assalamualaikum 2014! my 6th year of being a just ordinary blogger.
permulaan tahun di blog, selalunya penuh dengan review 2013.
i wanna do it too!
januari - my 2nd baby girl cilik lahir pada 20hb.
februari - cuti berpantang di dungun. sebulan kami anak beranak tak jumpa abi, sbb saya berpantang di kampung, suami di kota kinabalu. merasa pjj seketika. juga viva project master. 17 hari berpantang. semua nya belasah aja. huhu
mac - 23hb flight kami ke kota kinabalu. first flight for baby adik yg masa tu berusia 3 bulan. luckily tak meragam. 5 hb juga merujuk setahun kami di bumi kota kinabalu. bergelar staf politeknik kota kinabalu.
april - 1hb hari validasi saya, permohonan kenaikan ke gred 44. org pertama di validate. Ya Allah, bila dah melepasi saat berdebar tu, rasa suka pulak bila flashback perasaan waktu tu. hehe
may - nothing special kalau tak silap
june - my parent datang ke kota kinabalu. first trip di sabah. kami ke kundasang yg super sejuk tuuu :)
julai - puasa kali ke 2 di sini. berbuka dan bersahur awal. :)
ogos - raya..raya.. first raya bagi baby nurin..
september - ...
oktober - menghitung hari bila..bila..sy nak submit thesis..bila keputusan kenaikan pangkat nak keluar.
november - jawapan kepada yang ditunggu2.
disember - bulan stress. pulun siapkan thesis. masih sangkut hingga kini.
azam kira tercapai ke tak? 3/4 kot. insyaAllah.
2014.
sudah melangkah sikit ke januari 2014.
permulaan yg sukar tatkala ayah mertua telah kembali ke rahmatullah pada 6 januari 2014, 11.25mlm.
seminggu sebelum tu, suami dah dpt berita yg ayah (kami panggil cek) tak sihat, kata keluarga di kampung, lain macam tak sihat. kesempatan dr Allah, en suami pulang ke kampung halaman..menjenguk arwah.
dikesempatan ini, mohon, disedekah al-fatihah utk arwah bapa mertua saya...
sadisnya bila tinggal jauh, bukan selalu ada kesempatan utk pulang ke kampung. akhir 2012, sebelum bersalin, ada balik kelantan. kemudian, raya 2013 baru bersua semula.
azam, tekad, matlamat yg lainnya belum lg betul2 tertulis. atau tersemat. cuma sgt terkesan dengan ayat en suami.. thn 2014 ni, apa cabaran utk kita?
sama2 doakan yg terbaik utk semua..
smpi ketemu lg.
take care!