(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

August 23, 2022

Cerita 2022 ~ bahagian i

 Asslamualaikum... 
post pertama di Tahun 2022... 

lama sangat jari tak menari dekat blog.. buka pun jarang2 sangat.. 

padahal dulu, ini laa laman kesayangan.. 


nak parking satu cerita pertama untuk tahun 2022..





Alhamdulillah.. he completed his Master Eng (Coursework part time) dalam bidang Elektrik Power di UTeM , Melaka.

Graduation pada 2022.

perjalanan master dia mirip cerita saya dulu2.. 

mula sambung belajar di Polisas,Kuantan Pahang, kemudian berpindah ke PKK, Sabah. 
cerita dia, sambung belajar di PKK, Sabah, belum sempat habis, kami dapat berpindah balik ke PSMZA, Dungun, Terengganu.

disebabkan C19, kelas dia operated online, dan ada kena ke kampus untuk selesaikan amali.

Tahniah buat suami.


abadikan memori hari graduasi mereka di sini, bersama SV PYP..

mahal kenangan ni. 
bermula sebagai officemate, 
kami2 berasal dari Semenanjung, yang bertugas jauh di Seberang Laut... 
kemudian ukhwah bersambung sebagai classmates..

dan...

cerita bersambung part ii nanti... 






March 13, 2021

Selamat Tahun ke-11

 Assalamualaikum wbt

dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang...


2021 ni insyaAllah tahun ke-11 kami 
alhamdulillah.. semoga lebih panjang masa Allah jodohkan kami

terima kasih 
tak terhingga buat suami
dari A hingga Z 
atas semuanya 
kerjaya, kasih sayang, ilmu dan yang lain2

masih mampu bersabar dengan kerenah saya hingga hari ni
dan harapnya sampai bila2 yeaa

blog ni jadi saksi,
banyak cerita tentang dia.. heehe

itu je kali ni
sampai jumpa lagi.. 










March 05, 2021

Minat Nak Berniaga?

 


Assalamualaikum semua 
harap sihat2 selalu.. 

pernah dengar Mommy Happy ?

pihak pembekal produk Pendidikan, Buku-buku, Educational Toys, dan pelbagai lagi, ada ratusan produk

minat nak berniaga?
ada niat nak ada pendapatan tambahan?

jomm 
baca lebih lanjut..





😇 Ribuan parcel setiap hari yang diproses di HQ Mommy Happy
📝 nak jemput bagi yang berminat untuk join team kami berniaga produk Mommy Happy ~ ada ratusan produk pendidikan
📝 yuran pendfataran RM50.50 dan agen akan terima kit Agen
📝 bimbingan cara buat pesanan, ayat iklan, kelas online
apa yang agen dapat?
🌷 komisen hasil jualan
🌷 bonus
🌷 ilmu berniaga
nak join?
klik sini <-- link pendaftaran







jom.. join kami..







January 08, 2021

Modul Prasekolah Pakej Uji Minda

 Assalamualaikum

ibu2 homeschool sekalian, ada yang mencari latihan pengukuhan untuk anak usia 6 tahun?


saya ada satu modul untuk 5 subjek 


tengok cover pun macam best dah kan 💖


detail bahan ini seperti berikut :

❤️Modul Prasekolah❤️
Modul ni SESUAI UNTUK PENILAIAN AKHIR,
sebagai PERSEDIAAN KE TAHUN 1.

Ada 5 JENIS MODUL..
🌸BAHASA MELAYU: 27 muka surat
🌸BAHASA INGGERIS: 24 muka surat
🌸MATEMATIK AWAL: 43 muka surat
🌸SAINS AWAL: 25 muka surat
🌸PENDIDIKAN ISLAM: 21 muka surat

H A R G A : R M 1 2 dapat kesemua SOFTCOPY modul di atas👆🏼

www.wasap.my/60127934510/ModulPrasekolah

nak tengok isi dalam modul?

klik link dekat atas ya


terima kasih 

December 08, 2020

My Birthday's Post

 


Assalamualaikum.. sempena hari lahir sendiri, kena menaip sikit dalam laman maya.. yg sangat saya rindu ni.. 
rindu nak update blog, tapi dah tak mampu nak curi masa hehe


alhamdulillah, my 38th birthday, lengkap semua depan mata
semoga menjadi penyeri yang sangat bermakna
semoga saya kuat nak mendidik dengan sebaiknya 

terima kasih kawan2 yg wish birthday saya..saya yg doakan yang terbaik buat semua.

June 17, 2020

jun 2020

Assalamualaikum wbt

Post pertama saya di tahun 2020.. nasib ingat lagi password nak login ke blog sendiri.. hihih


apa khabar?

saya alhamdulillah sihat seadanya. Mensyukuri setiap detik yang dilalui walau kadang2 terasa payah.. hehe ayat novelis sikit...

post pertama ni juga istimewa di taip dari bumi semenanjung.

5 Mac 2012
tarikh jejak kaki ke kota kinabalu atas sebab kerjaya

27 Jan 2020
tarikh penutup kami kembali ke semenanjung.
Image may contain: one or more people and people standing

** gambar tahun lepas, habis raya, nak balik ke borneo.. 

Image may contain: 1 person

** terima kasih Air Asia

jejak kaki di semenanjung, kemudian kes positif covid confirm 5 feb 2020, dan seterusnya episod memerangi wabak.. merasa PKP -- PKPB dan kini dalam PKPP 

semoga semuanya semakin baik

sama2 kita doa

sehingga jumpa lagi

December 26, 2019

akhirnya...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


lamanya jari tidak menari di laman sesawang yang satu ini..

syukur, melepasi hari hari dalam tahun 2019, jom mengorak langkah ke tahun 2020.

syukur jugak masih ingat password blog ni heheh





ada sedikit berita ingin saya kongsi di sini.



alhamdulillah..

nanti cerita panjang lagi ye

March 15, 2019

7 tahun....

Bismillah...

Assalamualaikum.


alhamdulillah
dah masuk bulan ke-3 tahun 2019.


banyak saya count-up untuk bulan mac ni.

salah satunya, 

7 tahun sudah berhijrah daripada bumi semenanjung ke bumi borneo...
pantas kan masa.

dulu mai sini, sorang anak...
sekarang.. 
4 anak
hik hik

dulu saya posting ke sini, masih sebagai dh41
skrang
saya dah lega melepasi interview ke dh48.

suami pulak memangku dh48.

bgtau bukan sebab nak show off.
mohon jgn silap paham.

dipindahkan atas tujuan keperluan kerjaya di borneo
maka,
bab kerja laa kita kena cakap.

hehe
mohon doa, semuanya dimudahkan.


alhamdulillah,
dalam jauh dari semuaaa kebiasaan
dalam rindu bumi sana

proses kehidupan berjalan seperti biasa.


saya tak tipu
suami saya yang banyak bg sokongan dan ingatan supaya kuat 
supaya terima dengan hati terbuka dan lapang dada

ini rezeki kami.

teruskan doa,
boleh balik berkhidmat di semenanjung lagi suatu hari nanti.


February 11, 2019

Sharing BBM - Sepit Huruf ABC

Bismillah..

Assalamualaikum

mulai hari ini, selagi ada kesempatan, kita nak sharing is caring gambar-gambar BBM untuk anak2 prasekolah.

pembaca blog tinggal save gambar, print, laminate jika perlu dan seterusnya guna dengan anak.

kali ni, saya panjangkan bbm bergambar

KENAL ABC

jom tengok gambar





cara main bbm ini ialah

dengan menggunakan sepit baju atau marker pen

1- jika guna sepit baju, mintak anak sepit pada huruf kecil yang betul

2- jika guna marker, mintak anak bulat atau tandakan pada huruf kecil yang betul


Bahan ini sumbernya fb page Bahan Prasekolah. boleh jenguk fb page tersebut dan sila ambil gambar bbm jika bermanfaat yeaa

untuk bbm lain boleh ke link ini KLIK SINI

nak kongsi juga softcopy2 Bahan Prasekolah boleh didapati dalam pendrive

dengan lebih 1000 bahan dalam tu

jom tengok2 dulu bahan di link yang di beri.

jika berminat

whatsapp saya


February 03, 2019

Siri Bacaan Awal Bahasa Arab

Bismillilah

Assalamualaiakum, apa khabar ?

Post kali ini, saya nak kongsi tentang satu nuku untuk belajar bahasa Arab.

Jom tengok gambar buku ya.

Siri Bacaan Awal Bahasa Arab 

- ada 5 buah buku kesemuanya 

- disertakan sinopsis buku 

- terjemahan cerita juga disediakan 










yang bestnya, anak 4 tahun juga sudah bole dibacakan dan didengarkan sebutan bahasa Arab 


harga bagi 5 buah buku ni
RM50
kos pos semenanjung RM10

jika berminat
sudi2 whatsapp saya di talian


nak tengok buku buku lain lagi
jom join sini
https://t.me/katalogbukuindah


terima kasih


January 21, 2019

Pembuka Tirai 2019 - tips dari saya



Bismillah

Assalamualaikum..


jangan gelakkan saya tau, hari ke 21 bulan januari tahun 2019, baru ada satu post.

misi tersasar lagi.

satu hari, satu post kunun. hehehe


takpa, dari tiada, kita adakan.

payahnya nak mencuri masa untuk menarikan jari jemari dekat blog ni haaa.. hihihihihi


padahal rindu selalu ada.

rindu untuk touch up skill menaip tanya typo di laman comel ni. kih kih.

10 minit masa saya bagi pada diri sendiri untuk saya kongsi sesuatu.

kali ini saya pilih sesuatu yang relate dengan kerjaya saya.


insyaAllah 2019 tahun ke12 menjadi warga pendidik.

saya ingat lagi, di awal menjadi pendidik ni, kami freshie2 aka junior2 ni 
kena pergi kursus ala kependidikan, untuk didedahkan dengan kemahiran mengajar.

saya lupa nama kursus, tarikh serta tahun dan lokasi. 

cuma paling kuat dalam memori saya, dalam satu slot pencemarah tu, dia highlight

pensyarah2 ni - kena tahu - KNOW YOUR STUDENT NAME


itu yang saya pegang sampai sekarang.
sebaiknya hafalll laahh nama satu kelas.


kalau mengajar 3 kelas, 3 kelas la kena ingat.

tahu nama di sini maksudnya, bila kita nak appoint, nak tegur, nak greet, nak mintak jawab soalan, kita ingat nama pelajar berkenaan. 

alhamdulillah, bila ambil peduli, memang boleh ingat nama pelajar2 kita.

sharing sikit..

semester ni.
sekarang baru minggu ke5 pengajian.
masih dalam proses mengecam nama

faham2 saja, nama anak2 Sabah, kdg2 memang payah saya nak sebut. sebelum2 ni pun begitulah, setiap kali kelas pertama, saya akan tanya pelajar, betul ke saya pronounce nama kamu ni..

akan ada juga, nama2 yg saya sangat payah utk sebut. mcm kes begini, saya akan mintak nama lain / nama manja mereka. hehehe

semester ni ada sorangg... saya sukar nak sebut nama,. sehinggala kawan2 cadangkan

puan, puan panggil dia Ajis.

hehehe

Kenapa kena ingat nama?

supaya setiap pnp kita berkesan.
student percaya kita prihatin pada mereka.

ada satu kali, saya panggil nama2 yang saya sudah cam, untuk jawab soalan...

sekali, terdengar suara..


Puan, kawan saya terasa, puan tak panggil nama dia..puan belum hafal nama dia..

alalalaaa

seeee, bila begini, saya jadi sangat yakin dengan tips yang penceramah tu kongsi.

sangat bantu saya. terima kasih byk2.

ok times up.


jumpa lagi...


December 31, 2018

selamat melangkah ke tahun 2019



Assalamualaikum

lama sungguh tak bersiaran

hari hujung tahun 2018, saya nak ambik peluang update la blog.. penutup tahun 2018 katanya..

semoga yg baik2 pada tahun 2018, dipanjangkan lagi ke 2019.


sungguh kan, terasa cepatnyaaa masa berlalu.




nak fast update utk memori 2018.

bulan mei 2018
bersalinkan nuha mikayla

Image may contain: one or more people, people sleeping, baby and closeup   

37 minggu 3 hari
3rd ramadhan

banyak lagi umi kena ganti puasa ni

hehee

syawal pertama ber6

Image may contain: 4 people, including Nur Zuriani and Mohd Zulkifli, people smiling, people sitting and indoor

umar mana umar.. hehe nampak tangan je

terkini baby bongsu kami , sudah 7 bulan..




nak parking sini juga, memori bermakna

Program Rainbow Playgroup ke3 kami
22 disember 2018 lalu

sungguh, saya ralat, xda post yg saya kongsi tentang program comel ni..


bermula dari persiapan menuju program, pemilihan ajk dan fasi, pemilihan bahan untuk program, semua Allah mudahkan.. 



venue program - Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu 

fasi program 


buku guest book - feedback dan komen2 parents peserta


 peserta program
seramai 30 orang



 playarea kami


rindu...


penutup program

insyaAllah ada masa saya akan recall balik Playgroup tahun 2017, untuk parking dalam blog saya ni..

next,
menuju 2019

saya doakan yang terbaik untuk semua

selamat mencapai misi dan visi

mohon doa, kami sekeluarga dapat pindah balik ke semenanjung

jom.. 


my nisrin -- 31/12/2018 sambut birthday ke-8 tahun 
lusa insyaAllah nak mulakan sesi persekolahan darjah 3

my nurin -- meneruskan pembelajaran di kelas Pra Tahfiz Little Caliph

my umar -- masih unformal schooling dirumah hehe

my nuha -- di rumah juga

kawan2,
selamat tahun baru 2019


last
buat yg rindu...

hehehe