Bismillah
alhamdulillah. bersua lagi. 1.11am. sepatutnya tdo kan. boleh rehat, refresh minda. tp ni baru dpt curi masa nak settlekan bayaran wajib bulanan - pinjaman perumahan, byrn bulanan kereta & insuran.. tp gak, cimb clicks dgn maybank mcm tak brapa nak ok.. cimb 3 kali cuba, tunggu TAC xdpt2.. maybank lagi xdpt masuk.. jd, toing toing, kita update blog kesyangan.
4 mac 2016.
alhamdulillah, kita selamat jadi MAKLONG. dpt anak sedara baru. anak kepda adik bawah kita.. girl.. mak ayah g jenguk di hosp HSNZ ptg td, rambut baby girl mcm adik kita masa lahir..perang2 gitu... heheh tak sabar nak tgk.
itu cerita 4 mac 2016. ni kita nak kongsi cerita 5 mac 2016.
mengingati ulang tahun ke-4 kami dipindahkan ke bumi kota kinabalu, yg mana tarikh 5 mac ni la tarikh jejak kaki di sana....
dan tak tau, berapa lama lagi kena counting.. bukan soal tidak suka, cuma, cuma, hmmm... payah nak taip2... :)
hoyeah, bertambah satu lilin lagi... harap nyalaan nya bertambah bersinar utk setahun mendatang..
special sungguh bulan 3 setiap tahun. tak pasal2 tarikh jejak kaki ke sabah pun jadi anniversary jugak..
kehidupan insyaallah mcm biasa.. tak tau la camna nak jadi luar biasa. cuma thn 2016, diseri lagi dgn kehadiran sorg baby lelaki.. jd tak mo sedih2 ye zuriani.... minggu depan, 10 mac, insyaAllah tarikh validasi en suami.. berharap agar urusan persediaan dokumen tu berjalan dengan lancar. insyaAllah aamin.. dan seterusnya berjaya di validate...
post kali ni nak tampal status fb 4 thn dahulu kala.. yelah, kata nak throwback, flashback, mengingati balik kan.. kita igt betul2..
ni gmbo nisrin hari kami nak naik flight tu. tunggu masa nak boarding. perasaan? hehe pang laaa kalau ada yg teka gembira gak. nisrin je kot yg rasa bahagia, ala2 nak g bercintan, eh bukan, bercuti.. cuma, selepas beberapa tahun, rasa lega, dah melepasi fasa sgt2 sedih, down.. dan sebagainya lagi...
tp kita tak tipu, kita yg cengeng ni, tiap kali nak tinggal mak ayah, nak balik sabah, mesti laju je air mata nih... awat eh... camna takmi bg nangis2 lagi yea..
4 mac 2012, bertolak dr umah parents, smpt singgah sedih di umah BS nisrin di kuantan, kemudian terus ke KL.
check-in dekat hotel ni. hotel ni mmg dah jadi persinggahan wajib kalau turun kl. tgk nisrin, tak mo tidur, jadi btul lah, dia sorg je hepi kot.. heheh
status awal pagi. sarapan dgn keluarga. dan xtau bila lagi lepas tu boleh breakfast sama2... huuu sadissss
gate H8, tmpt dlm gambo nisrin kat atas tu...
tak disangka, kali pertama naik kapal terbang adalah tajaan kerajaan. muehehe, dpt seat depan skali... mungkin dgn harapan, berkhidmat la kami dengan baik di bumi kk sana....
sampai ptg lagi sbnrnya, terus pi report/lapor diri dengan TPA POLIKK.. mlm baru free skit..
tu je lah, nak buh kat blog.. heheh
buat family kecik saya, hmm.. xtau la buat ucapan apa.. :)
salam sayang selalu.