengolah aktiviti utk belajar dan ajar anak2.

di sini, sikit perkongsian saya tentang perkembangan baby cilik nurin, dr pengamatan saya.

1- tudung, keterangan gambar di atas.

gambar pertama, sewaktu sesi santai si abi dengan anak2. saja2 di pakaikan tudung milik kakak nisrin kepada dia. selalu dia akan cepat2 buang, tanda rimas. mlm tu, si cilik zahra, maintain kekalkan tudung. mungkin sbb ada abi pakaikan beg fav di belakang tu. mirip kakak. cerita santai abis di situ.

esoknya, sewaktu sesi lunch hour break, mcm biasa, mmg sy akan pulang ke rumah. kebetulan maid sedang lipat baju dan tudung2 kakak nisrin. spontan.. my cilik zahra, dtg dekat smbil pegang2 tudung, dan hulurkan pada maid.. digoncang2 tudung.. maid dah boleh agak, si cilik sy mintak dipakaikan tudung.... subhanallah.. bergetar hati....

di ambil lg tudung ke2, disuruh pakai kan lg.. 

sikit kesimpulan saya, anak2, bila dah mencecah setahun, kita boleh ajari dia, level yg sedikit tinggi.. dah bleh belajar tentang skill kehidupan.. belajar baca buku - tanpa dia koyak.. dan mcm pengalaman saya, dah bleh ajar pakai tudung...

indahnya petunjuk Allah kali ini...

2-makan

homemade food utk dia mmg buat saya rasa lain sgt sewaktu nisrin. nisrin dulu, saya cuma bekalkan waktu pg.. lunch dan petang mmg bs sy yg masakkan.. tp lain dengan cilik zahra.. mmg totally saya.. paling comel, kalau saya balik kerja dan bawak plastik berisi apa2 pun, laju dia dtg menadah tangan, tandanya mintak makanan kudapan.. bila dah dpt, lari la dia menikmati makanan tu.. selalunya roti, kuih, biskut.. 

di waktu lain, kalau dia nak, mmg main tunjuk2 dekat bekas.. 

di usia setahun ++, dah boleh ajar dia makan pakai sudu.. minum guna straw.. saya masih dalam proses.. selalu nya kalau dia cedok sendiri, sikit je la kuantiti makanan yg dpt..  

3- tampal sticker

satu malam, terfikir, nak ajak si cilik zahra main tampal.. sticker tu kita remove dr buku... kemudian cari page, tunjuk dengan jari.. bilang saya.. ;adik, tampal sini.. 2 3 kali ajar terus dia bleh buat sendiri.. smbil cerita, apa keterangan gambar.. 

ya Allah.. mmg sgt puas.. tq Allah... :)

link video : cilik zahra tampal sticker

4 - arahan

kalau nak bawak masuk bilik.. arahan sy mmg ringkas, tp sekali dengan action, buang baju seluar.. dia akan fhm, tu tandanya masuk bilik air..

last night, perasan lg satu respon.. tanya saya, adik.. mana botol adik.. reaksi dia mmg tunjuk botol air.. smbung saya.. itu botol air.. botol susu mana?.. terus jalan ke arah meja, tmpt letak botol susu, terus dia di capai, bg pada saya... momen yg sangat sweettttt..

alhamdulillah.. wahai umi abi, rajin2 laa explore, apa lg aktiviti yg boleh di buat bersama dgn anak2....

one year old n plus plus baby, mmg akan bg feedback yg sangat baik... kerana sewaktu ini sel sel otak dia berkembang sangat baik...

:)

dear frens, keep on praying for MH370, anywhere it goes, it landed.. hope they all is in good health.. aaminnnnn..

 

March 08, 2014

bebelan pagi


assalamualaikum maccccccc

tiap kali sampai aje bulan mac, bagaikan ada hari yang mesti diingati. 2 tahun di atas merujuk kepada 2 tahun sudah kami berada di bumi kota kinabalu..

merenung2 dlm tempoh 2 tahun ni apa yg saya belajar ye? ada apa2 tak yg improve diri?

sambung merenung lagi..

2 tahun di sini, alhamdulillah, kesihatan diri baik,, nikmat kesihatan laaa yg boleh dikatakan paling beharga.. alhamdulillah.. kalau tentang balik kg, jenguk ibu bapa, sudah tentu bukan sekerap sewaktu di semenanjung dulu, tapi, masih tetap ada peluang. 2012, 2 kali balik sana.. 2013, sekali, 2014, setakat ni baru sekali.. mak ayah n adik2 pun ada mai sini.. 2 tahun di sini, banyak lg cebis2 bekal hidup sy belajar...2 thn di sini, Allah bg saya satu lagi rezeki anak perempuan.. kalau tentang kerjaya, langkah seterusnya, moga dapat pengesahan jawatan memangku gred 44 ni.. kalau tentang pengajian, alhamdulillah, saya dah berjaya selesaikan thesis.. ini antara anugerah terbesar setakat di sini.. :) selain tu, hidup mcm biasa la.. sekarang suka explore ttg baby food,, byk dah buku resepi menu cilik.. mengatasi passionate semasa gila bercd.. hehe

apart from all, saya mmg punya orang2 yg menyokong saya,, suami..byk belajar mcamana nak handle rencah kehidupan.. ibu bapa.. kawan2 jauh dekat.. anak2.. adik2 didik... terigt kata2 seorg teman yg jga arahan pindah ke sini.. bilang dia, hanya student aja yg buat dia rasa sedikit kuat.. tears,, betul.. semasa mengajar..semasa bekongsi ilmu.. bagaikan ada sesuatu yg Allah mudahkan.. mereka buat sy tak rasa saya jauuuhhh dr kampung halaman.. semangat utk tgk mereka belajar sesuatu dlm kelas kita.. Allah kan Maha Mengasihi.. Allah tarik semua pandangan mata kehidupan sy di kuantan,,, Allah ganti yg lain.. 



siapnya thesis syatas keizinan Allah dengan bantuan adik, sokongan moral suami dan bonda, bagaikan menyiapkan satu diari penuh semua kenangan saya bersama seluruh warga master engineering saya ni... kenangan bersama classmate, ruang belajar, pensyarah, kewangan dan masa2 yg sy tinggalkan keluarga.. :)

insyAllah, pjg usia, merasa sambung belajar lg tak ye?? heee



yaa, her bento! subuh2 suka challenge diri, berperang di dapur.. heeee

terpaksa stop sini dulu.. waiting 12 mac to come.

terima kasih sudi baca titipan nota hati saya.. :)