(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

December 31, 2013

happy 3rd birthday sweet nisrin

31.12.2013, 10.19pm sebentar tadi, genap secara rasmi, my nisrin, my first cilik 3 tahun.

:)

:)

alhamdulillah. atas semua hari2 yg dia hadir dalam hidup saya. atas nikmat kesihatan, kecerdasan dan kecergasan yg Dia berikan kepada my nisrin.



memang tidak ketemu kata2 yg paling sempurna!

terima kasih ye anak, sudi teman umi dan abi dlm hidup ni. sudi menjadi teman malam2 umi.







doa kami moga anak ini sentiasa dalam rahmat Allah, besar nanti jadi anak yg baik, solehah dan mampu menjaga maruah diri dan agama sebaiknya.

utk 2014, planning moga si cilik ini dapt join tadika, supaya ada tempat utk berinteraksi setelah setahun di rumah bersama maid dan baby adik.


:)

si dia ni sgt keletah.. dah boleh hafal abc dlm lirik lagu.. dan yg lain2 tu masih dlm proses mengenal. potty train belum sepenuhnya. kiki


okla utk kawan2 blog, selamat tahun baru 2014.
insyaAllah, nanti kita review 2013...n checklist aim thn 2014.

banyak cerita positif tahun 2013. alhamdulillah.


till meet again next yearrr

:)

 

December 23, 2013

thesis oh thesis


assalamualaikum wbt.

sebulan tidak bersua muka. tp, tidak bermakna lupa. selalu berharap, punya masa utk terus berkongsi di ruangan indah lagi comel ini.

penutup tahun 2013, ada lagi keinginan yg ingin saya capai. jauh dari dlm jiwa, membawa harapan ramai org penting dlm hidup saya. tapi saat ini adakala terasa sedikit susah utk dipecahkan ruyung.

saya on calendar sepatutnya sudah 'mampu' menghabiskan pengajian jarak jauh sy berbulan2 yg lalu. mac 2013.
genap 2 thn.

tp jiwa ini tidak sekuat mana. coretan sticker masa ini, mcm seakan mengerti, hujung tahun 2013 juga menjadi target. sikit lagi mahu menutup tirai.

presentation/viva sudah.
result pun sudah.

cuma.. THESIS.

tidak tahu mengapa sebegitu susah. padahal semua sudah ada. olahan. ulasan. karangan yang pkraktikal.

dengan itu, mohon doa kawan2 maya saya. doakan mudah saya mengarang bait2 ayat utk thesis saya.

btw, dah masuk chapter 4, modelling. perlu lebih precise.

hadiah bermakna sy utk hari lahir saya ini.selesai thesis, insyaAllah merdekaraya la saya.

pls, harapkan doa kawan2..