(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

September 27, 2013

belum tercapai...

assalamualaikum.

salam jumaat.

:)

hampir penghujung september 2013.
audit azam tahunan kali ke3 dah bole buat.
dan ada 3 bulan lagi utk capai.

sungguh, susah nak schedule kan apa yg yg sebenarnya saya kejar utk tahun ni?

nak konvo master? - tak dapat sbb disiplin diri dlm siapkan thesis sebelum dateline tidak dapat dibuat. so, sy bg peluang kat diri sendiri, smpi bulan 12 2013. tp smpi skang, balik2 tgk lappy, kemudian off.
Ya Allah, di mana power diri tu hilang?
kalau tak, dah bole pakai jubah master dah 5 oktober 2013.
 en suami pon mcm tak bg galakan je utk sy siapkan thesis.


nak ada aset lain? - haha belum ada rezeki tmbh apa2 dr segi aset. terlalu boros belanja. even 10% dr duit gaji utk diri sendiri pun mcm tak ada jer.. sob sob

bisnes? - sebab tak kerja keras, gitu je la jadinya.....

cuma bab keluarga - esp anak2 la yg smgt sikit - niat bf anak, niat cdkan anak, niat meng-solid foodkan anak2 dgn air tangan.. smpi rasanya suami pon mcm diabaikan jer.. ya ampun!.. sbb tu i cakap kat atas, dah tiba masa utk audit diri. dan betulkan dlm tempoh yg terdekat

kerjaya? - masih menunggu keputusan atas sesuatu.. later on panjang usia kita kongsikan

iman? - dekat diri dengan pencipta? banyakkan kena muhasabah diri ini..

:)

jumpa lagi.
mungkin entry bulan oktober.
hihi
 

September 20, 2013

8bulan dan solid food

..mengintai buah hati yg satu ini lg.. tempat yg sgt setia :)

hari ini, 20 september 2013, genap baby adik 8 bulan.




apa lg yg seorg ibu mampu dan nakkan utk anak2 nya?
semua nya dimohon yg baik2 dan positif aje.

semoga anak kecil ini terus sudi menyusu ibunya. (kadang2 yg abi dia punya tu pon di bantaiinya tanpa rasa bersalah -oppsss! hehe)

semoga anak kecil ini selalu dlm iringan kesihatan yg baik dan sempurna.

semoga anak kecil ini terus membesar sbg muslimah yg elok akhlak dan baik pada agama, ibu bapa, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

dan semua yg baik2 :)

aaminnnnn

perkembangan fizikal.
timbangan sendiri, 7bln 27hari, baby adik 8.2kg. bulan ni kalau kesihatan dia baik, mmg tak bawak check up bulanan. sbb saya refer di klinik private sahaja. unlike nisrin, setia di poliklinik kerajaan. jadi mmg saya xtau detail panjang dia berapa, ukur lilit kepala berapa. sbb di private tmpt sy refer tu, hanya berat yg di monitor.

saya cukup malas nak bersesak di klinik ibu anak karambunai tu. tempat kecik, panas, servis so-so. sy kecian tgk baby lain.. berlama2 dalam tempat yg kurg kondusif utk baby.. huhu maaf, bukan merendahkan kemudahan, sy yg sedikit mampu, memilih utk ke tmpt yg mampu bayar. kalau check up mengandung sy sanggup lagi ke kkia karambunai tu..cukup la pengalaman dengan nisrin.. 

di private, lebih cepat..anak tak stress..mummy pon sama. xpayah nak handle tantrum anak lebih lama. yela setiap kali check up adik sblm ni, sy bawak si kakak skali bersama maid. penat melayan kerenah nisrin yg sgt energetic. hehehe

baby adik juga sudah boleh berpaut pd sesuatu dan bangun. semuanya berlaku sblm 8 bulan. yg terkini, bila dah berpaut, dia akan buat 2 3 langkah ke kanan sambil memegang. 
cepat2 jalan dikkk!

:)

perkembangan lain.. fast learner jugak nih. umi dia ajar tepuk tangan, dalam masa sehari je, terus bole catch up. baby adik juga suka port/corner/sudut tmpt kakak baca ABC 123. dia sendiri tunjuk2 pic tu. 

perihal solid food. dia laaaggiiii suka mamam berbanding kakak dia. sbb tu sy lagi smgt nak deko2 makanan dia.

sehari 4-5 kali makan. pernah 11.30mlm pon makan lagi. hihi

nak letak juga gambar2 solid food utk baby adik.

since dia dah 7 bulan lagi, sy dah explore resepi bubur n oat utk dia. ulang2 dengan puree. kemudian, goreng2..toast.
let us enjoy pic yg tak seberapa nih!

cekodok pisang 
pisang lenyek dengan tepung
sedikit air
goreng dengan olive oil

take note ye mummies..
kalau nak intro oat dekat baby, pilih organic, guna rolled atau steel-cut..
tp biasakan diri dengan merendam dulu, utk hilangkan bahan pd oat yg boleh kurangkan penyerapan khasiat oat ke dalam badan baby..
boleh rujuk di rendambijiran.blogspot

 
taraaa
 siap oat simple kami.
oat dan air, makan dengan pisang, raisin, keju

penkek pisang
pisang dan telur
goreng atas non-stick pan
kalau kuali sikit minyak

7 bulan lebih, si cilik sy tunjuk minat nak pegang dan makan sendiri makanan dia.. expert sudah.
proses ni dinamakan Bay Led Weaning.
nti sy up satu entry khas. kena cari info dulu regarding this.
jadi solid food sy skrng mesti ada bentuk/soft structure yg dia boleh pegang dan suap sendiri.
paling senang cracker atau roti la kan
:)

ni menu utk kakak
cucur oat dan betik..
hampir habis makan hihih


banana + apple + serbuk kayu manis
reneh apple
potong pisang dan goreng guna unsalted butter
mix dengan serbuk kayu manis

hari ni nasi nisrin ada cute face!
:)


 banana toast
:)

cubaan pertama keria labu
yg penting2 dua keping ni baby adik abiskan 
hihihi


roti potong bentuk love
sapu puri kurma
yogurt plain 
raisin/hiasan cute face
*puncher tak bg kerjasama...tu yg dpt buat dua je..huhu*



double boil/panaskan puri labu, kurma n betik makan dengan yogurt
well-balance rasa!
:)


bubur nasi sawi blend hancur campur dengan baby cowliflower cheese masa2 gitu..


banyakk lagi nak godek2 resepi masak2 ni..

refer food chart ni lak yek






seeee!
banyak kan boleh intro pada usia mula 8 bulan!

kesimpulan:
6 bulan - 7 bulan - puri buah, yogurt
7 bulan - 8 bulan - oat + bubur nasi + buah2 yg lulus 4-day-rule, sayur2 tertentu - cauliflower, sawi dll

8bulan ke atas : dah bole letak lagi banyk variasi.



lepas ni umi nak google resepi homemade chicken stock. selalu nye buat stok bilis je.

:)

ok till meet again dear frens!
babaii























September 18, 2013

Kenapa saya TAK NAK..

assalamualaikum.

entry suka2, luahan rasa untuk hari ini. :) 

satu, kenapa tak nak breastfeed?

Allahuakbar, ruginya mereka2 yg menolak rezeki utk tidak mahu menyusu si comel. sedangkan mereka yg lain nya bersungguh2/struggle untuk banyyakkan susu ibu.

mmg belum jumpa depan mata, ibu yg berniat sebegini, baca aje di forum/group tertentu, bertanya bagaimana hentikan susu ibu... buka la mata wahai ibu. mari kita cuba yg terbaik utk diberi pada amanah Allah. percayalah, susu ibu mengatasi segala2nya. segala yg terbaik untuk si kecil...

cukup kagum dengan mummies yg dpt fully bf baby mereka..

mari, teruskan niat yg satu ini.


 doa saya, moga baby adik akan terus menyusu... aaminn


dua, kenapa tak nak lampin kain kan anak?

.. rasa hati ini, seolah ada yg memandang remehnya soal lampin ini. kerana lampin pakai buang yg cukup senang dan mudah.. itu takpa lagi, tp memandang mereka yg mengguna cloth diaper ni sbg kolot - atas alasan berjimat bagai..
eh hello.

saya spend mungkin lebih dr sebulan gaji. dan saban tahun menambah. kadang2 rasa mmg lari la dr konsep asal berjimat. huhu (jgn tiru sy k) cuma nak betulkan, nak pahamkan minda2 mereka yg lain tu aje. sila la google, bahan kimia apa yg ada dalam lampin pakai buang tu... apa kesan jangka panjang kepada kulit..dan juga muka bumi ini..

kalau ada pilihan yg lebih selamat, kenapa memilih utk menyiksa kulit bayi dan alam sekitar?
ok ok saya tanak masuk campur soal itu. sensitif. 

cukup saya kata, usaha kecil sy utk lebih hijaukan bumi, moga mendapat pahala. berbasuh2, uruskan cloth diaper dan sebagainya.

saya ada memori daun pisang tersendiri dengan cloth diaper. :)




tiga..kenapa tak nak kendong bayi?

hihi.. masa anak pertama saya zero bab ini. langsung tak amik tahu. kurang searching.
but untuk adik, alhamdulillah. terbuka hati dan minda.

trust me, babywearing is meaning to make your baby happier, closer to you, healthy, dan feel secured.

setiap kali bw, nak pakai dgn assist baby, mmg ada yg pandang. lantak laa. asal sy nak kendong bayi.

ok once again, jgn remehkan saya isu bw. u nak pakai stroller mahal2 up to u. heh



empat.. kenapa tak nak vaksin bayi?

ohh ini antara isu ter-hot. kena post entry lain. tp terpulang kepada mak ayah untuk memilih yg mana. cuma, sgt tak suka bila ada pihak yg pro-vax suka double standard ibu bapa yg pro-choice. tak bg berkawan bersama.. siap suruh asingkan tmpt school bagai.. 
kami2 ibu-ibu pun sedang menunggu apa respon mereka yg seterusnya..

okla, penat bebel2 benda yg berkaitan emosi gini..

sepatutnya hati kena tenang2 aje nak nikmati tugas harian. tp disbbkan ada mulut2 yg tak senang duduk, hati yg paling dalam ni mudah terusik. teringin nak jawab, 'idup aku, aku nye suka la'.. tp itu dah melampaui batas norma kan.

thats why, yg lebih senior ke..kalau nak menegur pon kena ada hemahnya. zaman sekarang, yg junior ni pon lagi banyak isi dalam yg mungkin lagi berguna utk isu sejagat. jgn rasa kita makan garam dulu, kita betul. yg junior pon, just ikut norma hidup..kena hormat yg senior tu.

huhu 

terigt saya, cebis2 kata datuk ct nurhaliza tatkala hidup beliau dipenuhi fitnah dan tohmahan.. "saya anggap semua nya sampah"

hihi

:)

ok la till meet again.
kata2 saya tak niat nak bg siapa2 terasa.
pilihan di tangan masing2, cuma jangan usik, sentuh saya, apa yg saya tahu baik utk diri saya dan keluarga.

sekian.


September 12, 2013

Ada Apa dengan Asid Amino

assalamualaikum wbt.

entry kali ini mahu berkongsi tentang Asid Amino.

apa dia asid amino. Sila baca sisipan gambar.

asid amino
Rantaian asid amino membentuk protein. 

asid amino terdiri dari dua jenis.

apa dia asid amino perlu.. apa dia asid amino tak perlu tu?


itu sedikit sebanyak tentang asid amino/protein.

Adakah anda mengalami simpton- simpton berikut :


  1. Kulit wajah yang kusam?
  2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
  3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
  4. Rambut sering gugur?
  5. Lemah dan tidak bertenaga?

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):


    1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
    2. Kidney disease (penyakit buah pinggang) 
    3. Liver (penyakit hati) 
    4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
    5. Low blood pressure (tekanan darah rendah) 
    6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 
    7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 
    8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 
    9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 
    10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 
    11. Poor vision (Penglihatan kurang baik) 
    12. Irritability (Badan menggeletar) 
    13. Fatigue (Letih lesu) 
    14. Weakness (Lemah) 
    15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 
    16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal) 
    17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
 Jadi, sebagai seorang yg menjaga kesihatan dan penampilan diri, jangan sesekali abaikan kepentingan gizi protein dalam diet harian.

ok berbalik kepada tajuk utama, asid amino.

seperti yang tercatat pada gambar di atas, asid amino tak perlu adalah boleh dihasilkan sendiri dalam badan kita, manakala asid amino perlu, tidak boleh dihasilkan dari badan, sebaliknya datang dari sumber makanan harian. 

Senarai asid amino perlu tersebut ialah:

asid amino perlu
credit to (KLIK LINK INI)

dan... tahukah anda di mana nak cari ini semua dengan lengkap ?
jawapannya..

asid amino dalam esp

iya.. tepat skali.. Energizing Soy Protein dari shaklee satu-satunya produk yg mengandungi kesemua asid amino perlu.

hendak kongsikan juga di sini  apa peranan penting kesemua asid amino ini ke dalam badan kita.
jom kita semak!

asid amino


asid amino

asid amino
asid amino
asid amino
asid amino
asid amino




asid amino



di antara testimoni esp:

 
ok ini shj intro untuk esp shaklee. - asid amino perlu.

lain kali kita sharing sharing lagi k

terima kasih, sudi singgah baca.

saya, Nur zuriani Izazu

Boleh hubungi saya di : 0127934510

Call/sms/Whatsapp

Fb : http://www.facebook.com/nur.zuriani 






September 05, 2013

Solid food story

assalamualaikum blog! :)

5 sept 2013 - 1 tahun 6 bulan kami ber'kampung' di bumi politeknik kota kinabalu, masih setia sebagai PPPT di opis. 

kali ni nak kongsi tentang solid food journey utk cilik saya yg kedua.



si cilik ini mula menikmati makanan pejal sewaktu belum lg mencecah 6 bulan. seminggu sebelum usia 6 bulan, si cilik ini sudah di beri makanan, atas sbb si dia begitu nampak gelojoh bila nampak kita pegang makanan. bila rujuk doktor, katanya perut/usus dia dah ready.

sejak nisrin dulu lg mmg sy ada google, makanan pejal bagaimana yg terbaik utk perut si manja.
rata2 mmg suggest, puree buah adalah yg terbaik. bubur atau yg lainnya lebih elok dikemudian. apatah lagi makanan proses seperti nestum/cerelac.. cuma nisrin dulu sy lebih memilih ikut kata nurse kkia yg suggest bubur nasi. tp utk si cilik yg kedua ini, sy mula dengan puree buah.

kalau ikut nota simpanan, ada beberapa tips.

1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal

2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)
 
Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar

 
Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifatlikat dan melekitnya.

 
Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu

** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)
4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
 

Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. (susu ibulah GULAnya) :-)
 

Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu.

5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa :-) – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)

6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar. :-) apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

tp sy tak ikot jugak.. kurg 7 bulan lg sy dah introduce bubur.. :)
 satu lg tips dlm memberi makanan pejal, peraturan 4-day rule.
penting utk tahu keserasian makanan pejal dengan badan baby, jika ada alahan atau jika boleh sbbkan sembelit. selalunya, jika baby alah, tanda yg tak ganjil akan keluar seawal setengah jam selepas makan sehingga 2-3 hari selepas itu. setakat ini, baby adik semua ok. tiada masalah sembelit. alhamdulillah.

oh ya, mungkin tidak ada dlm gmbr di atas. puree kurma. antara puree terawal yg sy bagi,
:)
 seterusnya sy nak kongsi gambar 4-day-rule yg sy amik dr group solid food di fb.


 bole lihat dengan jelas kan.. saya dah cuba. lepas ni giliran kawan2 yg ada baby kecik2 tu.
seronok tau tgk baby makan homemade food ni. :)

ada satu lg gambar yg boleh jadi guideline juga.

 yg ini international punya. mana yg muslim tak bole makan tu, abaikan je la yer. :)

saya pon masih bereksperimen. sekarang sudah memberi oat. :)

 bila rajin membaca, belek sana sini, banyak nya resepi makanan yg kita boleh buat sendiri utk anak-anak.
walaupun sibuk dengan tugas harian, sy pastikan ada makanan pejal dr rumah utk anak2.

ok, next next entry munkin boleh share resepi masakan dan acara berbento.
wah wah

kalau sebelum ni,
breastfeeding
cloth diapering
baby wearing

sekarang, tambah satu lagi..
bento-ring ihihihih


masa anak kecik je boleh rasa dan lalui semua ini tauuu

ok till meet again..
babaiii