(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

December 31, 2018

selamat melangkah ke tahun 2019



Assalamualaikum

lama sungguh tak bersiaran

hari hujung tahun 2018, saya nak ambik peluang update la blog.. penutup tahun 2018 katanya..

semoga yg baik2 pada tahun 2018, dipanjangkan lagi ke 2019.


sungguh kan, terasa cepatnyaaa masa berlalu.




nak fast update utk memori 2018.

bulan mei 2018
bersalinkan nuha mikayla

Image may contain: one or more people, people sleeping, baby and closeup   

37 minggu 3 hari
3rd ramadhan

banyak lagi umi kena ganti puasa ni

hehee

syawal pertama ber6

Image may contain: 4 people, including Nur Zuriani and Mohd Zulkifli, people smiling, people sitting and indoor

umar mana umar.. hehe nampak tangan je

terkini baby bongsu kami , sudah 7 bulan..




nak parking sini juga, memori bermakna

Program Rainbow Playgroup ke3 kami
22 disember 2018 lalu

sungguh, saya ralat, xda post yg saya kongsi tentang program comel ni..


bermula dari persiapan menuju program, pemilihan ajk dan fasi, pemilihan bahan untuk program, semua Allah mudahkan.. 



venue program - Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu 

fasi program 


buku guest book - feedback dan komen2 parents peserta


 peserta program
seramai 30 orang



 playarea kami


rindu...


penutup program

insyaAllah ada masa saya akan recall balik Playgroup tahun 2017, untuk parking dalam blog saya ni..

next,
menuju 2019

saya doakan yang terbaik untuk semua

selamat mencapai misi dan visi

mohon doa, kami sekeluarga dapat pindah balik ke semenanjung

jom.. 


my nisrin -- 31/12/2018 sambut birthday ke-8 tahun 
lusa insyaAllah nak mulakan sesi persekolahan darjah 3

my nurin -- meneruskan pembelajaran di kelas Pra Tahfiz Little Caliph

my umar -- masih unformal schooling dirumah hehe

my nuha -- di rumah juga

kawan2,
selamat tahun baru 2019


last
buat yg rindu...

hehehe

September 26, 2018

Buku Cerita Best Ziyad and Tiger Adventures Animal from the Quran

Assalamualaikum..

terima kasih.. blog saya ni masih lagi ada yg sudi klik..klik.. baca..

kan bagus sangat, kalau di setiap bait ayat tu, memberi manfaat buat semua.
insyaAllah mudah2an...

post kali ni, nak mulakan dengan soalan..



alhamdulillah.. banyaknya pilihan buku buku yang boleh ibu ibu miliki dan baca bersama anak. 

kali ni, saya nak kongsi satu buku dulu.

Tajuk Buku ni : Ziyad and Tiger Adventures 'Animals from the Quran' 

Koleksi buku : Aulad Read And Play
Genre Bahasa : Bahasa Inggeris
Penulis : Dr Anayasmin Azmi FB Penulis




cerita ini mengisahkan watak budak lelaki bernama Ziyad bersama haiwan kesayangan - Tiger, mengembara dan mengenal fakta fakta berkaitan penciptaan haiwan yang disebut dalam al-Quran. 

boleh dapat banyakkk pengajaran penciptaan haiwan2 ini dan juga boleh tahu fakta sains. apa yang menarik dalam buku ini, ada surah juga di masukkan sekali. 
seronok tauuu!

jom tengok lagi gambar2










dah hayati gambar2?

alhamdulillah. seronok kan.
harga buku ni cuma RM18 tau. kos pos RM8 sebuah buku dalam semenanjung.

jika berminat sudi2 whatsapp saya di
http://auladstorybook.wasap.my  klik link

terima kasih







September 12, 2018

SIRI MUDAH BACA

Bismillah

Assalamualaikum wbt

nak kongsi satu siri buku yang bagus untuk anak -anak yang baru pandai membaca. 


SIRI MUDAH BACA

  • merupakan siri bacaan asas yang dirancang untuk membantu kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas mengukuhkan kemahiran membaca. 

  • Buku-buku di dalam siri ini disusun secara berperingkat mengikut tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. 

  • Perkataan di dalam Siri Mudah Baca terdiri daripada kumpulan dasar kata yang kerap digunakan dalam pertuturan kanak-kanak.

  • Setiap perkataan diperkenalkan secara berperingkat dan diulang pada peringkat seterusnya.

Siri Mudah Baca ini sesuai digunakan di tadika mahupun sekolah 



jom tengok gambar ye 




🐬 buku wajib milik ni tau
🐬 setiap set berbeza tahap penggunaan konstruk kata
🐬 tau tak, pemilihan perkataan dalam buku ni terdiri daripada kata dasar yang kerap anak2 guna
🐬Setiap perkataan diperkenalkan secara berperingkat dan diulang pada peringkat seterusnya.
🐬 ilustrasi menarik ❤️

ok jom tengok sisipan gambar sebelah dalam buku pulak

set 1 - mula dengan suku kata mudah


set 2 - ada pertambahan penggunaan konstruk 
kvk


set 3 - semakin tinggi tahap dan panjang ayat



set 4 - ayat dalam perenggan

yang penting, nak bagitau

SET SIRI MUDAH BACA ni laku keras tau

ok harganya pula

Retail price satu set ialah RM50 (selepas beberapa hari nanti, akan naik sedikit harganya dek kerana SST)

pembelian kesemua 4 set sekali, dapat diskaun tauuu

jom, dapatkan untuk anak2

boleh whatsapp saya di talian berikut

www.wasap.my/60127934510/sirimudahbaca





February 12, 2018

masih ada yg igt tak? hihihi

assalamualaikum... 

sunyi sepi dah blog ni.. 4 bulan tak berupdate.. hehehe


harapnya belum terlewat nak ucap tahun baru 2018... semoga bulan2 mendatang 2018 berjalan dengan sebaiknya... semoga yg baik2 mengiringi kita.. insyaAllah... aaminnn

jadi camana laa januari 2018 hari tu? hihihi agak2 apaa laa azam yg dah tercapai utk januari ni ye.. saya belum.. malahannn azam pun tak jelas.. kih kih menjalani hidup seperti biasa... melayan2 askar 3 orang ni haaa


saya dan keluarga masih di bumi sabah... insyaAllah nak masuk 6 tahun dah ni.... doakan ye, boleh bukak buku baru di semenanjung tahun ni...
rasa nak balik dah ni... 

ni logo dekat tempat keje.. mcm2 pengalaman dikutip dekat sini.. yg harapnya makin mendewasakan saya...




gambar kejadian 31 disember 2017
my disember baby - sambut hari lahir ke 7 pada hari tu.. dan hadiah bermakna juga bila encik suami lulus cemerlang exam CCNA.. alhamdulillah..


anak kedua - sambut hari lahir yg ke 5 tahun.. alhamdulillah dah mula sekolah tadika di LC.. tahun ni kita usaha kenal membaca ye nurin..



anak ketiga - sambut hari lahir ke2 awal bulan feb ni... anak manja saya ni.. lagi rapat dengan saya berbanding si ayah.. 


itu je la nak update buat kali ni... 

sampai jumpa lagi..


October 16, 2017

Mengajar Anak Membaca?

Bismillah... apa khabar semua? harap baik2 saja...

sekarang di pertengahan oktober, mmg menuju akhir tahun 2017 sangat dah kan... mmg hampir hampir kabur, apa laa azam tahunan saya ye? heheheheh


tersasar landasan sudah ni..


azam 1 - nak ajar dan nak tengok Nurin pandai membaca.

sedih sedih...saya tak bersungguh mana pun nak cari masa 10 minit sehari utk pengukuhan ajar membaca... masih di konstruk 1 - sukakata terbuka. bahan bantu yang saya guna - bacalah anakku tapi buku tu sgt berguna kalau saya ni pandai dan jelas kaedah fonik - bunyi2 setiap abjad.. tapi, saya ni kategori belum cukup ilmu... ilmu cedok2 je lah..

tinggal 2 bulan lebih lagi utk saya tingkatkan ilmu mengajar membaca ni..


ni laa koleksi buku tu.. yang terkini di pasaran tiada lagi didtgkan dengan CD. hanya 8 buah buku, satu buku panduan dan set kad imbas.

nurin baru lepas buku 1.


kemudian saya switch ke buku Siri Cepat Baca milik kakak nisrin yang dia guna di lilte caliph.

ok sebenarnya ada nota nak parking sini. ttg buku bacalah ankku. saya copy dr wall fb Puan Nik Eliani, penulis buku ni,

Jangan TERTIPU.
Banyak ibu bapa beli buku Bacalah Anakku, terus buka buku, terus ajar anak. Sehari 2,3 kali ajar anak. Ibu sebut anak ikut, bapa sebut anak ikut. Waa habis BUKU 1 dalam SATU hari. Eh anak kita dah pandai membaca!
JANGAN TERTIPU. Itu BELUM dikira pandai membaca. Itu menghafal isi buku namanya. Ye lah buku Bacalah Anakku ditulis dengan sistematik; disusun daripada yang senang kpd yg sukar; drp yg sedikit kepada yang banyak, jadi mudah bagi anak kecil hafal.
STOP dulu.
1. Baca buku panduan yang diberi percuma bersama Bacalah Anakku.
2. Denganr bunyi2 huruf di SUPPORT CENTRE di www.readnetwork.com 
3. Potong kad2 huruf yang diberi percuma bersama buku
dan/atau sediakan kad huruf saiz besar Abu Ada Ayam.
4. Baca panduan asas mengajar di http://cepatmembaca.blogspot.my/2014/01/panduan-asas-mengajar-membaca.html
4. Ikut panduan asas betul2!

okey jom ibu ibu, kita chaiyok2..

boleh dengar dulu setiap bunyi2 huruf dan lepas tu kita praktik dengan anak.. utk gabung bunyi.

doakan saya kuat semangan.. tq tq ;-)

till next post, take care



October 14, 2017

Rindu keluarga dan link group telegram yang best

Bismillah,

Assalamualaikum my sweet page dan my honorable reader.. tq tq for drop by.

14 oktober, in the middle of moment yg sgt strugle nak kejar dateline berkaitan markah pelajar. suasana sepi dan sunyi di opis ni.. huhuhuhu

 sambil2 bukak blog.... sunyi dah kan dunia blog saya ni...bloglist yg saya follow pun byk yg dah tak berupdate.., makan bulan dan makan tahun.. 

sedih pun ada....kan... 

tapi takpe... insyaAllah selagi mampu, kita coretkan yg termampu dalam belog kita ni... hihihi


nak spam gambar family kecik comel kita.. gambar masa Raya bulan julai 2017 lalu... hehehe tema purple... masa ni Umar, baby kecik kita baru je pandai berjalan.. x sampai sebulan lagi berjalan.. 



bila up gambar family ni, maksudnya tengah rindu laa ni... huhuhuhu


bila nak boleh pindah balik ni? asyik merah je esis saya.
adoilah....


alang-alang update, ada lagi nak kongsi.

siapa biasa guna aplikasi Telegram?

saya mula guna atas sebab urusan rasmi - urusan kerja. Group official kerja JKE PKK beroperasi byk juga secara atas talian. group kursus yg di ajar juga melalui telegram.

bestnya Telegram ni (mirip whatsapp jugak) , jumlah ahli group mcm unlimited..gambar2 pun jika kita clear Cache, mmg tidak lagi di simpan dalam memori henpon.. insyaAllah ok.. dan mula2 dulu bolek akses dr komputer (whatsapp dulu tak dpt bukak ikut pc)..

cuba install tau.


seterusnya....
saya nak kongsi link group yg sgt bermanfaat. 


kalau dah install Telegram , link ni akan direct invite awak ke entrance group tu.

jemput join ye.


1- My BBM Sharing column
group ni saya sendiri admin - tempat saya panjangkan bahan bantu belajar yg saya rasa patut dipanjangkan untuk kegunaan bersama.. dan juga tempat saya kongsi bahan-bahan berkaitan parenting dan homeschool..


2- Resepi mengajar anak 3M

group ni adminnya cikgu Faridah Salleh, cikgu mengajar membaca. banyak bbm , nota dan tips. jemput join

3- BBMCIKGUAINOLADIBAH
bertemakan sama macam group ke-2.. jom join...


4- Lets Talk Mummies

bertemakan homeschooling dan Fonik, group kelolaan Puan Nurul Syuhada, jom ikuti life-schooling adik Amsyar. saya sendiri follow puan Nurul dalam nak belajar kaedah mengajar anak saya untuk membaca. 

ok 4 dulu. banyak sangat dah ni. join tauuuu

till then,
take care.



September 22, 2017

Selamat Datang 1439H

Bismillah

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, diberi kesempatan walau sedikit untuk mencoret sesuatu di laman kesayangan saya ni..

Hari ini, istimewa kan.... selami dengan mata hati.. moga yang baik2 mengiringi langkah perjalanan kita semua.. insyaAllah aamin..



selamat tahun baru 1439H buat semua yang mengenali saya.. di alam maya, mahupun dunia nyata.. terima kasih atas sokongan dan doa untuk yang baik2..

suungguh, doa saya yang sama untuk kalian semua.. terkadang2, hidup berukhwah ini punya momen yang sangat istimewa..



memetik kata-kata DMFK pagi ni di slot Sinar FM, tentang azam baru (saya ulas mengikut kefahaman saya)

misi, azam yang kita buat, boleh kita uarkan uarkan kepada orang sekeliling kita, sebaiknya bgtau orang tersayang kita.... suami, isteri, kawan2 yang berwibawa (yang positif), bgtau ibu bapa yang sudah tentu akan selalu doakan kita.... moga-moga dengan doa tadi, tercapai laa azam kita...

sebaliknya jika tersilap bgtau orang yang tak posotif, org tu boleh menjadi racun... boleh sabotaj azam kita pun ada..



jadi.... selamat berazam baru ye kawan2.... 


kali ni nak kongsi sesuatu dari yg saya baca



sumber : website growinghandsonkids.com

suka segala yang OT ni kongsi dalam web beliau
sangat awesome.

gambar tu merujuk kepada typical fine motor developmental milestone baby berusia 12bulan hingga setahun setengah
❤ 
ayat di bawah copy post fb je.. heheheh

saya ambilkan gambar ni utk kawan2 yg ada anak usia sebaya ni 12bulan hingga 18bulan 
✔ boleh bina tower stinggi 2 blok 
✔ tepuk tangan (umar nak masuk setahun 7 bulan baru pandai tepuk betul2)
✔waves goodbye
✔ boleh cedok objek guna sudu (umar suka cedok air je huhu)
✔ bangs objek (xtau nak translate - bang mcm bang bola mungkin atau lagakan objek)
✔ boleh letak objek kecil ke dalam bekas
✔ scribbles - conteng guna krayon pd kertas (umar lebih suka dinding; setiap hari akan bertambah seni tp suka hanya pada satu tempat je

boleh tgk dan stimulate baby2 masing2

nak kongsi jugak, sy pun baru juga ajak umar main blocks, mula2 tu main campak2 je,, tapi lama2 dia bole ikut arahan..boleb bina shingga 6 blocks high

cuba tauuu



ok sekian sharing..


take care
till meet again