(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

November 21, 2013

why..and why...

tahun 2013, sekitar mac atau april, satu malaysia gempar dengan amah indon yang melambung2 baby.. dipusing2 di campak ke bawah.. mujur ada sikit lg kewarasan, dicampak ke atas sheet/helaian hamparan..bkan ke lantai dan dr tempat tinggi.

Ya Allah, kejam kan manusia itu? kenapa di perlaku kepada bayi kecil yg mmg helpless tu?

kemudian, gempar lagi nov baru2 ini, penderaan yg telah sekian lama, dr pihak pengusaha taska. dlm diam..tanpa kantoi dengan mana2 CCTV..tp kantoi di hp yg disorok celah beg anak2..

Ya Allah, tidak berhati perut manusia itu. 
mereka2 semua nye perempuan.
yg sepatutnya penuh dengan belas ihsan.

apa kaitan cerita2 ini dengan saya? oh mesti.
saya punya anak2 yg sudah tentu akan ditinggalkan saat saya bekerja. saat mencari rezeki.

berat kan rasa hati?

saat ini, anak2 saya dittinggalkan di bawah jagaan seorg gadis muda, bangsa bugis, berusia 20thn. memegang title amah balik hari. dtg kerja balik kerja kami suami isteri yang ambil dan hantarkan.

kepada Allah sepenuhnya sy mohon perlindungan agar anak2 baik2 aje bersama dia dirumah.

mengapa memilih utk ada org gaji?

dulu, sewaktu di kuantan, selepas berkahwin dan punya seorg anak, mmg tidak pernah terlintas utk memiliki org gaji. sgt asing rasanya jika punya org yg tidak pertalian darah tinggal bersama. byk yg kena jaga..adab..aurat..kan?

sementelah, nisrin punya pengasuh yg sgt tip top. alhamdulillah.

tp bila rezeki ke kota kinabalu, pengalaman bersama pengasuh di sini, dan pusat jagaan - hadhanah di sini, tidak seindah yg di jangka dan di harap, beralih arah kami mencari org yg boleh menjaga anak2 di rumah.

sesetgh mmg tidak percayakan org gaji. mcm2 boleh dibuat saat ketiadaan ibu bapa. betul. tahu sgt. ragu2 mmg ada mulanya.

tp bila pengalaman lalu, seolah serik bila anak jauh dr pandangan..berkilo2 meter dengan bekereta, sy sedikit yakin utk memilih punya amah.

sekurg2nya tengahari sy melapang waktu rehat utk diri sendiri dan jenguk anak2 di rumah.sediakan snack makanan jika berkesempatan. penat tp berbaloi.

yg mana termampu, kerja rumah sempat amah tu buatkan.

tatkala ada pendapat menyatakan, lagi terkesan, lagi hebat, jika air tangan si ibu sendiri dalam buat kerja rumah - sapu sampah, mop lantai, basuh pinggan, sidai baju, lipat baju, memasak makanan utk keluarga jika punya waktu saat slps pulang bekerja..ooh itu sgt benar, tp utk hari ini, tatkala anak kecil ini belum mampu sy hantakan ke pusat jagaan, biarla amah yg buat kerja rumah kecuali bab memasak. :)

setakat ini, amah yg sorg ini, kdg2 ada juga mendatgkan kerisauan hati, tp sy percaya, bumi  mana tidak ditimpa hujan kan. kami sama2 manusia yg punya kelemahan.

cuma, buat semua wanita yg bergelar pengasuh anak2...penjaga di taska, mahupun amah dirumah..pls...
jaga la harta2 ibu bapa yg paling tidak ternilai ini dengan baik....
jgn diperlaku sesuka hati..

tiada galang ganti, anak2 yg dicedera,,didera emosi..diberi makan dgn cara tidak septtnya..
tolong,,bantu ibu2 yg berkeja yg menyumbang kepada perkhidmatan negara, supaya mereka dpt menumpu sepenuh perhatian kepada tuntutan kerjaya..

bekerja bukan pilihan utama, mungkin juga bukan kehendak..tp mencari rezeki dengan cara yg halal itu kewajipan. beruntung la mereka yg mampu bekerja dari rumah kan?
:)
itu rezeki mereka.

rezeki utk saya belum  lg setakat ini.

ok sekian cerita hari ini.
 

November 12, 2013

yang mana satu...


joke of the day

kalau kita bg teka teki, pilih yang mana CLOTH DIAPER collection yg berharga rm49?

ada tau dalam ni.
  
kita amik harga tengah2 tu..

:)

sekeping CLOTH DIAPER harga rm49

sekeping disposable diaper rm0.70 (purata)

tau tak, 70 kali pakai disposable diaper, dah menyamai harga sekeping CLOTH DIAPER.

long term? yang manaa satu lagi 'best'

pilihan di tangan mak mak sekalian.

:)

when i choose to CLOTH DIAPER my baby, means

....

hihi

kita tinggalkan tempat kosong lah.

:)

 

terima kasih

assalamualaikum.

makin slow je progress berblog.. 

ni cuba2 la buat satu entry. buat hiasan semata je kot.

november dah kan.

tahun baru hijrah pun dah munculkan diri.
ada cerita sangaaat best dan diimbang dengan cerita tak berapa best.

well-balance diet in life. :)

tp tiada maknanya kalau kita nak biarkan yg tak berapa best tu lebih membayangi kita. biar yg best best mendahului sahaja.

kikiki

alhamdulillah. being a mummy mmg sgt superb rasanya.
bermula dengan proses test UPT, sahkah kehamilan, buka buku..counting every weeks, first kicking..minum air gula yg nyum nyum itu, alahan, persediaan mental..luaran..dalaman.. shopping persediaan sambut bayi, persediaan ilmu keibubapaan, pilih hospital utk bersalin..tempat berpantang..siapa caregiver..tukang urut.. tukang support semasa dlm proses bersalin..tahan sakit kontraksi.. sesi push push..sesi latching saat baby diserahkan pada kita.... dannn sehingga la saat ini... anak2 membesar depan mata.

apart from all process, sy sgt2 bersyukur. sgt berterima kasih kpd semua semua disekeliling sy yg tak putus2 menyokong setiap usaha sy dlm usaha utk menjadi the better mum. 

proses belajar yg tidak akan pernah berhenti..

usikan manja org sekeliling tak kan pernah pudar dr menghiasi diri. biarla..biarla luncai terjun dengan labu2nya.

dulu2.. masa anak pertama, apa yg sy sering kongsi dlm blog, adalah acara saya men-cloth-diaperkan anakanda itu. tanpa jemu. tanpa rasa penat. tanpa ada rasa susah. tanpa ada sekelumit penat.

biar Allah nilai semua usaha saya. niat utk hijaukan bumi (gitu kononnya pandangan sesetgh insan, barangkali)..

:) 

anakanda ke2, Allah lebarkan sedikit lagi sayap diri..berpeluang merasa dan berkongsi tentang keajaiban susu ibu...cloth diapering yg masih setia diteruskan tanpa doubt.. dan juga homemade solid food yg sedikit lebih cemerlang pencapaian berbanding anakanda yg pertama dan tidak lupa, acara kendong baby..

dan tanpa jemu juga, sangatttt ramai teman2 yg inbox saya di private message fb, menyatakan sokongan secara tidak langsung dlm usaha mengajak ibu2 utk memasak sendiri utk anak2...tanpa ada processed food.

sgt cukup utk saya. biarpun pada masa yg sama, ada suara sumbang. saya anggap hati org tu mmg sebegitu. tidak pernah puas dengan apa yg org lain ada. cuma, biar sy shj dilabel sebegitu. jgn melarat pada ibu2 mulia yg lain, yg cuba memberi yg terbaik utk mujahid dan mujahidah masing2.

:)




pernah en suami berkata.. eh zu..kenal tak 'si polan'.. alaa..dia pun babywearing anak dia..
hihih
sgt comel. bila en suami pon tahu guna istilah babywearing. sbb itu yg diulang2 oleh saya.

i know, sgt cukup kan kalau suami menyokong kita dalam segala hal yg baik..iya cukup dia.

sedikit gmbr utk boost semangat ibu ibu dlm sediakan solid food anak2..

the more varied the diet is, the less likely she/he (ur baby) is to become a fussy eater. it will also easier to introduce her/him to family meals as she/he gets older.

finally saya jumpa ayat yg paling tough, tak salah saya pelbagaikan menu anak saya, walaupun ada sesetgh pihak cakap itu menu org barat (padahal sgt common dikalangan org lain), sbb saya tanak food strike melanda anak saya.
once baby dah memilih makan, fussy eater, aiyoo, sgt resah. :)

again n again, be strong mama.
sila sabarkan diri dengan mana2 ayat yg negatif.

lets google more apa yg kita boleh berikan yg terbaik utk ANAK KITA. Bukan anak org yg mengata kita.
betul? eh ke tak betul?
hihih

 
  
 
  tgk gambar ini pula, banyaknya khasiat. ini ada dalam koleksi buku solid food yg sy beli.
cuma tinggal lagi memilih kaedah memasak supaya kehilangan zat yg ketara.

steam the best way
boil the second way
fry with suitable oil
deep fry will maybe remove some active nutrient

:)

insyaAllah..ada masa kita kongsikan resepi lain solid food utk anak.
tak bosan2 masak utk anak.
hihih

utk suami camana?
aih, sudah tentu, masih spt sediakala jugak.

:)

again, terima kasih.
atas sokongan jatuh bangun saya secara tidak langsung.

terima kasih sudi drop by, tambah rating blog

terima kasih, sudi jenguk blog saya.

take care frens!