(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

March 04, 2012

rindu......

terapi minda ini sudah seminggu lebih ditinggalkan..
rindu menerjah..
si anak jugak bagaikan mengerti setiap kali lepas mandi, dibeleknya dd berkali2,
mungkin berbeza dr kebiasaan..
kdg2 timbul rasa tidak sabar mau ke sana, saat smpinya barang yg di'ship'kan,
kotak pakaian baby dulu pastinya akan di cari..
saat itu juga terasa mahu memeluk cd-cd anakanda
betapa rindu nya pada hobi yg satu ini..
bertuah ibu2 yang mampu bercd jika dalam keadaan saya sebegini.
kan?


ini, basuhan terakhir cd semasa di rumah ini..
termasuk pre-wash cover cd baru anakanda.
AI2 style. :)



sepertinya cd-cd ini punya perasaan kan?
smpi ketemu kita di tempat baru yer.
sebenarnya bukan stok cd shj di hntr, stok sabun jugak!

ahad ini, 4 mac 2012, bermula la perjalanan kami ke KL. akan bermalam di KL international hotel bersama keluarga.
5 mac 2012, 12.30 tghari, insyaAllah akan berlepas ke kota kinabalu.
bagaimana ye rasanya naik kapal terbang? maklum la, pertama kali.
si anak kecil, moga beave la kamu,dpt seat depan sekali ni.
MH2614, seat 5e dan 5f.
:)

sampai jumpa lagi ye.
xtau bila lg dpt update blog.
cuma, insyaAllah akan diusahakan. moga tertunai.

March 01, 2012

pre-journey to sabah

salam sayang dr semenanjung.. ya, i masih bersiaran dr bumi semenanjung. 


alhamdulillah, telah berjaya melalui tarikh 29 feb.. seperti di duga, saat/detik perpisahan sementara itu tetap perit..cantik kan tarikh tu - tarikh yg hanya boleh dijumpai 4 thn sekali.
29 feb 2012, merujuk hari akhir saya berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLISAS..


*cite bab air-mata next entry k*


kali ni cuma pre-entry sbelum betul2 ada di sabah.. yg smpt saya rakam.. kita tgk  gambar ye..



pada saya yg mulanya mmg menyangka yg ini adalah berita baik yg di sulami dgn berita kurang baik.. tp setelah dua minggu tarikh berlalu, minda semakin positif utk maenerima berita ini, dan berbunga la harapan bahawa rezeki kami insyaAllah pasti lebih baik di bumi sabah. jgn di tanya berapa jaraknya pahang (tempt lama berkhidmat) dengan sabah, sebaliknya tanyala berapa lama tempoh perjalanan udara dari pahang ke sabah.
saat berita ini di baca berulang2 malam itu, macam2 perkara menerjah, soal PJJ, soal anak, soal diri sendiri.. tapi.. 

belum sempat cerita si dia dapat jauhhh ke sana menjadi basi, cerita saya pula muncul..
dan saya juga tetiba menjadi golongan mendapat ucapan tahniah. bila dah begini, cerita lain pula timbul - terutamanya soal pengajian saya & soal rumah kotasas

*pihak pemaju bgtau, seawal 12 mac pembeli akan dpt kunci* 

tapi, demi sebuah keluarga, saya turut jua ke sana, berbekal
kan smgt semoga ada yg lebih baik utk kami si tmpt baru..

pada petang saya dpt surat arahan perpindahan, terus mintak wakil dr syarikat logistic provider - yg akan uruskan shippment barang2 kami dtg ke rumah utk buat estimation cost supaya diaorg bole bagi quatation, dan seterusnya pihak septtnya boleh kuarkan LO dan seterunya surat lantikan utk syarikat tu.
syarikat apa yer?
- SubaliPack!

:)

wakil syarikat juga ada emelkan jadual kontena/kapal ke sana.

:) alhamdulillah kami dpt tarikh tu

22 feb - subalipack datang take out semua barang kami termasuk keta + moto en suami
25 feb - barang sudah selamat loading dalam kontena dan bertolak ke pelabuhan kota kinabalu
4 mac - di jangka sampai ke pelabuhan kota kinabalu

so yang tinggal skang, hanya jasad, yang kemudian perlu juga berangkat berlepas ke sabah




Dear Mohd Zulkifli, Please be informed that your shipment form PORT KLANG to Kota Kinabalu, have been departure on 26 February 2012 and estimated arrive at Kota Kinabalu Port on 4 March 2012, and it is excluding custom clearance activities..

keratan sms dr subalipack pada en suami


ok ok mula dr awal balik :)

inilah quotation tu,,
rasanya boleh nampak dgn terang dan jelas, baper jumlah nyer
heheee

ok ok kasi zooom sket

pada saya mmg suatu nilai yg banyak. ini baru satu keluarga. agak2 berapa keluarga yg dihantar ke sana? tapi xper, selagi 'saya menurut perintah' kena turutkan jua.
buat aim baru di sana
buat pembaharuan di sana
pengorbanan jauh dr keluarga dan kawan2 si semenanjung perlu dijadikan batu loncatan utk kehidupan yg lebih baik.

*saya perlu positif kan utk semua ini?


ok layan gambar acara packing+sealing+loading barang yea..





21 feb, seramai 7 pekerja subali pack dtg umah, around 4pm mcm tu.
cepat betul diaorg buat kerja.
bgtau shj yg mana kita nak bawak ke sana, semua diaorg buatkan.
pantas!
mantap!
gmbr ni di ambil mlm tu, sgt berserabut ok.

aiyooo ini lagi la super berserabut
nampak tak ada sorg budak kecik yg turut pening di situ? kita ambik dia dr umah BS pun dah lewat, dah dekat nak magrib. menangis2 dia sbb kita lambat amik.
maaf ye nisrin, umi abi pening nak settlekan barang, nak sort mana yg betul2 nak bawak ke sana, mana nak bg org, mana nak buang aje..
uih, jgn la beli barang banyak2..guna je yg mana ada, buruk nanti, baru beli baru. sila la jgn tambah koleksi pape. 

dekat lorong ni la lil princess kami suka berlatih berjalan... saat entry ini di taip, lorong ini telah menajdi kenangan.. 


di balik kotak tu ada macam2 lagi..
koleksi bantal besar, bantal kecik, bantal2 nisrin, teddy bear nisrin.
nak tinggal, sayang wooo


ni bahagian dr master bedroom, baju2 + brg2 saya. 5 kotak tu, khusus baju saya. sgt byk kan. itupun saya dah sort separuh bg org tau.
xtau la dtg dr mana begitu byk baju. sudahknya saya sendiri pening+letih nak lipat baju.
mmg boleh mintak org subali buat semua, tp bab baju ni personal ok. jd lebih baik kita sendri buat.

ini kotak2 utk packing barang2 kat dapur.
saya tak sempat nak balutkan pinggan gelas kaca dgn kertas, duk igt diaorg main hentam masuk dlm kotak.
rupanya tidak. diaorg yg balutkan semua. so masa diaorg pack, sy siapkan peti ais. 

gambar ni di ambil pd 22 feb.
dlm 9.20 am diaorg dtg smbung keje kat umah.
sgt bayk kotak2 kami.

stok CD anakanda... luckily smpt kering semua sblm masuk kotak. semua pos. so meanwhile fully dd, stok thn lepas yg tak guna2 lagi..
34 keping semua.
di tmpt baru mmg sy target to say NO to dd
please, doakan sy jadi mummy yg kuat utk fully cd.
stok mmg insyaAllah cukup.
cuma berharap dan berdoa agar jumpa BS yg boleh dan sanggup handle cd.



disbbkan tanak bg customer confuse dgn barang2 sendiri, pd kotak tu ada tmpt label.
dan ni cth label.
dekat side lain pd kotak, ada juga sedia ruang utk diaog tick kan barang tu dr bilik mana..
dapur ke, bedroom 1 ke, bedroom 2 ke, living room ke..
atau pape..
so takde la kita pening sgt bila nak unpack semula kotak2 kita tu..

tidak ku ketahui apa motif tetiba payung chelsea ada di situ. mueehehhe
eh apa ye that subalipack guy buat?
tekun kan..


ok, dah siap pack - seal - label semua, ada satu lagi proses
- numbering

semua kotak akan di nomborkan dan di catatkan detail nya dlm satu form.
senarai semua kotak.
dr kotak 1 hingga la yg ke berapa pun.
so sementara yg lain siapkan proses pack, en ejam ni (kalau tak silap) yg buat proses sistem nombor.


beg yang kami nak bawak by hand. suda di asing kan ke satu sudut, ini kalau tak gtau betul2, diaorg akan pack masuk kotak.
begitula yg terjadi pada iron kami dan sehelai dua baju kotor. eheh

the arrival of the big lorry. mmg sesuai sgt pjg nye tu utk angkut semua kotak2 kami..
setibanya lori ni di perkarangan rumah maksudnya proses pack+seal+numbering sudah hampir selesai..
begitu jugak dgn kereta n motor en suami. runner will amik the car.

sebahagian kecil barang yg dah get ready utk load atas lori.
kotak paling tepi tu adalah peti ais kami.
:)

saya org last yg drive cck ptg tu, angkut barang dr opis.. hope baik2 aje atas kapal ye cck 
ihihih

sebelum barang/kotak di angkat masuk ke dalam lori, saya diberi satu borg. dlm helaian pd borg tu ada diletakkan nombor2 kotak.. bila subalipack people sebut nombor kotak, saya akan bulatkan no kotak tu pd borang, kemudian baru la diaorg akan naikkan barang ke dlm lori.


proses loading barang

inilah helaiannya..ada sape2 boleh teka baper jumlah kotak kami...

itu contoh nombor.
kotak 25.
apa ye brg dlm tu.. 
oh yeah.. 99 boxes!! mau pengsan dulu sebelum boleh unload. heh

the lorry ready to depart to the wholesale first and on the night depart to port klang...


final outer n inner inspection for abi car, before they 'took away' the car..

ok cerita bahagian pertama pre-sabah smpi ke hujung
insyaAllah will update more

:)
jaga diri









February 25, 2012

yang ditinggalkan...

salam sayang kawan...


lama kan saya menyepi. :) dek kerana mula kalut + sibuk dgn 'adat resam perpindahan' rutin kegemaran - update blog + blogwalking - terabai juga seketika.
kerenah perasaan lagi.


semuanya cukup menghantui minda & jiwa.


insyaAllah, sebagaimana harapan, proses mengosongkan rumah berlangsung begitu 'bergaya'. tepat jam 4.30pm 22 feb 2012, rumah yg kami diami kosong.. seterusnya dengan iringan doa, agar hari ini 25 feb, barang kami (termasuk kereta + motor en suami) sudah selamat di loading dalam kontena dan seterusnya berangkat berlepas ke pelabuhan Kota Kinabalu dr pelabuhan Klang..


amin..


dalam banyak2 perkara di bumi semenanjung - keluarga tercinta, tempat pertama kerjaya, pengajian - yang begitu meruntun kalbu diusik soal perpindahan ini, ada juga sesuatu yg lain..


apa lagi.. kalau bukan si dia ini..



tersergam indah depan mata.

tinggal beberapa detik shj lagi (dengan izin Allah) pihak pemaju sebolehnya akan menyerahkan kunci kepada pembeli.
termasuk saya.

tapi apa kan daya, (dengan izin Allah jua) bukan saya sendiri yang bakal menerima kunci itu di tangan.
alahai..

tak mampu saya teruskan dgn bait2 ayat dalam muka surat ini.

sedikit rasa terkilan selalu datang mencuit hati, kerana sehingga saat ini rumah yg di beli tidak sekali pun berjaya di jejak. hanya rumah pembeli lain shj yg berjaya mencuri pandangan.

pujuk jua hati ini, agar percaya, moga ada yang lebih baik Allah sediakan untuk saya dan keluarga di tempat baru nanti.

Suria 4 - 08.
insyaAllah, ayahanda saya, akan ambil kunci dan seterusnya melakukan proses sewajarnya - grill - lampu - kipas - air-cond - bekalan air - bekalan elektrik

:)

seterusnya mencari penyewa.

kawan2 area kuantan, berminat?

:)

rasa ralat jugak, tiada kesempatan untuk menghias rumah sendiri yang pertama kali di beli.



February 19, 2012

malam minggu yg sunyi...

salam wbt..
diam2 di malam hari selepas melayan cerita yg ada terkesan di hati, membuatkan saya terfikir bagaimana jika suami jauh dr saya.. tp, Allah itu Maha Hebat percaturannya, kurg sehari, saya pulak di'magnet'kan ke sana..


terus berpusing 360 darjah dunia ini..


bakal bersama2 bertiga dan seterusnya di SABAH sana. mungkin utk tempoh 3 4 5 thn lamanya.
harapan saya sama banyak, atau sedikit lebih utk di sana.


tak mampu nak tuliskan semua dlm blog permai ini.


soal kerjaya di tempat baru...


soal anak..


soal study saya lagi..


soal yg lain2nya lagi..


harap punya masa utk detailkan dalam blog.. sbgai coretan yg pasti akan saya dan semua yg lain baca..


insyaAllah akan dikongsikan jika punya keizinan.


sekarang, kusut dgn acara packing barang. belum mula apa2 lagi..
heh


cadangnya, mintak wakil logistic provider booking kontena di port klang pd 25feb, means 25feb tu barang kami dah mula bertolak ke port Kota kinabalu. jadi 3 hari seblm 25hb semua barang dah loading utk di hntr dr kuantan ke port klang. after  2 weeks (mintak2 lagi cepat)( brg kami dah smpi KK dgn selamat.


so 19feb - 21feb - masa utk pack barang, dan juga masa utk settlekan segala2 yg mampu lah.


kena ada checklist kan.


yang penting, isnin ni, 21feb ni kena settle pasal tiket dan surat tangguh report ke poli KK sana..


hmm.. sampai skarang, rasa umpama mimpi je semua ni.


ok, nti smbung yer, insyaAllah.


pssssttt:
dlm byk2 hal, saya rasa kepingin duk rumah yg di beli sendiri di Kotasas Kuantan. bulan mac ni nak dpt kunci dah.. tp, bila bukan rezeki, bukan jgak...
sy harap sgt, BS atas TASKA utk anak nanti dpt handle CD lil princess.. sgt berharap, saya boleh fully CD di sana nanti!


doakan kami yea.


jgn lupa, nantikan post kami dr Sabah, hihihii 

February 18, 2012

good news Vs not so good news ii


this is keratan dr surat yg saya dpt, yg menutup terus cerita post terdahulu - tentang cerita yang saya sendiri xtau nak mulakan macamana - PJJ

semuanya kerana surat ini.

iyer, kami tak jadi hidup ber-PJJ
:)

sabah, do welcome us!!

alhamdulillah

February 16, 2012

good news vs not so good news

salam wbt..


kesempatan yg ada, nak ucapkan TAHNIAH utk semua kawan2 yg dapat naik pangkat dr DH41 ke DH44..
kawan seangakatan..
kakak2 senior..
abg2 senior..


dan paling istimewa utk..


suami tercinta..


kalau semalam 15feb, masih bergelar PPPT DH41, hari ni sudah memangku DH44 (sbb belum dpt surat)..


and the new story has comes between us..
(xtau camana nak mulakan story tu)..
hint..


PJJ...................................


to smile?


or


to cry?








** i did remember each day we pass




fly,,,from kuantan... to..


sabah...


hmmmmm.....



Jemput Cuci Mata (^_^)

Brand: TiNky By Bettermoms
CD Pocket Velcro type
1 hybrid insert
Price : rm28


Brand: Smart Kids
CD Pocket Snap button type
2 mf insert
Price : rm28



Brand: QQBaby
CD Pocket buttontype
2 mf insert
Price : rm25



Brand: QQBaby
CD Pocket buttontype
2 mf insert
Price : rm25



Brand: QQBaby
CD Pocket buttontype
2 mf insert
Price : rm25


Brand: QQBaby
CD Pocket buttontype
2 mf insert
Price : rm25




Brand: QQBaby
CD Pocket buttontype
2 mf insert
Price : rm25


Brand: QQBaby
CD Pocket buttontype
2 mf insert
Price : rm25



 Brand: Happy Bum
CD Pocket buttontype
2 mf insert (bamboo + mf)
Price : rm33
Brand: QQBaby
CD Pocket buttontype
2 mf insert
Price : rm25


Brand: QQBaby
CD Pocket buttontype
2 mf insert
Price : rm25