(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

May 27, 2013

Perkembangan Si Comel

assalamualaikum.

:)

bersua kembali.



aksi anak2 dan ayahanda mereka. :)


kali ni nak share tentang "Carta Perkembangan Si Comel" sumber : Buku Rekod Bayi anak ke2 saya, dr Hospital Pakar PRKMUIP Sdn Bhd.

*maaf tiada gambar yg di ambil dr buku tersebut.

 perkembangan si comel dan usia.
dalam buku ni ada sediakan gmbr, dan keterangan gambar beserta usia yg septtnya bayi2 dah boleh capai keupayaan seperti dalam keterangan. dan disediakn juga tempat dengan label umur supaya ibu boleh catat pada umur berapa anak itu boleh perform atau capai perkembangan tersebut.

1 - Membalas Senyuman ( 0 - 2 bulan) 

2 - Tegakkan Kepala semasa duduk (1.5 - 5 bulan) - yg ini maksudnya dengan sokongan ibu

3 - Meniarap dan terlentang (2.5 - 5 bulan)

4 - Mencapai Objek (3 - 5 bulan)

5 - Memusing kepala ke arah bunyi (3.5 - 8 bulan)

6 - Duduk tanpa disokong (5 - 8 bulan)

7 - Memegang dengan ibu jari dan jari telunjuk (7 - 10.5 bulan)

8 - Menyebut papa, mama (9.5 - 13.5 bulan)

9 - berjalan beberapa langkah (11.5 - 14.5 bulan)

10 - Minum dengan cawan tanpa dibantu (10 - 16.5 bulan)

11 - Meconteng (12 - 24.5 bulan)

12 - Menyatukan 2 perkataan (14 - 26 bulan)

13 - Menendang bola ke depan (15 - 24 bulan)

14 - Menanggalkan pakaian (14 - 22 bulan)

15 - Mengikut arahan (15 - 33 bulan)

16 - Memakai pakaian (20 - 36 bulan)

17 - Melompat setempat (20.5 - 36 bulan)

18 - Bermain secara interaktif (20 - 42 bulan)

19 - Melukis bulatan (27 - 39 bulan)


for my nisrin : most of perkembangan listed dah boleh dicapai. percakapan masih lagi pelat. boleh buat satu ayat yang ada 3 4 5 perkataan. mengikut arahan. tp ada tantrum yg masih menguji kesabaran.

to be 3 years old hujung tahun ni. :)

nisrin pun lahir dihospital yg sama. jd dpt buku yg sama jugak. dulu rajin la update setiap perkembangan dia, tulis usia dia.
yg paling igt : meniarap - 3 bulan 3 minggu tumbuh gigi pertama - 5 bulan 5 hari 
   mula makan nasi (bkn bubur) - 8 bulan mula pakai cd - 9 bulan
   betul2 boleh berjalan 1 tahun 1 bulan


for my zahra:
adik nye perkembangan stakat ni lg cepat berbanding kakak.

at 3 mos:
3 bulan 3 hari - dah boleh meniarap. bila dah pandai meniarap, jd sesi pakai baju, cd akan menjadi sedikit mencabar, sbb dia akan terus meniarap saat kita letak utk disiapkan. byk kali dah mulut sy bising. huhu

3 bulan ++ dah boleh pegang toy//soft book dgn jari dan bawak masuk mulut. pandai pegang tangan kita.

at 4 mos:
dah pandai marah bila kita ambil mainan dr tangan dia sbb belum puas main.

kalau meniarap mesti usung kepala ke depan. byk kali dah jatuh dr tilam. (tilam ok, bukan katil :) )

cd/dd setting m dah. 

:)

ok till update again.

May 20, 2013

she is ..

20 Mei 2013 - 4 bulan anakanda ke2.

bf and cd masih lagi berlangsung.
alhamdulillah.

:)

 

May 17, 2013

cerita tgh malam

1.47am di sini.
biasalah jika melepasi saat tido septtnya, mata jadi susah nak tido. wpun badan sgt penat!

ada cerita lagi ingin dikongsi.

tentang mereka ini.

permata hati yg tiada galang ganti.
datang dlm hidup dengan seribu satu macam perasaan.

semalam, 16 mei, hari guru.

selamat hari guru buat semua guru2 yg tanpa jemu menabur bakti utk anak bangsa. termasuk la cikgu2 sy dr sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kelas fardu ain, guru mengaji, matrikulasi, universiti peringkat degree dan peringkat master.

dan..

utk suami dan diri sendiri jugak.

yang penting jua, guru utk anak2 ini.

mlm 16 mei, en abi ada kelas mengaji dengan kawan2.

jadi tugas menjaga anak2 disandang dgn kemas di bahu. tp biasala tenaga tu tak kekal lama. belum 9.30pm sy sudah mengantukk. tp anak2 segar bugar. mula la bad mood. smbil tu terlena juga. dgr si kecik menangis, bangun skjp, pujuk2. diam pulak.. 

tgk jam, haaaii, lambat lagi nak pukul 11 lebih. (en abi balik ngaji waktu tu la)

si kakak pula asyik dgn tv, makan buat sepah2. tambah bad mood lagi.

kalau la anak2 ni mengerti yg ibu nye penat.. huhu

tp mana la diaorg faham apa2.

hampir jam 10, kemas tmpt nisrin sepahkan, buat susu utk dia. tukar cd adik, baju adik.

ngantuk tak hilang2. berair2 mata tahan ngantuk. 

10.40pm kot, abi call. agenda utama terus dinyatakan tanpa segan silu 'balik cepat, org letih doh ni' huhuuu

balik si abi, pass terus si adik ngan kakak. huhu lena skjp sy tp masih nisirn ganggu. adik nangis.

sy terus masuk bilik. penat sgt2 dah.

tp tak lama... 11.40pm, kuar bilik ajak si kakak ke bilik air, tukar baju,dd.. 
ambik adik pulak. tukar baju, cd adik.

abi?

terus zzzzzzzz

senangnya jadi sorg lelaki!

kan?

bawak adik duk kat sofa.

hampir 12 midnite. ngantuk ada lagi si ibu ni.
si kakak dtg dgn baldi yg penuh dengan hanger. sahhh masih aktif lagi. di campak2 hanger sambil tunjuk2 aksi berlawan. si adik join skali, mengekek2 ketawa.

saya perhati sgt kalau si kakak ajak bermain, adik mmg bg respon yg sgt baik. galakk sgt. mmg kuar suara gelak comel dia.
tp bila abi umi agak, hanya senyuman comel je dia balas.

sayang sungguh si adik pada kakak tunggal dia tu. :)

sampaila 12.30am mcm tu, nisrin smbung makan kerepek... masa ni la.. terfikir sesuatu.. terimbas sesuatu...

cerita pembantu rumah sy tgh hari td.

begini cerita dia.

jam 9lebih nisrin bangun tido, terus meluru ke tingkap. dengan bunyi motosikal. di sangka abi. tp bila tgk betul2 bukan abi, pasrah, lantas kembali ke tmpt santai depan tv. berhenti sebut abi..abi..

kemudian tak lama, jenguk lg dkt tingkap.
nampak sorg perempuan lalu. di sangka umi dia. 
lantas ajak si pembantu keluar rumah, smpi ke pintu pagar blok nak kejar perempuan td yg di sangka umi.
bila nampak bukan umi, baru la ajak pembantu rumah masuk dlm rumah.

masa terimbas cerita pembantu ni, sy jadi bersalah bila mengharapkan anak2 tido awal spy sy boleh rehat.

kalau di selami dalam2, perasaan nisrin di tinggalkan sementara oleh abi umi, cukup sedih pada saya.
jd perasaan itu, di ganti pada malam hari. melayan dia, main dengan dia, makan dengan dia.

sungguh, rasa cemburu dengan ibu ibu yg kerja dr rumah. dpt tgk anak sepenuhnya dpn mata. anak2 tidak rasa ditinggalkan..

jam 5 ptg balik dr tmpt kerja, bukak pintu rumah, tak smpt sy abiskan salam, si nisrin dengan ceria berkata 'hhhaaiiiiii'... melompat2. sungguh. sy rindu!

hampir magrib, saat sy didapur, goreng jemput2 pisang, nisrin nmpk kelibat abi dia terus cakap 'hhhaiiii abi'

.....

perasaan yg sy xboleh cerita bagaimana sebenarnya....

ptg td merasa la nisrin naik moto dgn abi, pusing2 dlm poli.

abi dia buat masa ni kerja di bandar kk. posting sementara di industri. jd dr pg smpi petang mmg tak jumpa abi. mcm saya, sy balik jugak tghari jenguk anak2.

sungguh, sementara anak2 perlukan perhatian, sy igin sgt bekerja dr rumah. nti anak2 dah sekolah baru smbung keje dr opis. boleh ke?

:)




selangkah ke depan bg en suami saya.
doakan. moga dia dpt tempat dalam proses ini.

aminnn...


May 15, 2013

anak oh anak


subhanallah.

indahnya ciptaan si DIA..

kalau melihat dalam gambar pun sudah saya rasa tenang, apatah lagi kalau melihat sendiri dengan pancaindera.. semestinya rasa damai yang tak terhitung.

perginya siang..membawa pergi masa bekerja di pejabat.
datangnya malam.. membawa erti tuntutan masa untuk melayan anak2.

sejak anak dah 2, jarang sangat ada masa utk rehat.
update blog je la kot masa rehat. curi masa di opis di kala tiada kesibukan yang melampau.

sejak kembali ke bumi kinabalu, dan kembali bekerja, anak2 di tinggalkan di rumah dengan pembantu rumah.
iya, akhirnya, ada jugak pembantu. tetapi bukan sepenuh masa.

bangsa bugis, Islam, 20 thn.

pagi subuh, selesai solat, kalau sempat (tgk time bgn) saya usahakan anak2 dulu. susu, tukar diaper. kemudian urus diri. 6.20am sy siap2 keluar rumah untk ambil pembantu di persimpangn berhampiran rumah. (hampir pun she is walking about 30 minutes jugakla dr rumah ke simpang tu, naik bukit,turun bukit, jalan berbatu)
beli breakfast.
balik rumah. siap2 utk punch sebelm jam 8am.

keluar je pintu rumah nak ke kereta, dlm hati mesti doa 'Ya Allah lindungi anak2 ku'.. kdg2 kalau smpt terbit juga rasa sayu.
tp perasaan lebih lega sebab anak2 di rumah. 

terus terfikir, kenapa kena kerja. huhu
soalan tak cerdik.

tp kdg2 drama jugak pg2, bila si kaka nisrin awal bgn pagi, dia mesti nak mengikut ke pejabat.
buat havoc dekat opis umi dia.

tghari, sy balik rumah slps tapau nasi. setakat tempoh berkerja slps cuti bersalin ni, mmg balik tghari.
jenguk anak2.
bg peluang pembantu makan, saya tgk2 kan anak2.

lps siap2 semua, nak ke opis semula. sekali lg, Ya Allah, lindungi anak2 ku.
sayuuu..
walaupun dekat je jarak opis ke rumah.
5 minit pun xsmpi.
huhuuu

 
petang lepas kerja, hntr pembantu balik. angkut anak2 dlm kereta, baru drive hntr pembantu.
dah hantr angkut dua2 anak masuk rumah.
part ni kdg2 mencabar. esp time ujan.
smpi dlm rumah semula, rasa mcm 3/4 tenaga dah abis.
 huhu

mlm2 di rumah.
melayan kerenah.
si besar mcm ni. si kecik mcm tu.

begitulah.

hujung minggu kalau xde kelas, fully la melayan anak2
kalau ada kelas, tinggalkan lgi.

adakah ada anak utk ditinggalkan.

kesian kan.

tp kdg2 pujuk diri.
kerja, ttp sumber pahala. 
berkongsi ilmu yg termampu dgn budak2.
:)

bg yg terbaik semasa kerja, semoga Allah balas dgn pelihara anak2 di rumah...

betulkan.

pernah kita dgr, kita mudah kan kerja org, Allah akan mudahkan kerja kita.

:)

luahan lagi.
rabu mmg hari luahan ker?

luahan hari rabu

assalamualaikum. happy wednesday! 

:)

kali ni boleh tak nak jdkan blog sbg medan luahan perasaan?
huhu 

sebelum ni, pernah terbaca status fb seseorg, sy ulas dengan ayat sendiri boleh?
she claimed : she is too workhaholic, that makes she deliver a pre-mature baby,

ok saya simpati dgn ujian dia saat mula2 melahirkan baby prem.
doa jua dititipkan supaya baby kuat melalui saat2 awal kelahiran.

tp sehinggala dia up status tu..sy rasa something.

saya jugak pernah mengandung.
ramai lagi.

sy pun google maksud workaholic tu.


ooo itu maksud dia.

long hours tu camana? 

saya kerja jam 8am-5pm plus minus la.dia juga begitu. bebanan kerja yg seakan sama, tekanan kerja yg mungkin hampir lebih kurg..

sungguh, x jumpa ayat yg paling baik utk melontar kata2 saat ni.

cuma sy tak berapa setuju dgn kata2 tu..
kita tau beban kerja sbg penjawat awam di poli mcmana....
ntahla, the point is, bukan sbb kerja yg buat seseorg boleh deliver baby awal.

huhuu

melihat kekuatan kawan2 sy yg pregnant anak ke 3 4, dan dlm masa yg sama menguruskan anak2 yg lain, suami jauh, kerja pejabat... bla..bla..
melihat kekuatan dia..
 at the end, sume ok..

susah nye nak meluahkan kata2 nih..

lama2 sy rasa sy boleh lupa kata2 dia tu.

sampaila....

saya post pic baby sy yg dah boleh meniarap. saat tu umo dia 3 bulan 3 hari.

dan dia..

turut komen dekat pic saya, katanya cepat baby sy boleh meniarap..sedangkan prem baby dia masa tu 5 bulan belum meniarap...

sy xtau la apa tujuan/perasaan dia.

seolah rasa ketinggalan kot? (kurg ajar ke perkataan saya ni)

sehinggala sehari lepas sy post gmbr, dia pon komen dkt pic tu si comel dia pun dah meniarap gak pagi tadi,,

 okey..

to be mention here..

sy terasa mcm kami2 yg anak sebaya/dekat2 ni mcm ada persaingan pulak. anak sape boleh ini dulu.. anak sapa boleh itu dulu..
esok2,,anak sapa kawen dulu..

sob..sob.. 

setiap anak kan, perkembangannya lain2...
jgn terlalu memaksa si anak..dan jgn pula rasa kurg dr yg lain...

sy bukan pakar motivasi pun hebat nak berkata ttg perkmbngan anak2.
byk post je fb pasal anak2 boleh baca dan amalkan.
tp sungguh sy tak suka ayat2 berbau persaingan mcm tu.

mungkin niat dia lain, di pihak saya terasa sebegitu.

anak2 saya duduk jauh dgn tok nenek dia, gmbr fb sgt berguna utk tatapan keluarga di semenanjung ok.
please.. jgn igt kita tunjuk gmbr anak sbb nak berlagak.
tidak.
Tuhan boleh tarik bila2. jgn riak,takbur, berbangga.

satu lagi, pegangan sy buat anak2, dia org ni no limit.

jgn kata anak kita lahir premature, smpi bile2 setkan dia lahir prem.
bg sy tak boleh la..


:)

 
 
 

May 13, 2013

si dia...

assalamualaikum.

 alhamdulillah..

 si comel ni dah nak masuk 4 bulan usia dia.
 sudah boleh membalas senyuman dan memberi respon dgn senyum saat kita agah dia saat berusia 2 bulan

tatkala usia 3 bulan 3 hari, sudah tunjuk aksi meniarap.
skarang makin kuat..boleh tegakkan kepala..tangan boleh di alih sendiri.

mengagumkan jugak, si comel ini sudah pandai grab toy saat kita hulurkan pd dia..lantas terus bawak masuk mulut.

saat kita pakaikan barut, cd, masa pakai2 kan tu, tangan dia sibuk nak pegang tangan kita.

alhamdulillah.

perkembangan yg cukup baik pd saya. mengatasi kakak dia di usia yg sama.

pemeriksaan utk 3 bulan pada usia 3 bulan 16 hari, berat si dia 6.25kg. 
:)

dan insyaAllah, ini semua hikmah menyusukan dia saya kira.
walaupun belum mampu fully bf, saya masih cuba semampu yg boleh utk susukan dia.

belum dpt saya kongsikan pengalaman berkaitan penyusuan si dia ini.

:)

insyaAllah. akan ada masanya.



 doakan saya....
dapat melalui momen sbg ibu menyusu yg baik pd anak ini..

doakan saya punya..
susu yg cukup utk si dia.

doakan saya dapat...
masa dan disiplin yang cukup utk mengepam.

 terima kasih.
 

May 02, 2013

pls share with me

salam all.

first day working in may 2013.

sudah audit azam n pencapaian suku thn 2013?

hihihhh

pembuka entry for may..






so kawan2.. boleh share idea nak improve rupa rak ni tak?

:)

lagi?


 a few weeks ago, ada dapat emel..spt gmbr di atas tu..

hari ni saya complete kan, ala2 registration..
tp serius tak tau amenda laa ni.. boleh share jugak?

kerana..

sharing is caring..

:)