(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

September 24, 2010

separuh syawal

salam separuh syawal 1431H..

diam tak diam, dah abis separuh syawal..
mood raya lagi ker?
ada lagi kot sket2, dengan jemputan open house atau juga majlis sambutan aidilfitri.

eheh..
kita sama, esok, sabtu, ada majlis jamuan raya jabatan, petang tu pulak ada jemputan open house. 2 rumah lagi. insyaAllah, ada kudrat, kita berkunjung2 an. bile turn kita nak wat open house yek??
weekend depan ada lagi jamuan raya.

seronok sbnrnya kalau dpt makan ramai2..
kan...kan.. :)

cepat betul masa berlalu.
skang, kepala otak sarat dengan keje..keje..keje..
banyak betul nak kena kejar.
smpi tak terkejar.

n..ada yg lebih penting.
kena get ready utk masuk ke fasa ke-3 mengandung. eh betul ke fasa ke 3?
rasa nya trimester ke-3.. :)
kena mula fikir dengan serius tentang:
i. kelengkapan & persiapan menyambut kelahiran si manja..
ii.nama si manja
iii.persediaan mental dan fizikal
iv.costume gi pejabat pun dah kena tukar

i. kelengkapan & persiapan.
-baru je ala kadar membeli.. nih aku copy dr senarai semak:

1st Baby
Father’s Name: Mohd Zulkifli
Mother’s Name: Nur Zuriani
Baby’s Name: still in choosing process
Gender: not scan yet

The persiapan:

Baby baru ade:
2 pasang baju lengan panjang/seluar panjang
3 pasang mittens and bootens
1 topi utk jalan2
20 helai napkin
11 barut (nenek belikan)
4 baru ummi and abah beli
1 kotak cotton buds

- very the sikit kan.. sbb tu mohon sgt, baby kena kuar on due (dec), supaya ummi n abah ada masa lagi nak memilih dan membeli barang utk baby ni..
hihihi
- kawan2..doakan sama ye...


ii. nama si manja

ini tugas si abah. dia dah cop awal2 lagi pilihan nama. kdg2 stay up smpi malam duk cr nama yang indah dan baik maksudnya..ada buat beberapa senarai shortlisted. tp selagi x pegi scan, xtau lagi nak decide.. tunggu 7 bulan nanti insyaAllah boleh scan. moga Allah berikan sedikit kemudahan utk ummi n abah tau gender.

iii.persediaan mental dan fizikal

- bab ini merangkumi 2 bende. saat terfikir ketika mau melahirkan dan juga saat mendidik, membesar dan menjaga si manja nanti. mohon sgt, Allah panjang usia aku n suami utk melalui saat2 ini..
- ada masa mmg duk surf, mencari sesuap pengetahuan bab ini..tima kasih kat kawan2 yg ada share info berguna. :)

iv.costume gi pejabat pun dah kena tukar
-ari tu masa puasa, rasa selesa lagi pakai baju kurung. walaupun dah xleh kancing kain, buh brooch kat zip tu rasa ok lagi. naik je cuti raya ni, rasa sendat semacam je kalau pakai baju kurung, smpi en suami tegur, nampak weird.. jd, skang, duk kumpul duit n masa utk beli costume yg lagi seswai.
-dlm hal ni, banyak jubah n baju yg mak aku yg belikan. heheh
-tp dalam masa terdekat ni, nak kena cr jugak. nanti kan duk rotate baju yg sama je g opis.
-oh yaa. aku dpt soalan bonus.
 'zu, ko masa raya banyak makan lemang n ketupat ke?'
aku jawab: 'kenapa kak?'
 'naik je raya, perut ko terus nampak'.. hehehe

pesanan utk baby inside: haaa baby dengar tak auntie tu ckp apa? moga baby terus membesar dengan baik ye kat dalam.. aminn...

p/s: nanti update lagi.. sila jaga diri ye semua

September 11, 2010

raya pertama..

yer..seolah2 mcm kali pertama sambut raya..

eh lupa..
assalamualaikum dan salam 2 syawal buat semua muslimin muslimat..

merungkap tajuk entry 'raya pertama'...

-raya pertama dengan en suami.
-raya pertama di rumah mertua.. 
-raya pertama bukan di rumah ibu bapa sendiri..

satu pengalaman/perasaan yg tak ternilai...

mungkin, sbg anak pompuan tunggal, dan tak ramai adik beradik, agak sukar utk melalui pengalaman 1 syawal bukan di rumah sendiri.. dr sebelum ramadhan lagi, sang suami dah 'booking' aku utk beraya kali pertama di rumah mak ayah beliau..
ye, sedari awal, di beri warning supaya aku bersiap sedia mental dan fizikal utk melalui 1 syawal bukan seperti selalu.
tapi.. aku ini, mungkin sorg pompuan yg cengeh/manja..
sejak awal ramadhan lagi, kalau pk bab raya, mmg meleleh...
cuba utk redha bila tak dpt 1st syawal di rumah family sendiri..
cuba utk merelakan en suami membawa isteri nya beraya ngan ibu bapanya terlebih dahulu...
tp, aku mmg tewas dengan emosi aku..
tanya la en suami..
tanya la parents aku...camana aku melalui saat utk melepasi 1st syawal bukan  di rumah sendiri..

selalu berdoa agar aku tidak menangis lagi bila pk bab raya..
tanak terbw2 emosi sendiri..
bimbang baby pun nanti jadi cengeh.. heheh
tp. aku tak berjaya.
sorry ok.
tp en suami tak melayan sgt kerenah sedih aku.
aku sendiri yg pesan gitu. nanti aku jadi lagi sedih.

balik ke umah mertua 3 hari sblum syawal.
aku tumpang gembira en suami, yg xsabar2 nak jengok kg halaman, berbuka puasa dan seterusnya sambut raya..

hari ke 30 ramadhan, aku bersyukur, aku di beri kekuatan utk berpuasa penuh tahun ni. alhamdulillah. dalam keadaan mengandung.
tp dlm masa yg sama, aku tetap rindu dengan mak ayah n adik2 aku.
di ringkaskan perasaan, terasa ganjil.
aku x mampu utk describe lebih2, kerana, kesedihan itu masih terasa, walaupun saat entry ini di tulis, aku selamat smpai di dungun.

hari ke 30 ramadhan itu juga, family suami mmg meriah, dengan abg2 ipar, biras, anak sedara. 25 org sumenya.. kalau aku betul2 enjoy the moments, mmg aku sendiri akan terasa kemeriahannya. mungkin ini sume terlalu baru utk aku, jadi aku amik masa utk menyesuaikan diri.

aku rasa aku perasan, mak mertua aku juga turut rasa kesyahduan aku.
naluri seorg ibu....
sbb setiap kalu dia pandang aku, aku boleh 'baca' ibu mertua sedang 'membaca' aku..
n, en suami penah bgtau aku yg mak dia mmg sedih bila dpt tau aku menangis bila xdpt beraya 1st syawal di dungun.

takbir bergema. malam 1 syawal di pasir mas cukup meriah dengan pertunjukkan bunga api yg mmg aku hanya lihat di TV. yg ini betul2 di langit.
Allah masih mahu memberi aku kebahagian syawal.
mlm itu, aku menikamati cahaya syawal dengan menolong pape yg patut di dapur. pastu, senyum2 ngan en suami. 

hajat di hati tanak call family sendiri. nanti takut tak mampu.
tp xboleh bohong diri sendiri.
nanti x call, apa kata diaorg sombong lak kan.
so, telepon la seorg anak ini..
dipendekkan...

perbualan berakhir dengan air mata aku. haha
yg kelakar nya, en suami terpaksa pujuk aku dengan analogi..
di tanya nya aku, jauh sgt ke kelantan ganu. dah x boleh balik dungun ke. 
cuba bayangkan, mereka2 yg dah xde mak bapak utk beraya. camana??
hmmm..
aku cuba utk mengerti..

melalui 1 syawal, mcm biasa.
ingatan pada family sendiri tak penah lekang.
palig getir bila si adik kesyangan sms aku:
bunyinya: adik kabo kakno tadok dok sedak.
9.46am. 1 syawal 1431H.
terjemahan dalam baku.
adik nak bagitau, kakno takde tak rasa best (raya ni)
.......

what should i say?
or
what should i feel?

di tambah sms sorg buddy.
tanya lagi..

kenapa 1st raya ni bukan di rumah family aku. menurutnya, selalu nya si isteri yg akan di utamakan..

hanya Allah yg tahu sumenya..

:)

ITU PENGALAMAN YG TAKDE HARGA, 1 SYAWAL 1431H.
bagaimana teruji perasaan aku...

sudahnya, aku xde la semangat mana nak bergambo sakan.
ade gambo ngan en suami pun duk dlm hp anak sedara sblah en suami.
lagipula, tragedi sungguh, pagi tu kul 5am aku terjaga, muka aku bengkak2 kena gigit nyamuk. (mmg kulit aku sensitif yg amat dengan nyamuk).

dan...
tau x..
aku x salam raya lagi ngan en suami..
atau dgn kata lain, belum lagi mintak ampun maaf ngan en suami..
aku tak tau bila boleh buat..
igt mlm td sblum tido, tp penat...
sbb mmg penuh aktiviti makan2, gotong royong... smpi ke tgh malam.
mmg tak smpt nak manja2 sgt pun ngan suami.

mujur, ada biras2, tmpt aku berbual. lupakan kesyahduan aku.

itu cerita 1st syawal aku sbg isteri.

kesimpulan:
1- kalau aku mampu mengerat dua diriku..aku sanggup. sebelah di dungun, sebelah di kelantan..
2- buat mcm iklan raya 2010 petronas. buh umah mak ayah kat atas lori, bawak mai depan umah. boleh raya puas2 bersama.

sedikit pengalaman yg akan dewasa kan aku..
aku sbnrnya pelik juga, emosi manja aku terlebih2 pulak time ngandung. heheh

kalau nak tau, raya ke2, pagi td, aku nangis lagi, mengenangkan en suami nak berpisah ngan ibu ayah n adik beradik sume. cepat betul masa berlalu.
sungguh, syawal thn ni membawa 1000 makna.
pengorbanan emosi yg ckp besar.

thn depan mcmana pulak?

sekian.

utk hari2 syawal seterusnya, moga sumenya berjalan lancar...aminn...

September 06, 2010

salam aidilfitri 1431H


salam semua..
lagi 3 hari insyaAllah ramadhan 1431H akan menutup tirai, dan menyusul pula bulan kejayaan bagi umat Islam seluruh dunia..

dikesempatan yg ada, ingin sekali mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua saudara semuslim..
utk en suami yg selalu mendampingi dan dicintai..
utk ayah bonda yg amat disygi..
utk ayah bonda mertua yg selalu diingati dan mengingati..
utk adik2 lelaki yg cukup menyerikan kehidupan..
utk pak sedara, mak sedara, sepupu sepapat..
utk abg2, kak ipar, biras dan anak saudara..
utk sahabat handai yg jauh di mata dekat di hati..
utk kawan2 seangakatan..
utk semua anak didik dahulu dan kini...
utk semua pembaca nukilan ku jika ada..

mohon maaf andai ada kesalahan, andai ada yg terguris hati, terkasar bahasa, terover gurau, dan mcm2 ter lagi.. 0-0 yek!!!

ermm.. esok insyaallah, pas monthly check-up kat klinik, akan bertolak balik ke kg suami.. yg sbnrnya merangkap kg aku jugak kan..
semoga perjalanan kami selamat..
arap2 jalan x jem, sebab awal lagi kann..

terigt bait2 satu lagu raya tu, tp lupa lagu mana..
di ringkaskan, dalam ragkap tu bgtau, aidilfitri ni akan terasa walau di mana kita berada, even jauh dengan mak ayah sendiri..
so, ngah kumpul semangat, supaya raya pertama, kedua dan seterusnya tetap sama mcm tahun yg sudah2..
:)
yep..walaupun x dpt salam peluk cium ngan mak ayah...

.........
-n-

September 05, 2010

p.e.n.d.e.k

salam semua..

entry di taip ketika menunggu pelajar2 kss masuk kelas.

hari ni mood, emosi, dan perasaan kurang tenang.

tiada yang lebih bermakna utk saat ini melainkan satu pengertian dari seseorang ttg diri ini.

mengharap supaya dapat di selami sedalam-dalamnya hati ini.

mengharap biarla sume berlalu dengan tenang.

sungguh, ujian datang dan pergi, tapi, bila datang nya ia biarlah dengan seribu hikmah.. dan bila ia pergi, dewasala aku sebagai sebagai seorang perempuan...